Latest Malay Review translations

Apakah faedah dan risiko intervensi literasi kesihatan untuk pendatang?

5 months 1 week ago
Apakah faedah dan risiko intervensi literasi kesihatan untuk pendatang? Literasi kesihatan (HL) bermaksud pengetahuan, motivasi dan kecekapan (cth. kebolehan membaca dan menulis) yang diperlukan oleh seseorang untuk mencari, memahami, menilai dan menggunakan maklumat kesihatan. Pendatang berisiko mengalami kesukaran dalam HL (cth. apabila mereka tidak mengetahui sistem kesihatan negara dengan baik). HL 'generik' bermaksud seseorang boleh mencari, memahami dan menggunakan maklumat kesihatan umum untuk membuat keputusan kesihatan. HL 'penyakit tertentu' bermakna seseorang boleh mencari,...

Rawatan untuk pemfigoid bulosa

5 months 2 weeks ago
Rawatan untuk pemfigoid bulosa Rawatan manakah yang paling berkesan untuk bullous pemfigoid (penyakit kulit yang jarang berlaku dan akan mengakibatkan gatal dan lepuh)? Mesej utama • Krim yang mengandungi steroid topikal clobetasol propionate yang digunakan pada seluruh permukaan kulit adalah sama berkesannya dengan steroid oral (prednisone), menyebabkan kurang kesan yang tidak diingini atau berbahaya, dan boleh mengurangkan kematian. • Memulakan rawatan dengan doxycycline (200 mg/hari), sejenis antibiotik uang mempunyai kesan anti-radang, membawa kepada kawalan lepuh jangka pendek yang...

Kranberi untuk pencegahan jangkitan saluran kencing

5 months 2 weeks ago
Kranberi untuk pencegahan jangkitan saluran kencing Apakah isunya? Kranberi (sebagai jus kranberi, tablet atau kapsul) telah digunakan selama bertahun-tahun untuk mencegah jangkitan saluran kencing (UTI). Kranberi mengandungi proanthocyanidins (PACs), bahan yang boleh menghalang bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing. Ini boleh membantu mencegah jangkitan dan mengurangkan keperluan untuk orang yang bekerja mengambil masa untuk temu janji perubatan. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada rejimen yang ditetapkan untuk dos PAC untuk digunakan dan tiada peraturan rasmi oleh pihak...

Suhu dan keadaan penyimpanan untuk insulin manusia

5 months 2 weeks ago
Suhu dan keadaan penyimpanan untuk insulin manusia Apakah insulin? Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang membantu badan anda mengubah makanan menjadi tenaga dan mengawal paras gula darah anda. Penghidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau menggunakannya dengan berkesan, jadi ada yang terpaksa menyuntiknya sendiri. Bagaimanakah insulin harus disimpan? Pihak berkuasa kesihatan dan pengeluar farmaseutikal mengesyorkan menjauhkan insulin daripada cahaya matahari, tidak membekukannya dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Botol atau kelalang insulin...

Antioksidan untuk orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik

5 months 3 weeks ago
Antioksidan untuk orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik Orang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik mempunyai risiko tinggi kematian awal, penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok), atau kegagalan buah pinggang (dialisis atau pemindahan buah pinggang). Antioksidan, seperti suplemen vitamin, mungkin merupakan intervensi yang mudah didapati untuk mengurangkan risiko tinggi ini. Apakah yang telah kami lakukan? Kami mencari literatur sehingga November 2022 dan menilai kesan antioksidan terhadap kematian, penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang dan kerugian...

Teknik infusi untuk trombolisis arteri periferal

5 months 4 weeks ago
Teknik infusi untuk trombolisis arteri periferal Latar belakang Pengurangan mendadak dalam aliran darah ke anggota badan (iskemia anggota badan akut) biasanya disebabkan oleh bekuan darah (trombus) yang menghalang arteri atau cantuman pintasan. Iskemia akut yang teruk akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada otot dan saraf jika aliran darah tidak dipulihkan dalam beberapa jam. Sebaik sahaja kerosakan tidak dapat dipulihkan berlaku, amputasi akan diperlukan dan keadaan itu boleh mengancam nyawa. Infusi ubat penghapus bekuan (trombolisis) boleh memulihkan aliran darah dengan...

Prebiotik (serat pemakanan), probiotik (bakteria baik) atau sinbiotik (campuran prebiotik dan probiotik) untuk penghidap penyakit buah pinggang kronik

6 months ago
Prebiotik (serat pemakanan), probiotik (bakteria baik) atau sinbiotik (campuran prebiotik dan probiotik) untuk penghidap penyakit buah pinggang kronik Mesej utama Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah masalah kesihatan yang serius yang telah menjejaskan lebih 850 juta orang di seluruh dunia. Penghidap penyakit buah pinggang mempunyai keseimbangan yang tidak sihat di antara bakteria baik dan bakteria buruk di dalam usus mereka, yang mana dipanggil sebagai 'disbiosis usus'. Ketidakseimbangan ini terjadi disebabkan oleh fungsi buah pinggang yang merosot (produk sisa toksik yang terkumpul,...

