Latest Malay Review translations

Rawatan perubatan untuk hifema traumatik

1 year 1 month ago
Rawatan perubatan untuk hifema traumatik Mesej utama Kami dapati tiada bukti sebarang rawatan perubatan mempengaruhi tajam penglihatan (ketajaman visi), sama ada diukur dalam beberapa minggu atau lebih lama. Kami juga mendapati tiada rawatan perubatan yang menghasilkan kurang komplikasi dari hifema itu sendiri, walaupun bukti adalah lemah kerana kurangnya kejadian berlaku. Kami mendapati bukti terhad anti-fibrinolitik (ubat-ubatan yang mempengaruhi pembekuan darah) mengurangkan risiko pendarahan baharu di dalam mata. Apa yang kami ingin tahu? Kami ingin tahu rawatan perubatan yang berkesan...

Mengurangkan bahaya jatuh dalam persekitaran

1 year 1 month ago
Mengurangkan bahaya jatuh dalam persekitaran Mesej utama Bagi orang dewasa yang lebih tua yang berisiko lebih tinggi untuk jatuh, seperti pernah jatuh pada tahun lalu dan baru-baru ini dimasukkan ke hospital atau memerlukan sokongan aktiviti harian, menghindar bahaya jatuh di persekitaran rumah boleh mengurangkan bilangan jatuh sebanyak 38%. Contoh bahaya jatuh di persekitaran ialah tangga tanpa pagar, laluan licin atau pencahayaan yang kurang baik. Mengapa penting untuk mempertimbangkan bahaya persekitaran sebagai sebahagian daripada program pencegahan jatuh? Jatuh adalah lazim dan boleh...

Kelahiran hospital yang dirancang berbanding kelahiran di rumah yang dirancang

1 year 1 month ago
Kelahiran hospital yang dirancang berbanding kelahiran di rumah yang dirancang Apakah isunya? Kebanyakan kehamilan di kalangan wanita yang sihat adalah normal, dan kebanyakan kelahiran boleh berlaku tanpa intervensi perubatan yang tidak perlu. Walau bagaimanapun, adalah tidak mungkin untuk meramalkan dengan pasti bahawa tiada komplikasi akan berlaku semasa kelahiran. Oleh itu, di banyak negara, dipercayai bahawa pilihan paling selamat adalah untuk semua wanita bersalin di hospital. Di beberapa negara, bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa selagi seorang wanita dijaga dengan baik semasa...

Radioterapi penambahan dos untuk rawatan kuratif dalam kalangan lelaki dengan kanser prostat setempat klinikal

1 year 1 month ago
Radioterapi penambahan dos untuk rawatan kuratif dalam kalangan lelaki dengan kanser prostat setempat klinikal Soalan ulasan Bagaimanakah dos sinaran yang lebih tinggi berbanding dos yang lebih rendah apabila merawat kanser prostat yang terhad kepada kelenjar prostat? Latar belakang Rawatan untuk kanser prostat termasuklah pembedahan, terapi sinaran, terapi hormon, dan kemoterapi. Terapi sinaran (RT) ialah rawatan yang menggunakan pancaran tenaga yang kuat untuk membunuh sel-sel kanser. RT penambahan dos mempunyai dos sinaran yang lebih tinggi berbanding dos RT biasa atau 'normal'...

Paratiroidektomi untuk orang dewasa yang menghidap hiperparatiroidisme primer

1 year 1 month ago
Paratiroidektomi untuk orang dewasa yang menghidap hiperparatiroidisme primer Apakah hiperparatiroidisme primer? Hiperparatiroidisme primer (PHPT) adalah sejenis penyakit di mana kelenjar paratiroid (empat kelenjar terletak berhampiran atau pada tiroid di leher) membesar dan menghasilkan terlalu banyak hormon paratiroid. Penyakit ini menjejaskan 1% orang dewasa. Pengeluaran berlebihan hormon paratiroid akan mengganggu tahap kalsium di dalam badan, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain, seperti osteoporosis (penyakit yang melemahkan tulang) dan patah tulang, penyakit buah...

