Latest Malay Review translations

Adakah kaedah McKenzie berkesan untuk rawatan sakit pinggang (sub)akut yang tidak spesifik?

11 months 3 weeks ago
Adakah kaedah McKenzie berkesan untuk rawatan sakit pinggang (sub)akut yang tidak spesifik? Mesej utama Kaedah McKenzie boleh menyebabkan sedikit atau tiada manfaat dalam kesakitan dan ketidakupayaan kepada orang yang mengalami sakit belakang bawah (sub)akut yang tidak spesifik dalam jangka pendek (hampir dua minggu) dan sederhana (hampir tiga bulan). Kaedah McKenzie bukanlah rawatan yang berkesan untuk sakit belakang bawah (sub)akut yang tidak spesifik. Kami tidak tahu sama ada kaedah McKenzie membawa kepada sebarang kesan sampingan kerana tiada satu pun daripada kajian yang dimasukkan...

Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengawal dan mengurus kesakitan selepas pembedahan pada neonat?

11 months 3 weeks ago
Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengawal dan mengurus kesakitan selepas pembedahan pada neonat? Soalan Ulasan Sejauh manakah opioid sistemik berkesan dan selamat untuk mengurangkan kesakitan bayi baru lahir selepas pembedahan? Latar belakang Neonat (bayi dalam empat minggu pertama selepas kelahiran) mungkin menjalani pembedahan (operasi) atau prosedur pembedahan. Seperti orang dewasa, bayi mengalami kesakitan, dan kesakitan ini mesti diuruskan (dikurangkan) selepas pembedahan. Opioid adalah ubat yang melegakan kesakitan. Contoh opioid adalah kodin dan morfin. Opioid...

Ubat penahan sakit selain opiod untuk menangani kesakitan kepada bayi yang menjalani prosedur yang menyakitkan

11 months 3 weeks ago
Ubat penahan sakit selain opiod untuk menangani kesakitan kepada bayi yang menjalani prosedur yang menyakitkan Mesej utama • Kami tidak menemui bukti yang mencukupi mengenai ubat penahan sakit bukan opiod untuk menangani kesakitan kepada bayi yang menjalani prosedur yang menyakitkan. Kami mendapati hanya dua kajian kecil yang membandingkan ubat penahan sakit (ketamin) dengan ubat penahan sakit lain (opioid) atau cecair manis bagi menjalani prosedur yang berbeza. • Kajian yang lebih besar mengenai pelbagai ubat penahan sakit adalah diperlukan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik tentang...

Rawatan farmakologi untuk sakit belakang rendah pada orang dewasa: gambaran keseluruhan Ulasan Cochrane

11 months 3 weeks ago
Rawatan farmakologi untuk sakit belakang rendah pada orang dewasa: gambaran keseluruhan Ulasan Cochrane Mesej utama Untuk sakit belakang rendah akut • NSAID dan ubat pengenduran otot mungkin memberikan manfaat yang kecil pada kesakitan, namun ubat pengenduran otot mungkin dikaitkan dengan kesan yang tidak diingini. Paracetamol tidak mempunyai kesan pada kesakitan atau kesan yang tidak diingini. Untuk sakit belakang rendah kronik • Opioid mungkin mengurangkan kesakitan tetapi mungkin dikaitkan dengan kesan yang tidak diingini. NSAID mungkin mengurangkan kesakitan tanpa kesan yang tidak...

Apakah faedah dan risiko larutan bergaram hipertonik melalui penebula untuk merawat bayi dengan bronkiolitis akut, berbanding larutan garam biasa?

11 months 3 weeks ago
Apakah faedah dan risiko larutan bergaram hipertonik melalui penebula untuk merawat bayi dengan bronkiolitis akut, berbanding larutan garam biasa? Mesej utama Berbanding dengan pengewapan garam biasa, pengewapan garam hipertonik boleh mengurangkan penginapan hospital hampir 10 jam untuk bayi yang dirawat dengan bronchiolitis akut; boleh meningkatkan 'skor keterukan klinikal', yang digunakan oleh doktor untuk menilai keterukan penyakit; dan boleh mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak 13% di kalangan kanak-kanak yang dirawat sebagai pesakit luar atau di jabatan kecemasan. Kami...

Faktor pertumbuhan anti-vaskular endotelial untuk glaukoma neovaskular

11 months 3 weeks ago
Faktor pertumbuhan anti-vaskular endotelial untuk glaukoma neovaskular Apakah tujuan ulasan ini? Untuk membandingkan rawatan dengan dan tanpa ubat faktor pertumbuhan anti-vaskular endotelial (anti-VEGF) untuk pesakit glaukoma neovascular (NVG). Mesej utama Adalah tidak pasti sama ada rawatan dengan ubat anti-VEGF adalah lebih bermanfaat daripada rawatan tanpa ubat anti-VEGF untuk mereka dengan NVG. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menyiasat kesan ubat anti-VEGF berbanding dengan, atau tambahan kepada, rawatan konvensional. Apakah yang kami kaji dalam ulasan ini? VEGF adalah protein...

Fisioterapi dada untuk bronkiolitis akut dalam kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun

11 months 3 weeks ago
Fisioterapi dada untuk bronkiolitis akut dalam kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun Mesej utama Fisioterapi dada berdasarkan teknik hembusan perlahan berupaya meredakan keterukan penyakit dalan bayi dengan bronkiolitis akut sederhana teruk. Apakah bronchiolitis akut, dan apakah peranan fisioterapi dada dalam keadaan ini? Bronkiolitis akut adalah jangkitan pernafasan virus yang kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada dua tahun. Kebanyakan bayi mempunyai penyakit ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan khusus atau kemasukan ke hospital. Walau bagaimanapun, mereka...

Mamografi diikuti dengan ultrasonografi berbanding dengan mamografi sahaja untuk saringan kanser payudara di kalangan wanita berisiko sederhana untuk kanser payudara

11 months 4 weeks ago
Mamografi diikuti dengan ultrasonografi berbanding dengan mamografi sahaja untuk saringan kanser payudara di kalangan wanita berisiko sederhana untuk kanser payudara Apakah isunya? Kami memeriksa bukti yang menyokong dan menentang penambahan saringan ultrasonografi kepada ujian mamogram bagi wanita dengan risiko sederhana untuk kanser payudara. Mengapakah ia penting? Adalah penting untuk menimbang kebaikan dan keburukan saringan kerana peningkatan pengesanan tumor melalui saringan tidak semestinya bermaksud lebih ramai wanita yang dapat diselamatkan. Bukti menunjukkan bahawa mamografi di...

Pengalaman dan persepsi pemindahan tunai untuk kesihatan 

11 months 4 weeks ago
Pengalaman dan persepsi pemindahan tunai untuk kesihatan Apakah matlamat sintesis ini? Matlamat sintesis bukti kualitatif Cochrane ini adalah untuk meneroka bagaimana orang yang menerima pemindahan tunai bersyarat atau tanpa syarat berkaitan kesihatan mengalaminya. Kami menganalisis 41 kajian kualitatif untuk menjawab soalan ini. Mesej utama Orang menghargai pemindahan tunai dan melihatnya sebagai perlu untuk keperluan asas mereka. Walau bagaimanapun, pemindahan tunai boleh mempengaruhi hubungan orang dalam cara yang positif dan negatif. Tidak semua orang mahu menerima wang tunai dan...

Antidepresan untuk rawatan kemurungan bagi orang yang menghidap kanser

11 months 4 weeks ago
Antidepresan untuk rawatan kemurungan bagi orang yang menghidap kanser Mesej utama Ulasan ini mendapati potensi kesan berfaedah antidepresan terhadap plasebo (rawatan plasu) dalam kalangan orang yang mengalami kemurungan akibat kanser. Walau bagaimanapun, bukti adalah tidak pasti, oleh itu sukar untuk membuat kesimpulan yang jelas. Penggunaan antidepresan pada orang yang menghidap kanser harus dipertimbangkan secara individu. Apa isunya? Kemurungan kerap berlaku dalam kalangan pesakit kanser. Biasanya simptom-simptom kemurungan adalah tindakbalas semulajadi ataupun kesan langsung terhadap...

Adakah suplemen zink berkesan untuk mencegah kematian dan penyakit, dan untuk menggalakkan pertumbuhan, pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini?

11 months 4 weeks ago
Adakah suplemen zink berkesan untuk mencegah kematian dan penyakit, dan untuk menggalakkan pertumbuhan, pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama - Suplemen zink untuk kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 12 tahun memberikan sedikit atau tiada perbezaan terhadap semua punca kematian dan kemungkinan tidak memberikan perbezaan terhadap kematian disebabkan cirit-birit. Suplemen zink mungkin mengurangkan kematian disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah dan malaria tetapi kemungkinan kecil peningkatan risiko...

Kaedah mekanikal untuk induksi kelahiran

11 months 4 weeks ago
Kaedah mekanikal untuk induksi kelahiran Kami telah menentukan untuk mengenal pasti daripada kajian-kajian rawak terkawal tentang keberkesanan dan keselamatan kaedah-kaedah mekanikal untuk memulakan kelahiran dalam trimester ketiga kehamilan (> minggu ke-24 kehamilan'). Penggunaan belon untuk meregangkan serviks (bahagian pangkal rahim) telah dibandingkan dengan prostaglandin E2 (PGE2), misoprostol atau oxytocin dengan dos rendah. Apakah isunya? Induksi dijalankan secara umum apabila risiko meneruskan kehamilan melebihi faedah, atau atas permintaan wanita-wanita hamil. Kaedah mekanikal...

Kawalan tekanan darah untuk retinopati diabetis

1 year ago
Kawalan tekanan darah untuk retinopati diabetis Soalan ulasan Adakah kawalan tekanan darah mencegah retinopati diabetis atau melambatkan progresinya? Latar belakang Diabetis diciri oleh gula yang tinggi dalam darah (gula yang beredar dalam darah) dan diklasifikasikan sebagai samada jenis 1 atau jenis 2, bergantung kepada punca peningkatan gula dalam darah. Komplikasi lazim dalam kalangan orang dengan diabetis ialah retinopati diabetis, sering dikenali sebagai 'penyakit mata diabetis', yang mempengaruhi saluran darah di bahagian belakang mata. Retinopati diabetis adalah punca utama...

Intervensi penurunan berat badan dalam kalangan pemandiri kanser endometrium

1 year ago
Intervensi penurunan berat badan dalam kalangan pemandiri kanser endometrium Latar belakang Kanser endometrium atau rahim adalah kanser yang biasa dalam kalangan wanita dan bilangan kes semakin meningkat. Sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kadar obesiti, yang merupakan faktor risiko utama untuk penyakit ini. Walaupun kemandirian selepas kanser endometrium secara amnya sangat baik jika didiagnosa di peringkat awal, wanita yang terlibat berkemungkinan lebih tinggi untuk mati lebih awal disebabkan peningkatan risiko serangan jantung dan strok, serta mempunyai kualiti hidup yang lebih...

Adakah methylphenidate rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak dan remaja dengan gangguan hiperaktif defisit perhatian (ADHD) dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini?

1 year ago
Adakah methylphenidate rawatan yang berkesan untuk kanak-kanak dan remaja dengan gangguan hiperaktif defisit perhatian (ADHD) dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama - Methylphenidate mungkin mengurangkan hiperaktif dan impulsif dan mungkin membantu kanak-kanak untuk menumpukan perhatian. Methylphenidate mungkin juga membantu memperbaik tingkah laku secara am, tetapi tidak mempengaruhi kualiti hidup. - Methylphenidate tidak meningkatkan risiko kesan tidak diingini yang serius (mengancam nyawa) apabila diguna untuk tempoh sehingga enam bulan. Walau bagaimanapun, ia...

Kortikosteroid yang disedut berbanding plasebo untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik yang stabil (COPD)

1 year ago
Kortikosteroid yang disedut berbanding plasebo untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik yang stabil (COPD) Mesej utama Kortikosteroid yang disedut sahaja mungkin mengurangkan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) memberang, memperlahankan penurunan fungsi paru-paru (diukur sebagai isipadu udara yang boleh anda keluarkan dari paru-paru dalam satu saat) dan membawa kepada peningkatan kecil dalam kualiti hidup. Walau bagaimanapun, ia mungkin juga meningkatkan risiko pneumonia dan kesan sampingan dalam mulut dan mungkin tidak menambahbaik survival. Penemuan ini menyokong pertimbangan...

Adakah mastektomi mengekalkan kulit satu prosedur pembedahan yang berkesan dan selamat untuk rawatan kanser payudara?

1 year ago
Adakah mastektomi mengekalkan kulit satu prosedur pembedahan yang berkesan dan selamat untuk rawatan kanser payudara? Apakah tujuan ulasan ini? Kami mengulas bukti mengenai teknik pembedahan yang dikenali sebagai mastektomi mengekalkan kulit (SSM) (iaitu, mengeluarkan tisu payudara termasuk payudara dan areola (kulit yang mengelilingi puting) tetapi mengekalkan semua kulit yang meliputi payudara) berbanding dengan mastektomi biasa (iaitu, mengeluarkan kulit yang meliputi payudara termasuk puting dan areola). Mesej utama Kami mendapati bahawa SSM mungkin tidak berbeza daripada mastektomi...

Dos ubat opioid yang tinggi untuk pengurusan sakit kronik bukan kanser

1 year ago
Dos ubat opioid yang tinggi untuk pengurusan sakit kronik bukan kanser Pokoknya Tiada bukti berkualiti tinggi untuk menunjukkan bagaimana dos opioid tinggi berfungsi, atau apakah kesan sampingan yang timbul apabila ia diguna untuk orang dewasa dengan sakit kronik yang bukan disebabkan oleh kanser. Kajian-kajian biasanya mengguna dos di bawah paras pemutus. Kami perlu tahu bagaimana ubat opioid dos tinggi berfungsi untuk sakit kronik bukan kanser, dan apakah kesan sampingan yang mungkin. Latar belakang Opioid adalah sejenis ubat sakit yang berkait dengan morfin. Opioid telah diguna...

Suntikan faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular untuk retinopati diabetes lanjutan

1 year ago
Suntikan faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular untuk retinopati diabetes lanjutan Soalan ulasan Adakah suntikan faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular (anti-VEGF) sama ada dengan atau tanpa rawatan laser membantu penghidap retinopati diabetes lanjutan dari segi penglihatan dan perkembangan penyakit? Adakah rawatan ini selamat? Mesej utama · Anti-VEGF (digabungkan dengan atau tanpa laser) meningkatkan penglihatan, tetapi tahap peningkatan tidak bermakna secara klinikal. Mereka juga mengurangkan pembentukan saluran baru, pendarahan, dan keperluan untuk mengeluarkan vitreous dengan...

Agen terapeutik untuk merawat mpox

1 year ago
Agen terapeutik untuk merawat mpox Apakah matlamat ulasan ini? Tiada ubat yang dilesenkan khusus untuk merawat mpox, tetapi terdapat beberapa ubat yang dilesenkan untuk rawatan jangkitan virus yang seakannya (seperti cacar), dibenarkan untuk rawatan mpox semasa wabak. Kesan ubat ini masih belum dikaji dalam bentuk kajian rawak dalam kalangan individu yang menghidap mpox. Kajian rawak melibatkan sekurang-kurangnya dua kumpulan rawatan, iaitu satu kumpulan menerima ubat dan satu lagi kumpulan menerima plasebo. Peserta yang menyertai kajian ini diagihkan secara rawak kepada salah satu daripada...
Checked
22 hours 38 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed