Latest Malay Review translations

Intervensi untuk penghidap diabetes mellitus jenis 2 berpuasa pada bulan Ramadan

9 months ago
Intervensi untuk penghidap diabetes mellitus jenis 2 berpuasa pada bulan Ramadan Soalan ulasan Apakah kesan intervensi untuk orang dewasa dengan diabetes jenis 2 yang berpuasa pada bulan Ramadan? Latar belakang Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun iman dan amalan Islam. Dalam tempoh ini, semua orang dewasa Islam yang sihat akan berpuasa dari subuh hingga senja (matahari terbenam) dan mengambil makanan selepas matahari terbenam atau Iftar. Orang yang sakit atau mempunyai keadaan perubatan seperti diabetes jenis 2 dikecualikan daripada berpuasa. Bagaimanapun, ramai individu yang...

Ubat-ubatan yang manakah, diambil melalui mulut atau disuntik, paling sesuai untuk merawat keadaan kulit yang disebut psoriasis plak?

9 months ago
Ubat-ubatan yang manakah, diambil melalui mulut atau disuntik, paling sesuai untuk merawat keadaan kulit yang disebut psoriasis plak? Mesej-mesej utama - Setelah enam bulan menjalani rawatan, ubat-ubatan yang disebut 'biologics' berfungsi paling baik untuk membersihkan tompok-tompok psoriasis pada kulit. - Kajian yang lebih lama diperlukan untuk menilai faedah dan potensi bahaya rawatan yang lebih lama dengan ubat-ubatan yang disuntik atau diminum untuk merawat psoriasis. - Lebih banyak kajian diperlukan yang membandingkan jenis ubat ini secara langsung antara satu sama lain. Apa itu...

Jabatan kecemasan atau unit penilaian akut: yang manakah mampu memeriksa dan merawat pesakit dengan lebih cepat?

9 months ago
Jabatan kecemasan atau unit penilaian akut: yang manakah mampu memeriksa dan merawat pesakit dengan lebih cepat? Mesej utama • Jabatan kecemasan memeriksa dan merawat orang yang mengalami penyakit atau kecederaan yang mendesak. Di seluruh dunia, jabatan kecemasan mengalami cabaran dalam memberikan penjagaan kepada pesakit disebabkan peningkatan bilangan orang yang memerlukannya. • Perkhidmatan penilaian akut ialah alternatif bagi sesetengah pesakit untuk diperiksa dan dirawat selain daripada jabatan kecemasan dan ini boleh membantu mengurangkan masa menunggu yang lama di jabatan kecemasan. •...

Adakah terapi estrogen membantu merawat prolaps organ pelvis di kalangan wanita pasca menopaus?

9 months ago
Adakah terapi estrogen membantu merawat prolaps organ pelvis di kalangan wanita pasca menopaus? Mesej utama • Walaupun 14 kajian memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini, tiada kajian yang menumpukan kepada perbandingan yang paling kami kehendaki, jadi kami tidak pasti tentang kesan terapi estrogen terhadap prolaps organ pelvis di kalangan wanita pasca menopaus. • Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menilai kesan terapi estrogen, secara tunggal atau dengan gabungan rawatan lain, terhadap prolaps organ pelvis di kalangan wanita pasca menopaus. Apakah prolaps organ pelvis? Prolaps organ...

Farmakologi, rangsangan otak bukan invasif dan psikologi untuk merawat kemurungan selepas strok

9 months 1 week ago
Farmakologi, rangsangan otak bukan invasif dan psikologi untuk merawat kemurungan selepas strok Soalan ulasan Adakah rawatan famakologi, rangsangan otak tidak invasif (elektrod diletakkan pada kulit kepala dan arus elektrik yang dikawal halus digunakan untuk mengubah aktiviti otak), rawatan psikologi, atau rawatan gabungan mengurangkan jumlah pesakit dengan kemurungan atau tahap gejala kemurungan selepas strok? Latar belakang Kemurungan adalah gejala yang biasa selepas strok dan sering tidak dikesan atau tidak dirawat dengan secukupnya. Tarikh carian Kami telah mengenal pasti kajian dengan...

Adakah intervensi sokongan sosial membantu penghidap penyakit jantung? 

