Ulasan Rencana

Senaman berperantara penjaga untuk mempertingkatkan pencapaian selepas strok

Senaman berperantara penjaga mungkin berpotensi menjadi satu bentuk terapi tambahan kepada penjagaan biasa.                                                                                                      

Strok adalah punca utama kecacatan diperoleh dewasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa apabila lebih banyak masa dihabiskan untuk terapi senaman pada minggu-minggu sehingga bulan-bulan pertama selepas strok akan  membawa kepada fungsi yang lebih baik dan membolehkan discaj awal yang disokong.  Oleh kerana kekurangan kakitangan dan sumber, ia adalah sukar dalam amalan untuk menghabiskan lebih banyak masa pada terapi senaman dalam tempoh masa ini. Salah satu kaedah untuk meningkatkan masa senaman ini adalah untuk melibatkan penjaga dalam melaksanakan latihan senaman bersama-sama dengan pesakit strok. Semasa latihan senaman ini, jurulatih terapi mengajar pesakit dan penjaga dan penilaian dirancang pada masa yang tetap.

Sekumpulan penulis Cochrane yang berpangkalan di Belanda bekerja dengan Cochrane Stroke  untuk menentukan sama ada senaman berperantara penjaga menambah baik keupayaan dan kualiti kesihatan yang berkaitan dengan kehidupan pada orang dengan strok , dan untuk menentukan kesan beban ke atas penjaga. Meta-analisis ini melibatkan sembilan kajian dengan sejumlah 333 pasukan pesakit-penjaga. Kualiti kajian rawak terkawal yang dilibatkan  adalah rendah, menyebabkan bukti rendah ke sederhana.

Ulasan Cochrane ini menemui bukti bahawa senaman berperantara penjaga boleh mempunyai kesan positif ke atas imbangan berdiri pesakit, kualiti hidup secara langsung selepas intervensi ini, dan aktiviti-aktiviti asas kehidupan harian. Dalam jangka masa panjang, mereka mendapati bukti untuk kesan positif pada jarak berjalan. Tiada kesan sampingan atau kesan bermanfaat yang ketara terhadap tekanan ke atas penjaga telah dikenal pasti.                                                                                                                         

Judith DM Vloothuis dari Pusat Penyelidikan Pemulihan Amsterdam, dan pengarang utama Ulasan Cochrane berkata "Penglibatan penjaga dalam membantu pesakit strok dengan senaman adalah intervensi yang berkos rendah dan mudah. Ulasan Cochrane kami menunjukkan bahawa senaman berperantara penjaga mungkin berpotensi menjadi satu bentuk terapi tambahan kepada penjagaan biasa.Secara keseluruhan kualiti kajian yang termasuk adalah rendah hingga sederhana, oleh itu memerlukan replikasi. Penemuan kami menunjukkan bahawa kajian berkualiti yang lebih tinggi diperlukan, termasuk analisis kos intervensi yang berpotensi ini. Pada masa ini, kumpulan penyelidikan kami sedang mengkaji keberkesanan kos bagi satu program senaman berperantara penjaga yang  digabungkan dengan kemudahan e-kesihatan, yang dimulakan dalam minggu pertama selepas strok. "

 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Read the full Cochrane Review

Visit the Cochrane Stroke website