Gastroenterology & hepatology

Dua teknik laparoskopi berlainan untuk membaiki hernia di pangkal paha
Hernia inguinal adalah kelemahan di dinding rongga abdomen yang cukup besar untuk membolehkan tisu lembut badan atau organ dalaman, terutamanya bahagian usus menonjol keuar. Ia biasanya muncul sebagai satu ketulan dan untuk sesetengah orang, boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, menghadkan aktiviti harian dan keupayaan untuk bekerja. 
Pembedahan abdomen secara lubang-kunci (laparoskopi) berbanding pembedahan standard (terbuka) untuk pesakit dengan kanser esofagus
Soalan ulasan Bagaimanakah pembedahan abdomen lubang-kunci (laparoskopi) berbanding dengan pembedahan abdomen standard (terbuka) untuk pesakit dengan kanser salur pemakanan (esofagus)? Latar belakang Esofagus (salur pemakanan) terletak terutamanya dalam dada; ia memasuki abdomen (perut) melalui lubang pada diafragma (otot yang memisahkan dada dari abdomen).