Mampukah seseorang pekerja sosial yang diberi pelan discaj mengurangkan kemasukan semula disebabkan oleh eksaserbasi akut dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai sakit pernafasan kronik?

Latarbelakang

Eksaserbasi akut (memberang) dalam penyakit pernafasan jangka panjang dalam kalangan kanak-kanak menjurus kepada peningkatan penggunaan sumber-sumber kesihatan dan kualiti hidup yang rendah kepada kanak-kanak dan keluarga mereka. Menyediakan sokongan dan pendidikan yang lebih kepada seseorang kanak-kanak dan keluarganya ketika kemasukan ke hospital berikutan memberang akut mampu meningkatkan kualiti hidup mereka dan mengurangkan lawatan susulan penjagaan kesihatan pada masa akan datang. Seorang pekerja sosial yang ditugaskan kepada setiap kanak-kanak ketika kemasukan di hospital mampu membantu dalam menyediakan pendidikan dan pelan discaj secara individu dan memberi sokongan yang berterusan sejurus kanak-kanak tersebut didiscaj. Para penyelidik mengulas sama ada perkhidmatan sokongan dalam pengurusan kes secara individu semasa dan selepas kemasukan ke hospital untuk memberang akut penyakit pernafasan jangka panjang dalam kalangan kanak-kanak berfaedah atau tidak. Secara khususnya, penyelidik ingin mengetahui sekiranya pekerja sosial mampu membantu mencegah lebih banyak kemasukan ke hospital pada masa akan datang dan mengurangkan kedatangan ke perkhidamatan kesihatan seperti jabatan kecemasan dan pengamal perubatan am.

Soalan Ulasan

Adakah pekerja sosial yang diberi pengurusan discaj secara individu mencegah kemasukan ke hospital untuk memberang akut dalam kalangan kanak-kanak dengan penyakit pernafasan jangka panjang?

Ciri-ciri kajian

Penyelidik menyertakan semua kajian rawak terkawal (sejenis kajian di mana peserta diletakkan di dalam kumpulan yang menerima rawatan dengan menggunakan kaedah rawak) yang menilai sama ada mereka yang menerima pengurusan pelan discaj oleh pekerja sosial secara individu (kumpulan intervensi) mempunyai hasil yang lebih baik dibandingkan dengan mereka yang menerima rawatan biasa (kumpulan kawalan). Penyelidik mempertimbangkan bilangan kemasukan ke hospital,kedatangan ke jabatan kecemasan, dan/atau kedatangan tidak berjadual ke pengamal perubatan am selepas discaj dari hospital.

Bukti adalah terkini sehingga 15 November 2017.

Penyelidik menemui empat kajian melibatkan 773 kanak-kanak berumur 14 bulan hingga 16 tahun. Kesemua kajian melibatkan kanak-kanak dengan asma. Program yang digunakan untuk pelan discaj adalah berbeza antara kajian-kajian, tetapi kesemuanya dikendalikan oleh pendidik asma yang terlatih (pekerja kesihatan biasa atau jururawat yang khususnya dilatih untuk mendidik pesakit-pesakit dengan asma). Kajian-kajian ini mengikuti kanak-kanak ini selama 2 hingga 14 bulan selepas discaj. Penyelidik hanya dapat menyertakan data daripada dua kajian untuk analisa gabung (iaitu metaanalisis), memandangkan dua lagi kajian turut menyertakan kanak-kanak yang tidak dimasukkan ke hospital, dan penyelidik tidak mampu untuk mendapat data khusus untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospitla dan satu daripada kajian-kajian tersebut melibatkan kanak-kanak dengan penyakit akut berdehit (tiada diagnosis asma sebelumnya); data yang khusus untuk ulasan ini tidak boleh didapati.

Keputusan-keputusan utama

Ulasan ini melibatkan kanak-kanak yang dimasukkan ke wad kerana serangan asma, dibimbing oleh pendidik asma yang terlatih dan plan discaj berstruktur yang turut merangkumi sokongan susulan (dibandingkan dengan kumpulan kawalan) dalam mengurangkan bilangan kemasukan ke hospital kerana akut asma. Tiada faedah yang ketara dapat dilihat daripada segi kedatangan untuk asma akut ke jabatan kecemasan dan pengamal perubatan am pada masa akan datang. Data tentang keberkesanan kos, jangkamasa tinggal dalam kemasukan ke hospital pada masa akan datang dan kepatuhan kepada ubatan discaj tidak diperolehi. Satu kajian melaporkan kualiti hidup dan menemui tiada perbezaan antara kumpulan intervensi dan kawalan. Tiada kajian lain yang berkaitan dengan penyakit pernafasan jangka panjang.

Kesimpulan

Pengurusan pelan discaj oleh pekerja sosial ynag diberi tugas secara individu, jika dibandingkan dengan bukan diuruskan oleh pekerja sosial yang diberi tugas, mampu mengelakkan kemasukan semula ke hospital disebabkan oleh memberang asma dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, bukti pada masa ini dihadkan kepada hanya dua kajian terhadap kanak-kanak dengan asma. Kajian pada masa akan datang diperlukan dalam bidang yang lebih luas tentang penyakit pernafasan jangka panjang dalam kalangan kanak-kanak.

Kualiti bukti

Penyelidik merasakan kualiti bukti untuk hasil kemasukan ke hospital berada pada paras sederhana dan rendah untuk hasil kedatangan ke jabatan kecemasan dan kedatangan ke pusat pengamal perubatan am untuk memberang asma pada masa akan datang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nadiah Abdul Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nadiah@ms.pmc.edu.my

https://www.cochrane.org/ms/CD012315/mampukah-seseorang-pekerja-sosial-yang-diberi-pelan-discaj-mengurangkan-kemasukan-se