Koleksi Khas - Koronavirus: sokongan untuk kesejahteraan tenaga kerja penjagaan kesihatan

Koronavirus (COVID-19): Sokongan untuk kesejahteraan tenaga kerja penjagaan kesihatan

Ramai pekerja penjagaan kesihatan berada di barisan hadapan pandemik COVID-19, memberi penjagaan kecemasan dan kritikal, sementara yang lain terus menyampaikan perkhidmatan sistem kesihatan yang lebih luas di hospital, klinik, pejabat, komuniti dan rumah. Bekerja dalam keadaan sukar dan tertekan yang mungkin berlanjutan untuk sementara waktu, memburukkan faktor risiko sedia ada seperti stres pekerjaan dan kerja syif. Menyokong kesejahteraan pekerja penjagaan kesihatan adalah sangat penting untuk mengekalkan sistem kesihatan kita semasa krisis dan selepas krisis ini.

Koleksi Khas ini mengumpulkan bukti Cochrane tentang intervensi-intervensi yang mungkin membantu menyokong kesejahteraan tenaga kerja penjagaan kesihatan dan mengurangkan stres pekerjaan.

Ulasan-ulasan ini telah diterbitkan oleh Kumpulan Ulasan Cochrane dalam tiga Rangkaian: Kesihatan Mental dan Neurosains Cochrane; Muskuloskeletal, Oral, Kulit dan Sensori Cochrane; dan Kesihatan Awam dan Sistem Kesihatan Cochrane. Beberapa ulasan dalam koleksi ini mempunyai Jawapan Klinikal Cochrane yang berkaitan.

·           Baca Koleksi Khas 

Koronavirus: sokongan untuk kesejahteraan tenaga kerja penjagaan kesihatan - Video

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipala). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Julai 22, 2020

·