Ulasan rencana

Pelembab untuk ekzema

Menggunakan pelembap adalah satu bahagian penting dalam rawatan ekzema, tetapi adakah ia berkesan?

Ekzema adalah penyakit kulit yang kronik yang mempunyai ciri-ciri saperti kulit kering, gatal-gatal sengit, luka-luka kulit beradang dan mempunyai kesan yang besar ke atas kualiti hidup. Pelembap adalah asas kepada rawatan ekzema, tetapi adalah tidak jelas sama ada pelembap berkesan atau sama ada satu jenis pelembap adalah lebih baik daripada  yang lain.

Sekumpulan pengarang  Cochrane Skin yang berpangkalan di Bahrain, Denmark, dan Belanda telah menilai kesan-kesan pelembap  keatas ekzema. 77 kajian telah dilibatkan, dengan sejumlah 6603 orang dengan ekzema biasa hingga sederhana, dan purata usia 18.6 tahun. Daripada 77 kajian, 46 dibiayai terutamanya oleh syarikat farmaseutikal.

Pengarang-pengarang ulasan mendapati  pelembap mempunyai kesan yang baik, tetapi kesannya    mempunyai banyak perbezaan, dan hanya dalam beberapa kajian  mendapati pelembap menghasilkan pengurangan penting dalam tahap penyakit. Terdapat kekurangan bukti yang meyakinkan bahawa pelembap dapat memulihkan ekzema apabila digunakan secara bersendirian. Walau bagaimanapun, kesimpulan keseluruhannya adalah bahawa pelembap adalah selamat, dapat mengelakkannya bertambah teruk suar, memanjangkan masa sebelum menjadi teruk , mengurangkan jumlah kortikosteroid topikal yang diperlukan untuk mencapai pengurangan yang sama dalam tahap  penyakit, dan rawatan aktif topikal adalah lebih berkesan apabila digunakan dalam kombinasi dengan pelembap. Kebanyakan perbandingan dimasukkan dalam kajian ini telah dinilai dalam kajian tunggal, yang tidak membenarkan penulis untuk menilai pencapaian yang konsisten dalam seluruh kajian untuk pelbagai pelembap.

"Pelembap sentiasa merupakan sebahagian daripada rawatan ekzema. Kebanyakan garis panduan mencadangkankan bahawa penggunaan pelembab yang konsisten, kerap dan  banyak adalah perlu untuk memulihkan atau mengekalkan fungsi kulit sebagai penghalang. Namun sehingga kini tidak ada ringkasan menyeluruh  ada sama ada pelembap berkesan  dan pelembap yang manakah yang perlu digunakan, "kata Esther van Zuuren daripada Jabatan Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Leiden dan penulis utama yang CochraneReview. "Oleh kerana pelembap memang berkesan,  adalah masuk akal secara klinikal untuk menggalakkan penggunaan terapi pelembap. Tidak ada bukti untuk menyokong pendekatan 'satu saiz untuk semua' bagi jenis pelembap yang boleh digunakan, jadi keputusan klinikal hendaklah berasaskan kepada bukti yang sedia ada, di samping mengambil kira pengalaman dan pilihan peribadi seseorang dengan ekzema. Dan kerana pelembap mungkin perlu digunakan dalam jumlah yang besar, ia juga penting bahawa   harganya berpatutan bagi orang yang mempunyai ekzema.

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

 

 

Read the plain language summary

Read the full Cochrane Review

Visit the Cochrane Skin Website