Ulasan rencana

Ubat paracetamol untuk rawatan sakit kepala jenis ketegangan akut
episodik di kalangan orang dewasa


Bukti Cochrane menunjukkan bahawa hanya 10%
daripada orang-orang dengan sakit kepala jenis
ketegangan mengalami manfaat daripada
mengambil ubat paracetamol 

Sakit kepala jenis ketegangan menjejaskan kira-kira seorang dalam lima di seluruh dunia. Orang dengan sakit kepala jenis ketegangan yang kerap atau akut episodik, mengalami antara dua dan 14 sakit kepala setiap bulan.Sakit kepala jenis ketegangan menghadkan seseorang dari menumpu perhatian dan bekerja dengan sempurna.
Apabila sakit kepala berlaku, ia  beransur baik dengan  masa, walaupun tanpa rawatan.

Paracetamol (juga dikenali dengannama generiknya alternatifnya  acetaminophen , dan dijual di bawah pelbagai nama jenama di seluruh dunia, termasuk Tylenol®, Calpol® dan Panadol®) adalah ubat penahan sakit yang lazim digunakandan boleh didapati tanpa preskripsi di kebanyakan tempat di dunia. Dos yang biasa ialah 1000 mg, biasanya dua biji tablet diambil melalui mulut.

Sekumpulan penulis Cochrane yang berpangkalan di United Kingdom bekerja dengan kumpulan Cochrane Pain, Palliative and Supportive Care untuk menilai kegunaan dan keselamatan dos tunggal paracetamol untuk rawatan sakit kepala jenis ketegangan yang kerap di kalangan orang dewasa.Ulasan ini melibatkan 23 kajian dengan 8,079 peserta yang berumur 18 tahun ke atas dengan sakit kepala jenis ketegangan yang kerap, dan dengan kesakitan yang sederhana atau teruk pada permulaan rawatan.Kira-kira 6,000 peserta terlibat dalam perbandingan antara paracetamol 1000 mg dan plasebo.

Persatuan Sakit Kepala Antarabangsa atau“International Headache Society” mengesyorkan penggunaan hasil kajian bebas dari sakit dua jam selepas mengambil ubat sebagai ukuran standard.Hasil kajian bebas dari sakit atau sakit yang ringan pada dua jam selepas pengambilan ubat dilaporkan oleh 59 daripada 100 orang yang mengambil paracetamol 1000 mg, dan dalam 49 daripada 100 orang yang mengambil plasebo.
Ini bermakna hanya 10 daripada 100 orang atau 10%  mendapat manfaat daripada paracetamol 1000 mg.
Kira-kira 10 daripada 100 orang yang mengambil paracetamol 1000 mg melaporkan kesan sampingan, sama seperti plasebo (9 daripada 100 orang) (kualiti bukti yang tinggi).

Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan atau sederhana dan tidak serius.
"Ramai orang yang mengalami sakit kepala mengambil Tylenol atau paracetamol untuk mendapatkelegaan.Ulasan Cochrane ini menunjukkan bahawa terdapat hanya sedikit manfaat dari dos tunggal paracetamol 1000 mg kepada mereka yang kerap mengalami sakit kepala jenis ketegangan, "kata Andrew Moore, salah satu pengarang Cochrane Review.

"Sudah tentu, paracetamol tidak berbahaya apabila diambil dalam dos yang besar atau untuk jangka masa yang lama.
Keputusan ini adalah penting kerana dua sebab. Satu, keputusan ini membentuk sebahagian daripada satu siri ulasan mengenai  sakit kepala jenis ketegangan yang kerap, mudah-mudahan untuk mengenal pasti rawatan yang lebih berkesan.
Sebab kedua  adalah untuk memperbaiki cara kajian klinikal dilakukan pada masa akan datang untuk memberikan maklumat lanjut berkaitan tentang cara merawat keadaan yang biasa dan sering melumpuhkan ini. 

Untuk Baca lanjut Ulasan Cochrane penuh

Lawat laman web : https://www.cochrane.org/news/featured-review-oral-paracetamol-treatment-acute-episodic-tension-type-headache-adults

 



Diterjemahkan oleh Nila Pillai.Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College)