Program senaman bercampur untuk orang dewasa dengan fibromyalgia

Apakah fibromyalgia dan apakah senaman bercampur?

Fibromyalgia adalah satu keadaan yang menyebabkan sakit kronik dan sakit seluruh badan. Orang dengan keadaan ini kerap berasa murung, letih, dan kaku, dan sukar tidur. Senaman bercampur ditakrifkan sebagai sesi regular dua atau lebih jenis senaman termasuk aerobik (berjalan atau berbasikal), kekuatan (angkat berat atau menarik jalur rintangan), atau senaman fleksibiliti (regangan).

Ciri-ciri kajian

Para pengulas mencari kajian-kajian sehingga DIsember 2017, dan mendapati 29 kajian (2088 peserta) yang dijalankan di 12 negara berbeza. Purata umur peserta kajian adalah 51 tahun, dan 98% adalah wanita. Purata program senaman adalah sepanjang 14 minggu dengan tiga sesi 50 ke 60 minit setiap minggu. Semua program senaman diselia penuh atau separa. Pengulas paling berminat untuk membandingkan kumpulan senaman bercampur dengan kumpulan kawalan (19 kajian; 1065 orang). Orang dalam kumpulan kawalan sama ada tidak menerima rawatan atau meneruskan penjagaan biasa mereka.

Keputusan utama - senaman bercampur berbanding kawalan

Setiap hasil di bawah diukur dengan skala dari 0 ke 100, di mana skor yang rendah adalah lebih bagus.

Kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan (HRQL)

Selepas 5 hingga 26 minggu, orang yang bersenam adalah 7% lebih baik (3% lebih baik berbanding 11% lebih baik) atau menambahbaik skor sebanyak 7 mata dalam skala 100.

Orang yang bersenam menilai HRQL mereka sebanyak 49 mata.

Orang dalam kumpulan kawalan menilai HRQL mereka sebanyak 56 mata.

Sakit

Selepas 5 hiingga 26 minggu, orang yang bersenam mempunyai 5% kurang sakit (1% lebih baik berbanding 9% lebih baik) atau meningkat sebanyak 5 mata dalam skala 100 mata.

Orang yang bersenam menilai sakit mereka sebanyak 53 mata.

Orang dalam kumpulan kawalan menilai sakit mereka sebanyak 58.6 mata.

Keletihan

Selepas 14 hingga 24 minggu, orang yang bersenam adalah 13% kurang letih (8% lebih baik berbanding 18% lebih baik) atau meningkat sebanyak 13 mata dalam skala 100 mata

Orang yang bersenam menilai keletihan mereka sebanyak 59 mata.

Orang dalam kumpulan kawalan menilai keletihan mereka sebanyak 72 mata.

Kekakuan

Selepas 16 minggu, orang yang bersenam adalah 7% kurang kaku (1% lebih baik berbanding 12% lebih baik) atau meningkat sebanyak 7 mata dalam skala 100 mata.

Orang yang bersenam menilai kekakuan mereka sebanyak 61 mata.

Orang dalam kumpulan kawalan menilai kekakuan mereka sebanyak 68 mata.

Keupayaan untuk melakukan aktiviti harian (fungsi fizikal)

Selepas 8 hingga 24 minggu, orang yang bersenam adalah 11% lebih baik (7% berbanding 15% ) atau meningkat sebanyak 11 mata dalam skala 100 mata.

Orang yang bersenam menilai fungsi fizikal mereka sebanyak 38 mata.

Orang dalam kumpulan kawalan menilai fungsi fizikal mereka sebanyak 49 mata.

Mudarat - Sesetengah peserta mengalami penambahan sakit, nyeri, atau letih semasa atau selepas senaman. Kajian-kajian tidak melaporkan kecederaan atau mudarat lain. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan pelaporan mudarat atau tidak lengkap di dalam banyak kajian. Kami tidak pasti sama ada risiko bertambah dengan senaman.

Meninggalkan kajian lebih awal - 11% daripada peserta kawalan meninggalkan kajian dengan awal berbanding 12% peserta yang bersenam.

Kesan jangka panjang- Analisis kesan jangka panjang HRQL menunjukkan pengekalan kesan senaman bercampur pada 6 hingga 12 minggu dan pada 13 hingga 26 minggu tetapi tidak pada 27 hingga 52 minggu. Bukti berkualiti sangat rendah mencadangkan ketidakpastian sama ada senaman bercampur memperbaiki HRQL untuk jangka panjang. Penarikan diri dan kejadian buruk tidak diukur.

Yang lain- Para pengulas tidak menemui bukti bahawa manfaat dan mudarat senaman bercampur adalah berbeza daripada program pendidikan, latihan tingkah laku kognitif, biomaklumbalas, ubatan, atau senaman jenis lain.

Kesimpulan dan kualiti bukti

Senaman bercampur mungkin memperbaiki HRQL dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian, mungkin mengurangkan sakit dan keletihan, dan mungkin boleh diterima oleh individu dengan fibromyalgia. Bukti berkualiti rendah mencadangkan senaman bercampur mungkin sedikit memperbaiki kekakuan. Berbanding senaman lain atau intervensi bukan senaman, kami tidak pasti tentang kesan senaman bercampur. Walaupun senaman bercampur kelihatan diterima baik (bilangan sama orang yang meninggalkan kajian merentasi kumpulan), bukti tentang mudarat adalah sedikit, oleh itu kami tidak pasti tentang keselamatannya. Para pengulas menganggap kualiti bukti sebagai rendah ke sederhana kerana bilangan peserta yang kecil dalam kajian, sesetengah isu melibatkan reka bentuk kajian, dan kualiti keputusan yang rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

https://www.cochrane.org/ms/CD013340/program-senaman-bercampur-untuk-orang-dewasa-dengan-fibromyalgia