Adakah chloroquine atau hydroxychloroquine berguna dalam merawat individu yang dijangkiti COVID-19, atau dalam mencegah jangkitan dalam individu yang telah terdedah kepada virus tersebut?

COVID-19 adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh coronavirus yang disebut sebagai SARS-CoV-2. Sekiranya jangkitan tersebut menjadi teruk, pesakit mungkin memerlukan rawatan dan sokongan intensif di hospital, termasuk pernafasan mekanikal.

Ubat-ubatan yang digunakan untuk penyakit-penyakit lain telah dicuba dalam COVID-19, dan ini termasuk chloroquine, yang digunakan untuk malaria; dan hydroxychloroquine yang digunakan untuk penyakit reumatik, seperti rheumatoid arthritis atau lupus erythematosus sistemik. Penulis-penulis telah mencari bukti tentang kesan ubat-ubatan tersebut dalam merawat pesakit dengan penyakit ini; dalam mencegah penyakit tersebut pada orang yang berisiko mendapat penyakit tersebut, seperti pekerja-pekerja kesihatan; dan orang yang telah terdedah kepada virus yang menghidap penyakit ini.

Mesej-mesej utama

·       Hydroxychloroquine tidak mengurangkan kematian akibat COVID-19, dan mungkin tidak mengurangkan bilangan orang yang memerlukan penafasan mekanikal.

·       Hydroxychloroquine telah menyebabkan lebih banyak kesan-kesan yang tidak diingini daripada rawatan plasebo, walaupun nampaknya ia tidak meningkatkan jumlah kesan yang tidak diingini yang bertahap serius.

·       Penulis-penulis tersebut tidak menganggap kajian baru hyd harus dimulakan untuk rawatan COVID-19.

Bhagteshwar Singh, pengkaji utama ulasan ini dan Felo Penyelidikan Klinikal di Institut Jangkitan, Sains Veterinar & Ekologi, Universiti Liverpool menjelaskan,

"Pada awal pandemik, chloroquine dan hydroxychloroquine telah dikemukakan sebagai ubat yang berpotensi untuk rawatan dan pencegahan COVID-19. Bukti dari kajian-kajian awal tidak mencukupi, tetapi laporan yang lebih terkini daripada kajian yang lebih besar bermaksud kami dapat menyimpulkan dalam ulasan kami bahawa hydroxychloroquine tidak bermanfaat bagi pesakit dengan COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital. Bukti tersebut adalah kurang jelas untuk pencegahan COVID-19 dan bagi orang yang dirawat sebagai pesakit luar. Namun, jika tiada manfaat ketika digunakan untuk rawatan COVID-19 yang teruk, manfaat dalam situasi sekarang ini adalah tidak mungkin. "

Pengarang kanan Dr Tom Fletcher telah menambah: "Ulasan ini semestinya akan memberi gambaran untuk tidak menggunakan ubat ini untuk merawat COVID-19, tetapi beberapa negara dan penyedia-penyedia kesihatan masih terperangkap dalam khabar angin dulu and memberikan ubat tersebut. Kami berharap ulasan ini dapat membantu agar amalan tersebut segera berakhir."

       

                                                      Lihat abstrak visual bersaiz lebih besar                                                                                                                                  Ketahui lebih lanjut mengenai abstrak visual yang dibuat oleh pelajar perubatan Emory

Apa yang telah dikaji dalam ulasan ini?
Pasukan tersebut telah mencari kajian yang melihat kepada pemberian klorokuin dan hidroksiklorokuin kepada penghidap COVID-19; individu yang berisiko terkena virus; dan individu-individu yang telah terdedah kepada virus tersebut.

Mereka telah menemui 14 kajian yang relevan. 12 kajian chloroquine atau hydroxychloroquine yang digunakan untuk merawat COVID-19 pada 8569 orang dewasa; dua kajian hydroxychloroquine untuk menghentikan COVID-19 pada 3346 orang dewasa yang telah terdedah kepada virus tetapi tidak mempunyai gejala jangkitan. Pengkaji-pengkaji tersebut tidak menemui kajian yang lengkap mengenai ubat-ubatan ini untuk menghentikan COVID-19 dari individu yang berisiko terkena virus tersebut; beberapa kajian masih sedang dijalankan.

Kajian-kajian tersebut berlaku di China, Brazil, Mesir, Iran, Taiwan, Amerika Utara, dan Eropah; satu kajian telah dilakukan di seluruh dunia. Sebilangan kajian dibiayai sebahagiannya oleh syarikat farmaseutikal yang mengeluarkan hidroksichloroquine.

Diterjemah oleh Ammar Al Hakim bin Mohd Kamil (RCSI & UCD Malaysia Campus).Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).