Masalah-masalah pembangunan, psikososial & pembelajaran


Ringkasan Cochrane Bahasa Malaysia - Facebook link


Berapa tepatkah alat diagnostik untuk gangguan spektrum autisme dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?
Soalan ulasan  Berapa tepatkah alat untuk mendiagnos gangguan spektrum autisme (ASD) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?  Mengapa diagnosis tepat ASD penting?
Tidak mendiagnos ASD dalam kalangan kanak-kanak apabila ia wujud (keputusan negatif palsu) bermakna kanak-kanak dengan ASD mungkin terlepas daripada menerima intervensi awal dan keluarga mungkin terlepas sokongan dan pendidikan pada masa yang tepat. Diagnosis ASD yang tidak tepat (keputusan positif palsu) mungkin menyebabkan stres keluarga, yang membawa kepada penyiasatan dan rawatan yang tidak perlu, dan meletakkan tekanan lebih besar ke atas sumber perkhidmatan yang terhad.

Latar belakang Kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrien biasanya kelihatan sangat kurus dan mereka mempunyai risiko kematian dan penyakit yang tinggi. Merawat kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk di hospital tidak semestinya wajar atau praktikal di kawasan luar bandar, dan rawatan di rumah mungkin lebih baik. Rawatan di rumah boleh menggunakan makanan yang disediakan oleh penjaga (seperti bubur tepung atau makanan yang berkhasiat dan bernutrisi), atau makanan terapeutik sedia diguna (RUTF) yang disediakan oleh klinik. 

Latar belakang dan soalan ulasan Program pendidikan berasaskan sekolah bagi pencegahan penderaan gangguan seksual kanak-kanak telah dilaksanakan pada skala yang besar oleh beberapa negara. Kami telah mengkaji bukti keberkesanan program-program ini dalam beberapa skop berikut: (i) kemahiran kanak-kanak dalam tingkah-laku perlindungan; (ii) pengetahuan kanak-kanak dalam konsep-konsep pencegahan penderaan gangguan seksual kanak-kanak; 

Manfaat dan kemudaratan metilfenidat untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami gangguan kekurangan tumpuan dan hiperaktiviti (attention deficit hyperactive disorder, ADHD)
Soalan ulasan Kami mengulas bukti kesan metilfenidat ke atas tingkahlaku kanak-kanak dan remaja yang mengalami ADHD.Latar belakang ADHD adalah salah satu daripada masalah psikiatrik kanak-kanak yang paling biasa didiagnosa dan dirawat. Kanak-kanak yang mengalami ADHD sukar untuk menumpukan perhatian. Mereka sering berkelakuan hiperaktif (gelisah tangan dan kaki, tidak dapat duduk dengan diam untuk jangka masa yang lama) dan impulsif (melakukan perkara tanpa berfikir dahulu). 

Adakah intervensi komunikasi efektif untuk kanak-kanak dengan kemampuan pertuturan minimum yang mempunyai gangguan spektrum autisma?
Latar belakang Gangguan spektrum autisma (ASD) adalah keadaan yang dicirikan dengan kesukaran dalam aspek komunikasi sosial, serta minat dan tingkah laku yang berulang-ulang dan terbatas (contohnya pergerakan badan yang berulang-ulang seperti menepuk tangan, kepekaan deria dan minat yang terbatas). Orang yang meghidap ASD kebanyakannya juga mempunyai kesukaran berbahasa, dan sekitar 25% ke 30% kanak-kanak tidak mampu menggunakan bahasa pertuturan untuk berkomunikasi atau kemampuan bertutur yang minimum (menggunakan kurang daripada 30 perkataan).