9 months 2 weeks ago
Adakah intervensi sokongan sosial membantu penghidap penyakit jantung? Mesej utama Tidak terdapat bukti jelas yang menyarankan bahawa sokongan sosial atau program rangkaian sosial membantu penghidap penyakit jantung. Program-program ini mungkin menghasilkan sedikit peningkatan dalam kualiti hidup dan tekanan darah. Ulasan kami mengesyorkan bahawa, walaupun sokongan sosial atau intervensi rangkaian sosial mungkin berpotensi untuk membantu penghidap penyakit jantung, kajian yang lebih berkualiti tinggi dan dilaporkan dengan jelas diperlukan untuk membuktikan sebarang keberkesanan. Apakah itu...

Bolehkah ubat-ubatan seperti varenicline dan cytisine (agonis separa reseptor nikotin) membantu orang ramai untuk berhenti merokok dan adakah ubatan ini menyebabkan kesan yang tidak diingini?

9 months 2 weeks ago
Bolehkah ubat-ubatan seperti varenicline dan cytisine (agonis separa reseptor nikotin) membantu orang ramai untuk berhenti merokok dan adakah ubatan ini menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama · Varenicline boleh membantu orang ramai untuk berhenti merokok untuk tempoh sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Bukti menunjukkan bahawa ubat ini berfungsi dengan lebih baik daripada bupropion dan hanya menggunakan satu jenis terapi penggantian nikotin sahaja (contohnya hanya jenis tampalan). Kadar berhenti merokok berkemungkinan sama seperti penggunaan lebih daripada satu jenis terapi...

Adakah mengasingkan atau mengumpulkan, atau kedua-duanya untuk bayi baru lahir dalam unit baru lahir mengurangkan penyebaran jangkitan?

9 months 2 weeks ago
Adakah mengasingkan atau mengumpulkan, atau kedua-duanya untuk bayi baru lahir dalam unit baru lahir mengurangkan penyebaran jangkitan? Mesej utama Kami tidak menemui sebarang kajian perubatan yang diterbitkan atau berterusan untuk menjawab soalan kami. Kajian masa depan diperlukan untuk menilai kegunaan mengasingkan atau mengumpulkan bayi baru lahir dalam mengurangkan penyebaran jangkitan serta kos kewangan untuk berbuat demikian. Apakah jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan? Jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HAI) ialah jangkitan yang dialami oleh pesakit semasa berada di hospital,...

Faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular (ubat anti-VEGF) untuk edema makular diabetes

9 months 2 weeks ago
Faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular (ubat anti-VEGF) untuk edema makular diabetes Apakah tujuan ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui jenis ubat anti faktor pertumbuhan endothelial vaskular (anti-VEGF) terbaik untuk edema makula diabetes (DMO) dua tahun selepas rawatan dimulakan. Mesej utama Mungkin tiada perbezaan klinikal penting dalam hasil visual antara ubat anti-VEGF pada dua tahun dalam kalangan orang dengan DMO, walaupun kami mendapati perbezaan dalam kesan ubat pada ketebalan retina. Tiada bukti bahawa sebarang ubat meningkatkan risiko kematian...

Opiod untuk mengurus sakit dalam kalangan bayi yang terdedah kepada prosedur yang sakit

9 months 3 weeks ago
Opiod untuk mengurus sakit dalam kalangan bayi yang terdedah kepada prosedur yang sakit Mesej utama • Akibat kekurangan bukti kukuh, manfaat dan risiko opiod untuk mengurus sakit dalam kalangan bayi yang terdedah kepada prosedur yang sakit adalah tidak jelas. • Berbanding plasebo (rawatan palsu yang tidak mengandungi sebarang ubat tetapi serupa dengan ubat yang sedang diuji), opiod mungkin mengurangkan sakit yang dinilai dengan skala tertentu semasa prosedur, tetapi mungkin tidak memberi perbezaan dengan skala-skala lain satu hingga dua jam selepas prosedur. • Bukti adalah sangat tidak pasti...

Pil perancang kehamilan yang mengandungi drospirenone untuk merawat sindrom prahaid

9 months 3 weeks ago
Pil perancang kehamilan yang mengandungi drospirenone untuk merawat sindrom prahaid Soalan ulasan Kami ingin mengetahui sama ada pil perancang kehamilan yang mengandungi drospirenone dan estrogen berkesan dalam memperbaiki gejala sindrom prahaid (PMS) dalam kalangan wanita dengan PMS, berbanding dengan sama ada pil plasebo (dummy) atau pil perancang kehamilan yang lain. Kami juga ingin mengetahui kesan sampingan yang mungkin dialami oleh wanita. Latar belakang PMS adalah masalah biasa. Keadaan yang teruk dipanggil gangguan disforia prahaid (PMDD). Gejalanya termasuklah perubahan tingkah...

Adakah indeks glisemik rendah atau pemakanan beban glisemik rendah membantu pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti untuk menurunkan berat badan?

9 months 3 weeks ago
Adakah indeks glisemik rendah atau pemakanan beban glisemik rendah membantu pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti untuk menurunkan berat badan? Mesej utama - Indeks glisemik rendah dan pemakanan beban glisemik rendah mungkin menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam berat badan, berbanding dengan indeks glisemik yang lebih tinggi atau pemakanan beban atau mana-mana pemakanan yang lain. - Kami sangat tidak pasti tentang kesan pemakanan ini terhadap kualiti hidup, kesan sampingan dan kematian pesakit. Apakah indeks glisemik rendah atau pemakanan beban glisemik...

Analog hormon pelepasan gonadotrofin untuk kesakitan yang berkait dengan endometriosis

9 months 3 weeks ago
Analog hormon pelepasan gonadotrofin untuk kesakitan yang berkait dengan endometriosis Apakah manfaat dan risiko analog hormon pelepasan gonadotrofin (gonadotrophin-releasing hormone analogues, GnRHas) untuk kesakitan yang berkait dengan endometriosis? Mesej utama GnRHas menawarkan lebih pengurangan kesakitan berbanding dengan plasebo atau progestogen. Walau bagaimanapun, didapati penurunan terbesar dalam ketumpatan mineral tulang (bone mineral density, BMD) apabila menggunakan GnRHas, berbanding dengan hormon berlainan yang dipanggil gestrinone dan GnRHas bersama-sama dengan agen pengawalan...

Rawatan bukan-surgikal tambahan untuk mempercepat pergerakan gigi dalam kalangan pesakit pergigian yang dirawat dengan pendakap tetap.

9 months 3 weeks ago
Rawatan bukan-surgikal tambahan untuk mempercepat pergerakan gigi dalam kalangan pesakit pergigian yang dirawat dengan pendakap tetap. Soalan ulasan Adakah prosedur tambahan bukan pembedahan yang mendakwa mempercepat pergerakan gigi ortodontik mengurangkan tempoh keseluruhan rawatan ortodontik? Latar belakang Di seluruh dunia, rawatan ortodontik dibuat untuk membetulkan posisi gigi dalam kalangan remaja dan dewasa apabila mereka mengalami masalah dengan gigi dan gigitan. Aplians ortodontik boleh berbeza-beza jenis, dan termasuk pendakap tetap (terdiri dari braket yang dilekatkan pada gigi...

Apakah cara terbaik menggunakan terapi penggantian nikotin untuk berhenti merokok?

9 months 3 weeks ago
Apakah cara terbaik menggunakan terapi penggantian nikotin untuk berhenti merokok? Mesej utama Menggunakan gabungan tampalan nikotin bersama dengan jenis terapi gantian nikotin (NRT) lain (seperti gulu-gula getah atau lozeng) lebih berkemungkinan membantu orang berhenti merokok berbanding jika mereka menggunakan satu jenis NRT sahaja. Kami juga mendapati orang yang merokok berpeluang yang sama untuk berjaya berhenti merokok sama ada mereka menggunakan tampalan nikotin atau NRT jenis lain seperti gula-gula getah, lozeng atau semburan hidung. Lebih banyak kajian berkualiti tinggi tentang...

Adakah gam pembedahan menghalang fistula pankreas selepas pembedahan (kebocoran cecair dari pankreas) dan menggalakkan penyembuhan selepas pembedahan?

