Kesan masa apitan tali pusat bayi cukup bulan terhadap ibu dan bayi.

Semasa lahir, bayi masih lagi bersambung dengan ibu melalui tali pusat, yang merupakan sebahagian daripada uri. Bayi tersebut biasanya terpisah daripada uri apabila tali pusat diapit. Proses apitan ini merupakan salah satu bahagian peringkat ketiga proses bersalin (masa dari kelahiran bayi sehinggalah lahirnya uri) dan masa tersebut boleh berubah mengikut polisi klinikal dan praktik. Walaupun pengapitan awal tali pusat telah dianggap dapat mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin (pendarahan postpartum), namun, kajian semula ini yang merangkumi 15 percubaan terawak yang melibatkan sejumlah 3911 pasangan wanita dan bayi baru lahir menunjukkan tidak ada perbezaan ketara dalam kadar pendarahan postpartum apabila pengapitan awal dan lewat (secara umumnya antara satu hingga tiga minit) dibandingkan. Walau bagaimanapun, pengapitan lewat tali pusat berpotensi memberi beberapa manfaat pentinguntuk bayi baru lahir yang sihat and cukup bulan, misalnya berat masa lahir yang lebih tinggi, kepekatan hemoglobin awal dan peningkatan simpanan zat besi sehingga enam bulan selepas lahir. Manfaat-manfaat ini perlu diimbangkan dengan tambahan risiko kecil bayi baru lahir mendapat penyakit kuning (jaundis) yang memerlukan rawatan cahaya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nursyahirah binti Johari (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi nursyahirahjohari@gmail.com

https://www.cochrane.org/ms/CD004074/kesan-masa-apitan-tali-pusat-bayi-cukup-bulan-terhadap-ibu-dan-bayi