Ulasan rencana

Ulasan rencana  :  Tambahan zink ke dalam makanan ruji untuk memperbaiki status zink dan hasil kesihatan

      Kesan-kesan menambah zink pada makanan ruji tidak jelas

Tahap rendah zink, atau kekurangan zink, adalah masalah lazim dalam kanak-kanak dan wanita yang  tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.Makanan berasaskan  bijirin dan kekacang adalah kaya dengan serat dan fitat, yang mengurangkan penyerapan zink dari usus.Oleh kerana orang dari isi rumah berpendapatan rendah memperolehi kebanyakan daripada pengambilan nutrisi mereka daripada hanya makanan ini, mereka lebih cenderung untuk mengalami kekurangan zink.Penambahan zink dalam  makanan  ruji biasa, secara tunggal atau gabungan dengan vitamin dan mineral lain, telah dicadangkan sebagai suatu intervensi untuk meningkatkan pengambilan zink.

Sekumpulan pengarang  Cochrane yang berpangkalan di India, Kanada dan Switzerland bekerja dengan  Cochrane Public Health untuk menilai kesan tambahan  makanan ruji dengan zink ke atas paras zink dalam darah dan hasil berkait kesihatan dalam masyarakat umum  yang berumur dua tahun keatas.Lapan kajian disertakan dengan sejumlah 709 peserta. Tujuh dari kajian-kajian ini adalah dari negara-negara  berpendapatan sederhana di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin di mana kekurangan zink mungkin menjadi masalah kesihatan awam.

Analisis mencadangkan bahawa tambahan  makanan ruji  dengan zink mungkin mempunyai peningkatan kecil dalam tahap zink serum, yang merupakan petunjuk taraf zink. Jika zink ditambah bersama dengan nutrient mikro lain dalam makanan, ia mungkin memberi sedikit  atau tiada perbezaan.Kesan tambahan makanan ruji dengan zink keatas hasil lain termasuk kekurangan zink, pembesaran kanak-kanak, intelektual, kapasiti kerja orang dewasa, atau petunjuk darah  tidak diketahui.

 "Kekurangan zink adalah satu masalah ketara kesihatan awam . Zink adalah penting untuk fungsi normal sistem pembiakan, imun, dan gastrousus, "kata Dheeraj Shah pengarang  utama ulasan Cochrane."Program-program tambahan  makanan  memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan penyerapan  sesetengah vitamin dan mineral yang didapati berkurangan dalam populasi, khususnya apabila program ini berkos rendah dan berkemampanan jangka panjang. Malangnya, amalan kebanyakan negara yang melaksanakan tambahan mandatori bijirin tepung dengan zink bersama dengan nutrien mikro lain mungkin bukan strategi terbaik untuk memerangi kekurangan zink bagi populasi ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan mengambil kira hasil kajian Ulasan Cochrane ini dalam garis panduan mereka pada masa hadapan. Kami berharap kajian yang akan datang akan menyiasat kemungkinan menambah zink ke makanan lain, seperti minyak masak, gula dan minuman."

Baca lanjut Ulasan Cochrane penuh

Lawat laman web Cochrane Public Health