Ulasan Rencana

Intervensi terapeutik berasaskan muzik untuk orang yang mengalami demensia

Intervensi terapeutik berdasarkan muzik mungkin dapat mengurangkan gejala tekanan dan memperbaiki masalah tingkah laku secara keseluruhan.

Pasukan ulasan ini dari Belanda menyatakan untuk mengetahui sama ada mereka dapat menjumpai bukti bahawa terapi berdasarkan muzik dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup orang yang mempunyai demensia. Mereka juga berminat terhadap bukti tentang kesan terhadap masalah emosi, tingkah laku, sosial atau kognitif (contohnya berfikir dan mengingat) pada orang yang mengalami demensia.

Pasukan tersebut mendapati terdapat 22 kajian untuk dimasukkan ke dalam ulasan dan dapat menggabungkan keputusan untuk sekurang-kurangnya beberapa hasil daripada 890 orang. Semua orang dalam kajian itu menetap di rumah penjagaan atau hospital. Sesetengah kajian membandingkan rawatan berasaskan muzik dengan penjagaan biasa, dan ada yang membandingkannya dengan aktiviti lain, seperti memasak atau lukisan. Kualiti kajian dan seberapa baik mereka dilaporkan bervariasi, dan ini mempengaruhi keyakinan terhadap hasilnya.

Penulis utama, Jenny van der Steen, menjelaskan, "Pertama, kita melihat hasilnya dengan segera selepas menjalani terapi. Dari hasil kami, kami mempunyai tahap keyakinan yang  sederhana bahawa terapi berasaskan muzik meningkatkan gejala kemurungan dan masalah tingkah laku secara keseluruhan, tetapi tidak secara khusus tingkah laku yang gelisah atau agresif. Terapi berasaskan muzik mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada kognisi, tetapi kami kurang yakin dengan hasil ini. Kami juga tidak yakin sama ada terapi meningkatkan perasaan cemas dan kesejahteraan emosi termasuk kualiti hidup dan kami mempunyai keyakinan yang sangat sedikit terhadap kemungkinan kesan yang baik terhadap interaksi sosial.

Jenny meneruskan lagi, "Sesetengah kajian juga melihat sama ada terdapat sebarang kesan berkekalan selama empat minggu atau lebih selepas rawatan berakhir. Walau bagaimanapun, cuma terdapat sedikit data dan kami tidak pasti atau sangat tidak pasti dengan hasilnya. Kajian lanjut mungkin mempunyai kesan yang besar terhadap apa yang kita ketahui tentang kesan rawatan berasaskan muzik untuk orang yang mengalami demensia, jadi penyelidikan berterusan adalah penting. Kami memerlukan penyelidikan berkualiti tinggi dengan penilaian hasil pembutaan untuk tidak mempunyai jangkaan yang berlebihan terhadap kesan-kesannya. "

Secara ringkasnya: 

Memberi orang yang mengalami demensia yang berada dalam penjagaan institusi dengan sekurang-kurangnya lima sesi intervensi terapeutik berasaskan muzik mungkin mengurangkan gejala tekanan dan memperbaiki masalah tingkah laku secara keseluruhan pada akhir rawatan. Ia juga boleh meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup dan mengurangkan kebimbangan, tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada kegelisahan atau keagresifan atau kognisi. Kami tidak pasti tentang kesan terhadap tingkah laku sosial dan mengenai kesan jangka panjang. Kajian masa depan perlu memeriksa tempoh kesan berhubung dengan tempoh rawatan dan bilangan sesi. 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.