Bukti baru mendapati pembungkusan rokok yang standard boleh mengurangkan bilangan orang yang merokok.

Ulasan Cochrane Baru  mendapati pembungkusan tembakau standard boleh membawa kepada pengurangan dalam kelaziman merokok dan mengurangkan tarikan tembakau.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penggunaan tembakau membunuh lebih ramai orang di seluruh dunia berbanding mana-mana lain punca kematian yang boleh dicegah. Pakar-pakar kesihatan global percaya cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan tembakau adalah dengan menghentikan orang dari mula menggunakan tembakau dan menggalakkan serta membantu pengguna tembakau untuk berhenti.

Pengenalan pembungkusan standard (atau 'ringkas') telah disyorkan oleh garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (World Health Organisation, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC)). Cadangan ini adalah berdasarkan bukti sekitar promosi tembakau secara umum dan kajian yang mengkaji kesan perubahan dalam pembungkusan keatas pengetahuan, sikap, kepercayaan dan tingkah laku.

Pembungkusan tembakau standard meletakkan sekatan ke atas rupabentuk pek tembakau supaya  warna seragam (dan bentuk dalam beberapa kes) tanpa logo atau penjenamaan selain dari amaran kesihatan dan maklumat lain kerajaan yang diberi mandat, dan nama jenama muncul dengan fonta seragam,warna dan saiz yang ditetapkan.

Beberapa negara telah melaksanakan, atau sedang dalam proses melaksanakannya, pembungkusan tembakau standard. Australia adalah negara pertama di dunia untuk melaksanakan pembungkusan standard produk tembakau. Undang-undang yang berkuat kuasa penuh di sana pada Disember 2012, juga dikehendaki gambar amaran kesihatan diperbesarkan

Sekumpulan penyelidik Cochrane dari UK dan Kanada telah meringkaskan hasil daripada kajian yang mengkaji kesan pembungkusan standard mengenai sikap tembakau dan tingkah laku.Mereka telah terbitkan penemuan mereka di Perpustakaan Cochrane.

Mereka mendapati 51 kajian yang melihat pembungkusan standard. Kajian berbeza dalam cara  dilakukan dan juga apa yang diukur. Hanya satu negara yang telah melaksanakan pembungkusan standard pada masa ulasan semula ini, jadi berbukti bahawa kelaziman penggunaan tembakau mungkin telah berkurangan berikut pembungkusan standard berpunca dari satu kajian pemerhatian besar. Pengurangan dalam tingkah laku merokok disokong oleh data yang dikutip secara rutin daripada kerajaan Australia. Terdapat data daripada pelbagai kajian lain untuk menunjukkan tarikan yang lebih rendah dengan pembungkusan standard dan ini boleh membantu untuk menjelaskan penurunan yang diperhatikan. Penyelidik tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa pembungkusan standard boleh meningkatkan penggunaan tembakau. Tiada kajian mengukur secara langsung sama ada pek standard mempengaruhi pengambilan, pemberhentian atau sama ada mereka menghalang bekas perokok daripada merokok lagi.

Jumlah bukti untuk pembungkusan standard telah meningkat dengan ketara sejak penerbitan garis panduan WHO pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, memandangkan ianya tidak lama, tiada data mengenai kesan jangka masa panjang. Jumlah bukti akan terus berkembang sebab lebih banyak negara melaksanakan pembungkusan standard dan kajian yang menilai  kesan jangka masa panjang dasar Australia menjadi sedia ada.

Penulis utama Cochrane, dan Timbalan Pengarah Pusat KajianTobacco dan Alkohol UK, Profesor Ann McNeill dari King’s College London, berkata, "Menilai kesan pembungkusan standard keatas tingkah laku merokok adalah sukar untuk dilakukan tetapi bukti yang tersedia pada kita, walaupun terhad pada masa ini, menunjukkan bahawa pembungkusan standard boleh mengurangkan prevalens merokok. Penemuan ini disokong oleh bukti daripada pelbagai kajian lain yang telah menunjukkan bahawa pembungkusan standard mengurangkan promosi pek tembakau, sejajar dengan matlamat peraturan yang ditetapkan. Nampaknya kesan pembungkusan standard mungkin terjejas oleh peraturan-peraturan terperinci seperti sama ada mereka mengharamkan deskriptor, seperti 'licin' atau 'emas' dan mengawal bentuk pek tembakau."

Penulis bersama Jamie Hartmann-Boyce dari Cochrane Tobacco Addiction Group, Oxford, UK, berkata: "Bukti kami menunjukkan bahawa pembungkusan standard boleh mengubah sikap dan kepercayaan tentang merokok, dan bukti yang kita ada setakat ini mencadangkan bahawa pembungkusan standard boleh mengurangkan perokok dan peningkatan percubaan berhenti.

Kami tidak menjumpai apa-apa kajian mengenai sama ada menukar pembungkusan tembakau memberi kesan kepada bilangan orang muda yang bermula merokok, dan kami menantikan penyelidikan lanjut mengenai topik ini. " 

                                                                                                                           TAMAT

Nota Editor:

Petikan penuh: McNeill A, Gravely S, Hitchman SC, Bauld L, Hammond D, Hartmann-Boyce J. Tobacco packaging design for reducing tobacco use. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 4. Art. No: CD011244. DOI:10.1002/14651858.CD011244.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi,

Jo Anthony
Pegawai Kanan Media dan Komunikasi, Cochrane
M +44(0) 7582 726 634 E janthony@cochrane.org or pressoffice@cochrane.org

Jurucakap Media: Pengarang utama, Ann McNeill
Professor of Tobacco Addiction
UK Centre for Tobacco and Alcohol Studies

National Addiction Centre
Institute of Psychiatry
King's College London
London
UK

Hubungi : jack.stonebridge@kcl.ac.uk

Mengenai Cochrane:

Cochrane adalah rangkaian global yang bebas yang terdiri daripada penyelidik, profesional, pesakit, penjaga dan orang yang berminat dengan kesihatan.

Cochrane menghasilkan ulasan yang mengkaji semua bukti yang  terbaik yang dihasilkan melalui penyelidikan dan membuatkan ia lebih mudah untuk memaklumkan keputusan tentang kesihatan. Ini dipanggil ulasan sistematik. Cochrane adalah sebuah  organisasi yang bukan untuk keuntungan yang bekerjasama dengan rakan usaha  daripada lebih 120 buah negara untuk menghasilkan  maklumat kesihatan yang boleh dipercayai, boleh diakses yang bebas daripada penajaan komersial dan konflik kepentingan yang lain. Kerja kami diiktiraf sebagai mewakili standard emas antarabangsa untuk maklumat berkualiti tinggi, yang dipercayai.

Dapatkan maklumat lanjut di cochrane.org
Ikut kami di Twitter @cochranecollab

Jika anda seorang wartawan atau ahli akhbar dan mahu menerima notofikasi berita sebelum penerbitan dalam talian mereka atau jika anda ingin untuk mengatur temu bual dengan penulis, sila hubungi pejabat akhbar Cochrane:

pressoffice@cochrane.org