Induksi proses bersalin pada atau di akhir tempoh kehamilan untuk bayi yang disyaki sangat besar (makrosomia)

1 year 1 month ago
Induksi proses bersalin pada atau di akhir tempoh kehamilan untuk bayi yang disyaki sangat besar (makrosomia) Apakah isunya? Bayi yang sangat besar (atau makrosomia, dengan berat lahir lebih daripada 4000 g) boleh menghadapi kesukaran dan kadang-kadang kelahiran yang bertrauma. Satu cadangan untuk cuba mengurangkan trauma ini adalah untuk mencetuskan kelahiran awal (induksi), sebelum bayi menjadi terlalu besar. Anggaran berat bayi adalah sukar sebelum kelahiran dan tidak begitu tepat. Anggaran klinikal adalah berdasarkan rasaan rahim dan mengukur ketinggian fundus rahim. Kedua-duanya adalah...

Rangsangan saraf tunjang untuk sakit pinggang

1 year 1 month ago
Rangsangan saraf tunjang untuk sakit pinggang Latar belakang Sakit pinggang merupakan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia. Rangsangan saraf tunjang, satu rawatan pembedahan yang melibatkan pemasangan implan yang menghasilkan impuls elektrik ke saraf tunjang, dikatakan dapat mengurangkan tahap kesakitan dalam individu yang telah mengalami sakit pinggang. Kajian ini bertujuan untuk mengulas bukti berkaitan faedah dan kemudaratan prosedur ini dalam individu yang mengalami sakit pinggang. Ciri-ciri kajian Pengulas membuat carian dalam pangkalan data dan senarai daftar dalam talian untuk...

Adakah kesan rawatan dalam kajian rawak berbeza apabila menggunakan plasebo aktif berbanding plasebo standard?

1 year 1 month ago
Adakah kesan rawatan dalam kajian rawak berbeza apabila menggunakan plasebo aktif berbanding plasebo standard? Mesej utama 1. Kami mendapati tiada perbezaan jelas kesan antara plasebo aktif dan plasebo standard, tetapi kami sangat tidak pasti tentang keputusan tersebut. 2. Kami mencadangkan agar penyelidik mempertimbangkan dengan teliti jenis plasebo apabila menyelidik ubat-ubatan dengan kesan sampingan yang jelas. Apakah plasebo standard dan plasebo aktif? Pembutaan (atau menutup) adalah bahagian penting dalam kajian rawak dan ia memastikan peserta dan penyedia penjagaan kesihatan tidak...

Strategi-strategi untuk meningkatkan kepatuhan terapi kelasi besi dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit atau talasemia

1 year 1 month ago
Strategi-strategi untuk meningkatkan kepatuhan terapi kelasi besi dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit atau talasemia Soalan ulasan Kami ingin tentukan jika sebarang intervensi (ubat, psikologi atau pendidikan) yang membantu orang mematuhi terapi kelasi besi. Latar belakang Orang dengan penyakit sel sabit atau talasemia yang menerima transfusi secara berkala terdedah kepada besi berlebihan yang boleh menyebabkan toksisiti organ dan kematian. Terapi kelasi besi diguna untuk mencegah atau merawat besi berlebihan, tetapi ia mungkin menjadi regimen mendesak, dengan kesan-kesan...

Penggunaan ultrasound untuk memasukkan kateter arteri pada kanak-kanak

1 year 1 month ago
Penggunaan ultrasound untuk memasukkan kateter arteri pada kanak-kanak Latar belakang Kateter arteri ialah tiub nipis yang boleh dimasukkan ke dalam arteri untuk memantau tekanan darah semasa pembedahan kompleks dan semasa berada dalam rawatan rapi. Ultrasound (kaedah pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi untuk menangkap imej langsung tisu lembut) boleh membantu doktor untuk mengesan arteri dan memasukkan kateter. Khususnya pada kanak-kanak, ultrasound boleh mengurangkan keperluan untuk beberapa batang jarum, kejadian hematoma (kumpulan darah di luar saluran darah) dan kerosakan pada...

Adakah opioid pilihan terbaik untuk menguruskan sakit dalam kalangan bayi selepas pembedahan?

1 year 1 month ago
Adakah opioid pilihan terbaik untuk menguruskan sakit dalam kalangan bayi selepas pembedahan? Mesej utama • Kami tidak menemui cukup bukti berkualiti baik tentang manfaat dan risiko opioid (sekumpulan ubat melegakan sakit) untuk menguruskan sakit selepas pembedahan dalam kalangan bayi. Kami mendapati hanya empat kajian dan ia tidak mendaftarkan bayi yang cukup untuk memberi keputusan yang boleh percaya. Kajian lebih besar yang direka dengan baik diperlukan untuk memberi anggaran lebih baik tentang manfaat dan potensi bahaya opioid, ubatan lain dan rawatan bukan berasaskan ubatan. Mengapa...

Latihan badan untuk memperbaik aktiviti dalam kalangan orang dengan strok

1 year 1 month ago
Latihan badan untuk memperbaik aktiviti dalam kalangan orang dengan strok Latar belakang Strok adalah keadaan lazim yang boleh menyebabkan kehilangan upaya utama dan juga kematian dalam kalangan dewasa. Strok memberi impak penting ke atas pelbagai aspek fungsi manusia, termasuk mengehadkan pergerakan. Satu defisit yang kerap dilihat selepas strok ialah fungsi badan yang berkurangan. Kerosakan ini boleh, antara lain, berciri mobiliti yang berkurangan, keseimbangan duduk yang berkurangan, tindak balas lewat atau berkurangan terhadap gangguan dalaman dan luaran, kekuatan otot yang berkurangan...

Fototerapi berjeda berbanding fototerapi berterusan untuk jaundis neonatal

1 year 1 month ago
Fototerapi berjeda berbanding fototerapi berterusan untuk jaundis neonatal Soalan ulasan Dalam kalangan bayi baru lahir yang jaundis, adakah fototerapi berjeda berkesan mengurangkan paras bilirubin berbanding fototerapi berterusan. Latar belakang Jaundis neonatal adalah perubahan warna kekuningan pada kulit bayi baru lahir akibat paras bilirubin (sebatian kuning yang berlaku secara semula jadi dalam darah) yang tinggi. Fototerapi (terapi cahaya) diterima meluas sebagai rawatan yang berkesan untuk bayi baru lahir yang jaundis. Fototerapi biasanya digunakan secara berterusan tetapi fototerapi...

Intervensi untuk mencegah dan merawat penyakit buah pinggang dalam vaskulitis IgA (Henoch-Schönlein Purpura)

1 year 1 month ago
Intervensi untuk mencegah dan merawat penyakit buah pinggang dalam vaskulitis IgA (Henoch-Schönlein Purpura) Apakah isunya? Vaskulitis IgA (IgAV), sebelum ini dikenali sebagai Henoch-Schönlein Purpura, menyebabkan keradangan saluran darah kecil dalam kanak-kanak dan jarang berlaku dalam dewasa. Simptom dan tanda termasuk ruam kulit bintik-bintil merah dan lebam besar, terutama pada bahagian bawah dan kaki, sakit perut, sakit dan bengkak sendi, dan kadang-kadang pendarahan pada usus. Kira-kira satu per tiga melibatkan buah pinggang dengan darah dan protein dijumpai dalam air kencing semasa...

Apakah manfaat dan risiko kortikosteroid yang diberi terus ke telinga dalam penyakit Ménière?

1 year 1 month ago
Apakah manfaat dan risiko kortikosteroid yang diberi terus ke telinga dalam penyakit Ménière? Mesej utama Akibat kekurangan bukti kukuh, adalah tidak jelas sama ada kortikosteroid yang diberikan ke dalam telinga (kortikosteroid intratimpanum) berfungsi untuk memperbaik gejala bagi orang dengan penyakit Ménière. Adalah tidak jelas juga sama ada terdapat sebarang risiko yang berkaitan dengan rawatan. Kajian lebih besar dan dijalankan dengan baik perlu untuk mengenal pasti sama ada rawatan adalah berkesan dan menilai sama ada terdapat sebarang kesan mudarat. Kerja lanjut juga perlu dilakukan...

Ubat untuk apnea tidur berpusat terhadap orang dewasa

1 year 1 month ago
Ubat untuk apnea tidur berpusat terhadap orang dewasa Mesej utama Kajian dalam bidang ini adalah kecil dan kami tidak dapat membuat kesimpulan sama ada mana-mana ubat yang dikaji membantu orang yang mengalami apnea tidur berpusat (CSA) berbanding rawatan palsu. Apakah apnea tidur berpusat dan bagaimana ia dirawat? CSA ialah gangguan di mana pernafasan berulang kali berhenti dan bermula semasa tidur kerana otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan. CSA memberi kesan terutama kepada lelaki dan orang yang mempunyai penyakit jantung. Keadaan ini berbeza dan...

Apakah faedah dan risiko perubahan gaya hidup dan diet yang berbeza untuk penyakit Ménière?

1 year 1 month ago
Apakah faedah dan risiko perubahan gaya hidup dan diet yang berbeza untuk penyakit Ménière? Mesej utama Disebabkan kekurangan bukti kukuh, tidak jelas sama ada sebarang perubahan gaya hidup atau diet yang digunakan untuk merawat penyakit Ménière berkesan bagi memperbaiki gejala seseorang, walaupun pendekatan ini merupakan rutin dalam amalan klinikal. Kami juga tidak tahu sama ada terdapat sebarang risiko yang berkaitan dengan intervensi ini. Kajian yang lebih besar dan dijalankan dengan baik diperlukan untuk mengenal pasti sama ada sebarang perubahan gaya hidup atau diet mungkin berkesan,...

Teknik pemasangan kateter untuk meningkatkan fungsi kateter dan hasil klinikal terhadap pesakit yang menjalani dialisis peritoneal

1 year 1 month ago
Teknik pemasangan kateter untuk meningkatkan fungsi kateter dan hasil klinikal terhadap pesakit yang menjalani dialisis peritoneal Apa isunya? Dialisis peritoneal (PD) bergantung terhadap pemasangan satu kateter plastik fleksibel yang disalurkan ke dalam rongga peritoneal (ruang di sekeliling organ dalam abdomen) untuk menjalankan rawatan dialisis. Tiub ini mesti harus membolehkan pengaliran keluar dan masuk cecair steril menerusi rongga peritoneal dalam beberapa kali setiap hari (atau semalaman) untuk menyingkirkan bahan buangan dan air secara optimum. Teknik yang digunakan untuk memasang...

Faktor risiko untuk perkembangan dan perkembangan retinopati diabetik proliferatif (komplikasi diabetes yang menjejaskan mata)

1 year 1 month ago
Faktor risiko untuk perkembangan dan perkembangan retinopati diabetik proliferatif (komplikasi diabetes yang menjejaskan mata) Soalan ulasan Kami ingin mengetahui faktor yang boleh meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan penghidap diabetes menghidap retinopati diabetik proliferatif dan retinopati diabetik proliferatif berisiko tinggi, kedua-dua komplikasi diabetes yang mengancam penglihatan. Latar belakang Dalam diabetes, dari masa ke masa, paras gula darah yang meningkat merosakkan saluran darah halus di retina, lapisan di bahagian belakang mata yang memberikan penglihatan kepada...

Adakah asid traneksamik (ubat yang digunakan untuk menambahbaik pembekuan darah) mengurangkan pendarahan semasa pembedahan endoskopik untuk rinosinusitis kronik?

1 year 1 month ago
Adakah asid traneksamik (ubat yang digunakan untuk menambahbaik pembekuan darah) mengurangkan pendarahan semasa pembedahan endoskopik untuk rinosinusitis kronik? Apa itu rinosinusitis kronik? Rinosinusitis kronik merupakan satu keradangan dalam rongga sinus yang berlanjutan selama sekurang-kurangnya 12 minggu. Individu yang mempunyai rinosinusitis kronik boleh mengalami simptom seperti hidung tersumbat atau berair, rasa sakit di bahagian muka serta pengurangan atau kehilangan deria bau. Sesetengah individu juga mungkin mempunyai polip dalam hidung mereka yang boleh memburukkan lagi...
Checked
2 hours 16 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed