Ulasan Cochrane ini memasukkan 15 kajian melibatkan 9261 kanak-kanak berumur kurang dari lima tahun dan 3664 wanita hamil. Kira-kira 73% kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun.
Intervensi yang dikaji meliputi dan termasuk pendidikan maternal; penambahan nutrien ibu, bayi, dan kanak-kanak; memperbaiki sistem pemakanan; atau gabungannya tetapi bukan modifikasi diet.
Kebolehpercayaan kajian-kajian adalah sangat rendah hingga sederhana kerana kajian-kajian tidak direka bentuk untuk menangani masalah penyelidikan yang dikaitkan dengan masyarakat di kawasan sesak di bandar, seperti mobiliti tinggi dan kehilangan peserta yang tinggi pada susulan. Ini bermakna keberkesanan intervensi tidak boleh dinilai dengan betul pada tarikh-tarikh kemudian.
Para penulis menyimpulkan intervensi-intervensi pemakanan yang diulas berpotensi untuk mengurangkan pembantutan, berdasarkan bukti dari luar konteks kesesakan; walau bagaimanapun, tiada bukti kesan intervensi yang dimasukkan dalam ulasan ini kerana bukti dianggap berkepastian sangat rendah hingga sederhana.
Lebih banyak bukti diperlukan bagi kesan intervensi pelbagai sektor, menangani punca-punca malnutrisi di peringkat individu, isi rumah dan komuniti, serta kesan amalan dan dasar 'up-stream' kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan sektor perniagaan tentang hasil berkaitan pemakanan seperti pembantutan.
Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal)). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com