Kesan pemantauan dan promosi pertumbuhan pada kanak-kanak di bawah lima tahun di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana

6 months 1 week ago
Kesan pemantauan dan promosi pertumbuhan pada kanak-kanak di bawah lima tahun di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana Apakah pemantauan dan promosi pertumbuhan? Ramai kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak menerima nutrisi yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan peningkatan penyakit, perkembangan mental yang terjejas (yang mengurangkan prestasi sekolah dan pekerjaan pada hari kemudian) dan kematian. Pemantauan dan promosi pertumbuhan (GMP) ialah intervensi yang kompleks di mana ianya melibatkan pengukuran...

Cerebrolysin untuk strok iskemia akut

6 months 2 weeks ago
Cerebrolysin untuk strok iskemia akut Apa yang kami ingin tahu? Dalam Ulasan Cochrane ini, kami ingin mengetahui sejauh mana ubat yang dipanggil Cerebrolysin atau agen seperti Cerebrolysin lain berfungsi untuk merawat strok. Apakah itu strok? Strok ialah serangan kelemahan secara tiba-tiba yang biasanya menjejaskan satu bahagian badan. Ia berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terputus, menghentikan bekalan oksigen dan nutrien ke sel-sel otak, yang dipanggil iskemia. Jika bekalan darah ke otak dihentikan, sel-sel otak mula mati. Ini boleh menyebabkan kecederaan otak, kehilangan upaya,...

Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran respiratori

6 months 3 weeks ago
Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran respiratori Soalan ulasan Adakah penangguhan preskripsi antibiotik berbanding preskripsi segera atau tiada antibiotik mengurangkan bilangan antibiotik yang diambil untuk orang dengan jangkitan saluran respiratori termasuk sakit tekak, jangkitan telinga tengah, batuk (bronkitis) dan selesema biasa? Latar belakang Mengunakan terlalu banyak antibiotik meningkatkan risiko reaksi buruk dan menyebabkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan meningkatkan rintangan antibakteria. Satu strategi untuk mengurangkan penggunaan antibiotik...

Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran pernafasan (RTI

6 months 3 weeks ago
Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran pernafasan (RTI Soalan ulasan Adakah penangguhan preskripsi antibiotik berbanding dengan preskripsi segera atau tiada antibiotik mengurangkan bilangan antibiotik yang diambil untuk orang yang mengalami jangkitan saluran pernafasan (RTI) termasuk sakit tekak, jangkitan telinga tengah, batuk (bronkitis) dan selesema biasa? Latar belakang Mempreskrib terlalu banyak antibiotik meningkatkan risiko reaksi buruk dan menyebabkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan meningkatkan rintangan antibakteria. Satu strategi untuk mengurangkan...

Apakah faedah dan kesan yang tidak diingini daripada anestetik topikal untuk lelasan kornea?

6 months 3 weeks ago
Apakah faedah dan kesan yang tidak diingini daripada anestetik topikal untuk lelasan kornea? Mesej utama 1. Kami sangat tidak pasti tentang keberkesanan ubat titis mata anestetik untuk mengawal kesakitan akibat lelasan kornea (calar). 2. Kami sangat tidak pasti tentang keselamatan ubat titis anestetik mengenai kelajuan penyembuhan dan komplikasi. 3. Untuk memastikan bukti yang boleh dipercayai, penyelidik harus mengikut panduan amalan yang terbaik. Kajian penyelidikan masa depan harus merangkumi lebih ramai orang yang diikuti dalam tempoh yang lebih lama selepas rawatan tamat. Apakah lelasan...

Vaksin untuk mencegah kayap dalam kalangan orang tua

6 months 3 weeks ago
Vaksin untuk mencegah kayap dalam kalangan orang tua Mesej utama Vaksin boleh mencegah kayap pada orang tua yg sihat. Apakah herpes zoster? Herpes zoster ialah pengaktifan semula virus varicella zoster. Virus varicella zoster menyebabkan cacar air dan boleh kekal tidak aktif di dalam sel-sel saraf selama bertahun-tahun. Virus ini boleh menjadi aktif semula, bergerak melalui saraf ke kulit dan menghasilkan lepuh di sepanjang perjalanan saraf. Keadaan ini dipanggil kayap (herpes zoster), dan kerap terjadi pada orang yang mempunyai imuniti yang rendah, seperti orang tua. Sebelum lepuh muncul,...

Vaksin untuk mencegah kayap dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua

6 months 3 weeks ago
Vaksin untuk mencegah kayap dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua Soalan ulasan Kami menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin untuk mencegah kayap pada orang tua yang sihat. Latar belakang Virus varicella zoster menyebabkan cacar air dan boleh kekal tidak aktif di dalam sel-sel saraf selama bertahun-tahun. Virus ini boleh menjadi aktif semula, bergerak melalui saraf ke kulit dan menghasilkan lepuh di sepanjang perjalanan saraf. Keadaan ini dipanggil kayap (herpes zoster), dan kerap terjadi pada orang yang mempunyai imuniti yang rendah, seperti orang tua. Sebelum lepuh muncul, simptom...

Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (di luar badan) (ECMO) untuk pesakit dewasa kritikal

6 months 4 weeks ago
Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (di luar badan) (ECMO) untuk pesakit dewasa kritikal Soalan ulasan Adakah ECMO meningkatkan survival jangka panjang dalam kalangan dewasa yang kritikal? Mesej utama – ECMO berkesan mengurangkan kematian berbanding pengurusan konvensional, tetapi ia dikaitkan dengan peningkatan risiko perdarahan major. – Hasil lain yang dilaporkan adalah kurang baik. – Terdapat ketidakpastian dalam penemuan dan penyelidikan lanjut diperlukan. Apakah pengoksigenan membran ekstrakorporeum? Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (ECMO) ialah satu bentuk sokongan hidup untuk...

Persetubuhan bermasa untuk pasangan yang cuba hamil

7 months 1 week ago
Persetubuhan bermasa untuk pasangan yang cuba hamil Soalan ulasan Kami mengulas bukti tentang kesan persetubuhan bermasa (menggunakan ramalan ovulasi) berbanding persetubuhan tanpa ramalan ovulasi dalam pasangan yang cuba hamil. Latar belakang Ramai pasangan mendapati sukar untuk mencapai kehamilan dan bimbang tentang kesuburan mereka. Dalam setiap kitaran, seorang wanita subur dari kira-kira lima hari sebelum ovulasi (pelepasan telur) sehingga beberapa jam selepas ovulasi disebabkan oleh masa kelangsungan hidup sperma dan telur yang terhad. Mengenal pasti tempoh subur kitaran haid wanita...

Adakah suplemen vitamin dan mineral antioksidan memperlahankan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan umur (AMD)?

7 months 1 week ago
Adakah suplemen vitamin dan mineral antioksidan memperlahankan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan umur (AMD)? Mesej utama - Pengambilan suplemen multivitamin antioksidan mungkin memperlahankan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan umur (AMD), penyakit mata yang mengaburkan penglihatan pusat anda. - Orang dengan AMD pertengahan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat manfaat daripada suplemen antioksidan kerana risiko perkembangan mereka lebih tinggi daripada orang dengan AMD peringkat awal. - Walaupun suplemen vitamin secara amnya dianggap selamat,...

Paras oksigen lebih tinggi atau lebih rendah bagi orang dewasa di unit rawatan intensif

7 months 1 week ago
Paras oksigen lebih tinggi atau lebih rendah bagi orang dewasa di unit rawatan intensif Soalan ulasan Kami berhasrat mengemas kini penilaian sama ada lebih oksigen tambahan adalah lebih baik daripada kurang oksigen tambahan untuk orang dewasa di unit rawatan intensif (ICU). Latar belakang Orang dewasa di ICU adalah mereka yang sakit kritikal dan berisiko tinggi mati. Oksigen tambahan atau terapi disediakan untuk kebanyakan pesakit dewasa di ICU. Sakit yang teruk boleh menyebabkan kurang oksigen dalam darah yang membuat pesakit berisiko paras oksigen rendah dan kegagalan organ. Penggunaan...

Rawatan pembedahan untuk kanser kaviti oral (mulut) dan orofarinks (tekak)

7 months 3 weeks ago
Rawatan pembedahan untuk kanser kaviti oral (mulut) dan orofarinks (tekak) Mesej-mesej utama • Dalam kalangan pengidap kanser mulut, pembuangan elektif nodus limfa leher semasa pembuangan tumor primer berbanding pembuangan nodus limfa leher hanya apabila ia menjadi kanser, mungkin meningkatkan survival dan mengurangan perulangan tetapi boleh meningkatkan risiko kesan yang tidak diingini. • Kajian masa hadapan rawatan pembedahan kanser mulut dan tekak harus melaporkan penemuan mengikut lokasi tumor primer dan mengukur kualiti hidup dan penyakit atau hilang upaya yang berkait dengan rawatan....

Bolehkah kakitangan kesihatan bukan profesional mengenal pasti dan merawat susut badan dalam kalangan kanak-kanak dengan berkesan?

7 months 3 weeks ago
Bolehkah kakitangan kesihatan bukan profesional mengenal pasti dan merawat susut badan dalam kalangan kanak-kanak dengan berkesan? Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk menyiasat perbandingan keberkesanan antara kakitangan kesihatan bukan profesional dengan kakitangan perubatan profesional dari segi pengenalpastian dan perawatan kanak-kanak yang menghidap kesusutan badan. Mesej utama Keputusan ulasan ini mencadangkan bahawa kanak-kanak yang menerima penjagaan daripada pekerja kesihatan awam untuk kesusutan badan teruk mungkin mempunyai keputusan yang sama atau lebih buruk daripada...
Checked
22 hours 18 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed