Agen uterotonik untuk mencegah perdarahan selepas bersalin

Agen uterotonik untuk mencegah perdarahan selepas bersalin
 
Ubat manakah yang terbaik untuk mengurangkan kehilangan
darah yang berlebihan selepas kelahiran?

Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui ubat manakah yang
paling berkesan untuk mencegah kehilangan darah berlebihan semasa
melahirkan dan mempunyai kesan sampingan yang paling sedikit.
Para pengarang mengumpul dan menganalisis semua kajian y ang
relevan untuk menjawab soalan ini. 
 
Pengarang utama ulasan Dr Ioannis Gallos dari Universiti Birmingham menerangkan, "Perdarahan selepas melahirkan adalah sebab yang paling lazim kematian ibu-ibu semasa melahirkan di seluruh dunia.
Walaupun kebanyakan wanita akan mengalami perdarahan sederhana semasa melahirkan, wanita lain mungkin berdarah secara berlebihan, dan ini boleh menimbulkan risiko serius terhadap kesihatan dan kehidupan mereka. Untuk mengurangkan kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan, pemberian ubat rutin untuk mengecut rahim (uterotonik) telah menjadi amalan biasa di seluruh dunia.
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti ubat yang paling berkesan bagi mencegah perdarahan berlebihan selepas melahirkan anak dan mempunyai kesan sampingan yang paling sedikit.
Pelbagai ubat-ubat iaitu oksitosin, misoprostol, ergometrina, carbetocin, dan kombinasi ubat-ubatan ini, masing-masing mempunyai keberkesanan dan kesan sampingan yang berlainan.Beberapa kesan sampingan yang dikenal pasti termasuk: muntah, tekanan darah tinggi dan demam. Mereka menganalisis semua bukti sedia ada untuk membandingkan semua ubat-ubat ini dan mengira pemeringkatan keberkesanan yang kukuh dan profil kesan sampingan untuk setiap ubat.
Mereka mendapati secara am semua ubat berkesan untuk mencegah perdarahan berlebihan apabila dibandingkan dengan tiada rawatan ubat uterotonik. Kombinasi ergometrina dan oksitosin, carbetocin, dan kombinasi misoprostol dan oksitosin mungkin mempunyai beberapa manfaat tambahan berbanding oksitosin standard semasa. Walau bagaimanapun, kombinasi kedua-dua ubat tersebut dikaitkan dengan kesan sampingan ketara yang mungkin membimbangkan wanita berbanding oksitosin. Carbetocin mungkin mempunyai beberapa manfaat tambahan berbanding oksitosin dan dilihat tiada peningkatan kesan sampingan."
Ulasan kemas kini ini memasukkan 196 kajian melibatkan 135,559 wanita. Kajian-kajian telah dijalankan di 53 negara. Di dalam kebanyakan kajian, wanita melahirkan secara normal dan di hospital.
Diterjemahkan oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus).  Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).