9 months 3 weeks ago
Adakah gam pembedahan menghalang fistula pankreas selepas pembedahan (kebocoran cecair dari pankreas) dan menggalakkan penyembuhan selepas pembedahan? Mesej utama - Gam pembedahan mungkin memberi sedikit perbezaan atau tidak pada fistula pankreas selepas pembedahan pada orang yang menjalani pembuangan ekor pankreas. - Kami tidak tahu sama ada gam pembedahan mempunyai kesan pada fistula pankreas selepas pembedahan pada orang yang menjalani penyingkiran kepala pankreas. - Kami juga tidak tahu sama ada gam pembedahan mempunyai kesan ke atas kadar kematian pada orang yang menjalani salah satu...

Adakah pemantauan rutin aspirat perut (susu separa cerna dan hormon usus ditarik keluar dari tiub pemakanan) boleh mengelak enterokolitis nekrosis dalam kalangan bayi pramatang?

10 months ago
Adakah pemantauan rutin aspirat perut (susu separa cerna dan hormon usus ditarik keluar dari tiub pemakanan) boleh mengelak enterokolitis nekrosis dalam kalangan bayi pramatang? Mesej utama Enterokolitis nekrosis adalah penyakit usus yang serius dalam kalangan bayi pramatang yang menyebabkan kerosakan dan kematian tisu usus dan boleh menyebabkan lubang pada usus. • Pemantauan rutin aspirat perut untuk membuat keputusan tentang pemakanan bayi pramatang mungkin ada sedikit atau tiada kesan ke atas risiko enterokolitis nekrosis. • Memantau aspirat perut mungkin meningkatkan masa yang diambil...

Apakah kesan ubat herba bukan Cina untuk orang yang mengalami dispepsia berfungsi?

10 months ago
Apakah kesan ubat herba bukan Cina untuk orang yang mengalami dispepsia berfungsi? Keputusan utama Kami telah mengenalpasti beberapa ubat herba yang berkesan dalam memperbaiki gejala dan kesejahteraan diri dalam orang yang mengalami dispepsia berfungsi Juga, mereka mungkin tidak terkait dengan peristiwa penting yang tidak diingini berbanding dengan rawatan palsu. Namun begitu, kami telah menjumpai sedikit bukti tentang perbandingan keberkesanan ubat herba dan rawatan lain. Kesan ubat herba mungkin perlu dibandingkan dengan rawatan perubatan biasa untuk dispepsia berfungsi untuk menilai...

Bagaimanakah penjaga boleh menguruskan kesakitan pada bayi dan kanak-kanak kecil yang menjalani prosedur yang menyakitkan?

10 months ago
Bagaimanakah penjaga boleh menguruskan kesakitan pada bayi dan kanak-kanak kecil yang menjalani prosedur yang menyakitkan? Mesej utama Hisapan tidak berkhasiat (objek, seperti puting, diletakkan di dalam mulut bayi untuk merangsang tingkah laku menghisap), bedung berbantu (membedung bayi menggunakan tangan penjaga di kepala dan kaki untuk mengekalkan posisi 'folded-in'), dan bedung (membalut bayi dengan ketat dalam selimut untuk mengelakkan pergerakan badan yang berlebihan) adalah antara strategi paling berpotensi yang boleh mengurangkan rasa sakit pada bayi pramatang. Hisapan tidak...

Salina hipertonik (air garam dengan sekurang-kurangnya 3% garam) nebula sebagai kabus halus melalui topeng atau corong mulut untuk fibrosis sistik

10 months ago
Salina hipertonik (air garam dengan sekurang-kurangnya 3% garam) nebula sebagai kabus halus melalui topeng atau corong mulut untuk fibrosis sistik Soalan ulasan Adakah menyedut salina hipertonik (air garam dengan sekurang-kurangnya 3% garam) sebagai kabus melalui topeng atau corong mulut memperbaik klearans mukus dalam paru-paru dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik (CF) berbanding plasebo (kabus tanpa atau sangat sedikit garam? ) atau ejen lain? Latar belakang Orang dengan CF menghasilkan banyak mukus tebal yang susah dibersihkan dan menyumbat saluran pernafasan. Fisioterapi dada atau...
Checked
7 hours 31 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed