Kranberi untuk pencegahan jangkitan saluran kencing

Kranberi (biasanya dalam bentuk jus kranberi) telah digunakan untuk mencegah jangkitan saluran kencing ('urinary tract infection', UTI). Kranberi mempunyai sejenis bahan yang mampu menghalang bakteria daripada melekat kepada dinding pundi kencing. Ini mungkin boleh mencegah jangkitan pundi kencing dan UTI lain. Ulasan ini merangkumi 24 kajian (4473 peserta) yang membandingkan pengunaan produk kranberi dengan rawatan kawalan atau alternatif. Kecenderungan pengguna produk kranberi untuk mendapat UTI adalah kurang sedikit jika dibandingkan dengan plasebo atau tiada rawatan; namun ini bukan dapatan yang ketara. Banyak peserta kajian-kajian ini telah berhenti meminum jus tersebut; hal ini mencadangkan bahawa jus kranberi bukanlah rawatan yang boleh diterima umum. Jus kranberi nampaknya tidak mempunyai manfaat yang ketara dalam pencegahan JSK, dan pengunaannya untuk jangka masa panjang mungkin tidak boleh diterima. Produk kranberi (contohnya, pil atau kapsul) juga tidak berkesan (walaupun mempunyai kesan yang serupa seperti antibiotik), mungkin kerana "ramuan aktifnya" yang kurang kuat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Wing (Melaka Manipal Medical College) Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jame5wtan93@gmail.com

https://www.cochrane.org/ms/CD001321/kranberi-untuk-pencegahan-jangkitan-saluran-kencing