Ulasan Rencana: Progestogen untuk mencegah keguguran

Bolehkah progestogen membantu mencegah keguguran?  

Kegagalan kehamilan, juga dikenali sebagai keguguran,  amnya berlaku
pada trimester pertama. Bagi sesetengah wanita dan pasangan mereka,
keguguran boleh berlaku  kerapkali tiada alasan yang jelas didapati.
Hormon yang dikenali sebagai progesteron menyediakan rahim (uterus)
ntuk menerima dan menyokong telur yang baru disenyawakan pada peringkat awal kehamilan. Terdapat cadangan bahawa sesetengah wanita yang mengalami keguguran mungkin tidak menghasilkan progesteron yang cukup di peringkat awal kehamilan. Menambah ubat-ubatan yang berfungsi seperti progesteron (dikenali sebagai progestogen) kepada wanita, telah dicadangkan sebagai cara yang mungkin untuk mencegah keguguran berulang. 
Ulasan kemas kini Cochrane mengenal pasti sejumlah 13 kajian melibatkan sejumlah 2556 wanita dengan sejarah keguguran berulang.

David Haas, penyunting Kumpulan Kehamilan dan Kelahiran Cochrane berkata,

 “Mereka menemui bukti daripada kajian rawak terkawal bahawa pemberian ubat progestogen mungkin boleh mencegah keguguran untuk ramai wanita dengan keguguran berulang sebelum ini. Kajian-kajian yang disertakan dalam kajian ini mendapati pemberian ubat progestogen kepada wanita dengan keguguran berulang di peringkat awal kehamilan boleh mengurangkan kadar keguguran dari 26.3% hingga 19.4%. Mereka percaya penemuan-penemuan tersebut adalah berdasarkan bukti berkualiti sederhana sahaja, oleh itu, mereka tidak pasti tentang keputusan – tetapi meyakini bahawa pemberian ubat progestogen mungkin boleh mencegah keguguran.”

 “Keguguran boleh menyukarkan wanita dan pasangan mereka dari segi fizikal dan emosi. Mencari terapi untuk mengurangkan keguguran berulang boleh membantu wanita dan pasangan mereka mengelakkannya dan seterusnya berjaya mendapat bayi.”

Diterjemah oleh Nicole Fong Wan June (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal