Aktiviti fizikal untuk penuaan yang sihat

Koleksi khas Cochrane
16 Mac 2021.

Pertama kali di terbitkan pada 26 November 2020, dikemas kini pada 16 Mac 2021 (perubahan diperincikan di bawah)

Pada 26 November 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melancarkan garis panduan tentang aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari. Koleksi Khas ini yang dikendali oleh Perkongsian Penuaan Global Campbell Cochrane menyertakan topik-topik relevan berkaitan penuaan sihat, sejajar dengan tindakan global Dekad Penuaan Sihat (2020 hingga 2030). WHO mendefinisi penuaan sihat sebagai "proses mengembangkan dan mengekalkan kemampuan fungsi yang membolehkan kesejahteraan pada usia lebih tua". [1] Kemampuan fungsi termasuklah orang memenuhi keperluan asas, boleh bergerak, terus belajar dan berkembang, membina dan mengekalkan hubungan, dan mengambil bahagian dalam masyarakat. [1]

Usia lebih tua boleh disertai lebih risiko untuk menghidap penyakit kronik tidak berjangkit, dan fungsi yang terhad. [2,3] Orang yang berumur 60 tahun ke atas menyumbang hampir 25% beban penyakit akibat keadaan-keadaan ini. [2 ] Walau bagaimanapun, bebas dari penyakit atau masalah kesihatan bukanlah syarat untuk penuaan sihat dan ramai orang dewasa yang lebih tua mempunyai keadaan kesihatan yang dapat diurus dengan baik, dengan itu tidak banyak mengimpak  kualiti hidup mereka. [1]

Aktiviti fizikal memain peranan penting dalam mempromosi penuaan sihat, dan bukti dari kajian-kajian epidemiologi mendapati ia sangat berkaitan dengan penuaan yang lebih sihat. [5,6] Tahap aktiviti fizikal yang regular dan cukup mempunyai manfaat kesihatan dan kesejahteraan dan dapat mencegah, malah memulihkan beberapa kesan masalah kronik sepanjang hayat. Cara-cara popular untuk menjadi aktif adalah dengan berjalan kaki, berbasikal, menari, dan terlibat dalam hobi. Sebarang aktiviti fizikal lain yang dilakukan pada masa lapang, atau semasa bekerja, boleh juga memberi manfaat kesihatan. 

Hari Orang Tua Antarabangsa PBB tahun ini memfokus bagaimana pandemik COVID-19 mempengaruhi bagaimana penuaan ditangani. Kesan kuarantin, iaitu pengasingan di rumah akan memberi kesan ketidakselesaan yang ketara, mempengaruhi berjuta-juta orang tua. Tidak aktif fizikal terbukti berkait dengan penyakit tidak berjangkit dan mortaliti yang lebih tinggi, dan aktiviti kini lebih penting, memandangkan halangan COVID-19. 

Koleksi Khas ini mengumpulkan pilihan Ulasan Cochrane yang menilai manfaat intervensi aktiviti fizikal terhadap tahap aktiviti, fungsi fizikal, dan gejala. Ulasan ini mensintesis bukti tentang populasi umum, atau kumpulan-kumpulan orang dengan keadaan-keadaan kesihatan tertentu. Koleksi Khas masa depan akan memfokus intervensi senaman tertentu.

Anda boleh mendapat lebih maklumat berkaitan Dekad Penuaan Sihat di laman web Perkongsian Penuaan Global Campbell Cochrane, dan anda boleh ikuti Perkongsian di Twitter @CCGlobalAgeing 

Dikemas kini pada 16 Mac 2021: ditambahkan Jawapan Klinikal Cochrane untuk Ulasan ‘Intervensi aktiviti fizikal untuk kesihatan fizikal dan mental semasa dan sejurus selepas rawatan dalam kalangan orang dengan kanser kolorektal yang tidak teruk.’

Mempromosi aktiviti fizikal dalam populasi umum

Akses percuma
Pelbagaistrategi intervensi komuniti yang menyeluruh untuk aktiviti fizikal semakin popular, tetapi kemampuannya untuk mencapai pembaikan populasi tidak diketahui. Ulasan ini menilai kesan dalam seluruh masyarakat, pelbagaistrategi intervensi terhadap tahap aktiviti fizikal populasi.

Akses percuma
Intervensiberasaskan tempat kerja boleh berkesan dalam mengubah suai pelbagai faktor risiko, termasuk diet, aktiviti fizikal, obesiti, risiko penggunaan alkohol, dan penggunaan tembakau. Walau bagaimanapun, intervensi-intervensi mungkin tidak dapat dilaksana dengan baik, lantas mengehadkan impak kepada kesihatan pekerja. Ulasan ini menilai kesan strategi untuk meningkatkan pelaksanaan polisi berasaskan tempat kerja atau amalan yang menyasarkan diet, aktiviti fizikal, obesiti, dan penggunaan tembakau atau alkohol.

Akses percuma
Aktiviti fizikal, diet seimbang, mengelak pendedahan tembakau dan pengambilan alkohol terhad boleh mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit tidak berjangkit. Walaupun intervensi media massa lazim diguna untuk mendorong tingkah laku lebih sihat dalam kumpulan populasi, adalah tidak jelas sama ada intervensi media massa yang disasar untuk kumpulan minoriti etnik lebih berkesan dalam mengubah tingkah laku berbanding intervensi untuk populasi umum. Ulasan ini bertujuan menentukan kesan intervensi media massa yang menyasarkan minoriti etnik dewasa dengan mesej tentang aktiviti fizikal, corak diet, penggunaan tembakau atau pengambilan alkohol bagi mengurangkan risiko penyakit tidakberjangkit.

Akses percuma
Aktiviti konservasi dan peningkatan persekitaran luar, seperti mengutip sampah tanpa bayaran, menanam pokok atau penyelenggaraan jalan, menawarkan peluang untuk aktiviti fizikal selain meningkatkan hubungan dengan persekitaran setempat, memperbaik hubungan sosial dalam komuniti dan memperbaik keyakinan diri melalui aktiviti-aktiviti yang memperbaik persekitaran yang akhirnya akan meningkatkan lagi kesejahteraan. Ulasan ini menilai impak penyertaan dalam penambahbaikan persekitaran dan aktiviti konservasi terhadap kesihatan dan kesejahteraandalam kalangan dewasa.

Kebanyakan tingkah laku sedentari meningkatkan risiko diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular, dan kedua-dua mortaliti semua sebab dan mortaliti penyakit kardiovaskular. Ulasan ini bertujuan menilai kesan intervensi masa sedentari bukan pekerjaan bagi mengurangkan tingkah laku sedentari dalam kalangan dewasa bawah 60 tahun.

Mempromosi aktiviti fizikal untuk keadaan-keadaan kronik

Intervensi persekitaran dan tingkah laku untuk mengurangkan pembatasan aktiviti fizikal dan mencegah jatuh bagi orang tua dengan kerosakan visual

Kerosakan visual dikaitkan dengan penurunan aktiviti harian. Mengelak aktiviti fizikal dalam kalangan dewasa yang lebih tua dengan kerosakan visual boleh menyebabkan penurunan fungsi dan merupakan faktor risiko penting untuk jatuh. Kadar jatuh dan fraktur adalah lebih tinggi dalam kalangan orang tua dengan kerosakan visual berbanding orang tua dengan visual normal yang dipadankanumur. Ulasan ini menilai keberkesanan dan keselamatan intervensi persekitaran dan tingkah laku bagi mengurangkan pembatasan aktiviti fizikal, mencegah jatuh dan memperbaik kualiti hidup dalam kalangan orang tua dengan kerosakan viisual.

Intervensi untuk mempromosi aktiviti fizikal dalam kalangan mereka dengan penyakit paru - paru obstruktif (COPD)kronik

Manfaat aktiviti fizikal yang meluas diterima, diiringi dengan  ketersediaan lebih banyak peranti boleh pakai untuk mengukur penyertaan secara objektif, telah meningkatan bilangan dan kepelbagaian kajian yang bertujuan mempertingkat aktiviti fizikal orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik ( COPD). Ulasan ini bertujuan untuk menilai intervensi mana yang berkesan untuk meningkatkan aktiviti fizikal yang dinilai secara objektif dalam kalangan orang dengan COPD. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Intervensi mana yang membawa kepada peningkatan aktiviti fizikal regular untuk orang dengan penyakit paru obstruktif kronik (COPD)?

Intervensi aktiviti fizikal untuk kesihatan fizikal dan mental semasa dan sejurus selepas rawatan dalam kalangan orang dengan kanser kolorektal yang tidak teruk

Manfaat intervensi aktiviti fizikal dalam mengurangkan kesan sampingan rawatan telah ditunjukkan dalam populasi kanser. Memandangkan aktiviti fizikal regular boleh mengurangkan risiko kanser kolorektal, dan kecergasan kardiovaskular adalah peramal yang baik untuk mortaliti semua- sebab dan kanser, intervensi aktiviti fizikal mungkin memain peranan dalam kontinum kawalan kanser kolorektal. Ulasan ini bertujuan menilai keberkesanan dan keselamatan intervensi aktiviti fizikal terhadap penyakit-yang berkait dengan fizikal dan kesihatan mental individu yang didiagnosis dengan-kanser kolorektal tidak teruk.

Akses percuma
Simptom saluran urinari bawah akibat penyumbatan prostat benigna (LUTS/BPO) adalah salah satu aduan klinikal yang lazim dalam kalangan lelaki. Aktiviti fizikal mungkin menjadi intervensiutama dalam merawat LUTS/BPO, dan ulasan ini menilai kesan-kesan aktiviti fizikal untuk LUTS/BPO. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Bagaimanakah aktiviti fizikal berbanding menunggu dengan berjaga-jaga atau perencat - alfa untuk lelaki dengan simptom saluran urinari bawah akibat penyumbatan prostatik benigna/hiperplasia?

Akses percuma
Aktiviti fizikal penting untuk pencegahan strok sekunder dan mempromosi pemulihan fungsi. Walau bagaimanapun, orang dengan strok kurang aktif berbanding kontrol sihat yang dipadankanumur. Oleh itu, intervensi untuk meningkatkan aktiviti selepas strok penting untuk mengurangkan kecacatan yang berkaitdengan strok Ulasan ini meringkaskan bukti tentang keberkesanan aktiviti komersial sedia ada, aktiviti monitor boleh pakai dan aplikasi telefon pintar untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal dalam kalangan orang dengan strok.

Akses percuma
Senaman atau aktiviti fizikal disyorkan untuk memperbaik sakit dan status fungsi dalam kalangan orang dengan osteoartritis lutut atau pinggul. Telah dicadangkan juga manfaat kesihatan mungkin lebih besar dengan senaman atau aktiviti fizikalintensiti tinggi berbanding intensiti rendah Ulasan ini bertujuan menentukan manfaat dan mudarat  program senaman atau aktiviti fizikal intensiti tinggi berbanding rendah dalam kalangan orang dengan osteoarthritis pinggul atau lutut.

Akses Terbuka
Sakit kronik ditakrifkan sebagai sakit yang berlanjutan melebihi masa penyembuhan tisu normal, amnya sehingga 12 minggu. Ia menyumbang kepada kecacatan, keresahan, depresi, gangguan tidur, kualiti hidup yang buruk, dan kos penjagaan kesihatan. Senaman mungkin bermanfaat spesifik dalam mengurangkan keterukan sakit kronik, serta bermanfaat am yang berkait dengan pembaikan kesihatan fizikal dan mental keseluruhan, dan fungsi fizikal. Program aktiviti fizikal dan senaman semakin dipromosi dan ditawarkan dalam pelbagai sistem penjagaan kesihatan, dan untuk pelbagai keadaan sakit kronik. Adalah penting untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan program-program ini, dan gambaran keseluruhan Ulasan Cochrane ini menilai keberkesanan pelbagai aktiviti fizikal dan intervensi senaman untuk mengurangkan keterukan sakit dan impaknya ke atas fungsi, kualiti hidup, dan penggunaan penjagaan kesihatan. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah kesan aktiviti fizikal/senaman bagi orang dewasa dengan sakit kronik?

Akses percuma
Wanita dengan diagnosis kanser payudara mungkin mengalami hasil fisiologi dan psikososial buruk untuk jangka masa pendekdan panjangyang berkaitdengan penyakit atau rawatan Hasil-hasil ini boleh memberi impak negatif kepada prognosis, kesihatan-berkaitan kualiti hidup, dan fungsi psikososial dan fizikal. Aktiviti fizikal dapat membantu memperbaik prognosis dan mungkin mengurangkan kesan buruk terapi adjuvan. Ulasan ini menilai kesan intervensi aktiviti fizikal selepas terapi adjuvan bagi wanita dengan kanser payudara. Jawapan Klinikal Cochrane yang berkaitan: Apakah manfaat dan mudarat aktiviti fizikal bagi wanita dengan kanser payudara yang telah menerima terapi adjuvan?

Tentang Koleksi Khas ini:

Rujukan

1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Strategi global dan pelan tindakan penuaan dan kesihatan. 2017. Terdapat di www.who.int/ageing/global-strategy

2. Prince MJ, Wu F, Guo Y, Gutierrez Robledo LM, O’Donnell M, Sullivan R, et al. Beban penyakit dalam kalangan orang tua dan implikasi amalan dan polisi kesihatan. Lancet 2015;385(9967):549-62. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(14)61347-7

3. Yarnall AJ, Sayer AA, Clegg A, Rockwood K, Parker S, Hindle JV. Horizon baharu multimorbiditi dalam kalangan orang tua. Age and Ageing 2017;46(6):882-8. https://doi.org/10.1093/ageing/afx150

4. Lee IM, Shiroma EJ, Lobelo F, Puska P, Blair SN, Katzmarzyk PT, et al. Kesan fizikal tidak aktif terhadap penyakit tidak berjangkit major di seluruh dunia: analisis beban penyakit dan jangka hayat. Lancet 2012;380(9838):219-29. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(12)61031-9

5. Tampubolon G. Trajektori finotip penuaan sihat dalam kalangan orang British separuh umur dan tua, 2004–2013. Maturitas 2016;88:9-15. https://doi.org/10.1016/j.maturitas.2016.03.002

6. Daskalopoulou C, Koukounari A, Wu YT, Terrera GM, Caballero FF, de la Fuente J, et al. Trajektori penuaan sihat dan tingkah laku gaya hidup: Kajian kesihatan dan penuaan Mexico. Scientific Reports 2019;9:11041. https://doi.org/10.1038/s41598-019-47238-w

7. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pelan tindakan global untuk pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit 2013-2020. 31 May 2013. Geneva;WHO:2013. www.who.int/publications/i/item/9789241506236

Penghargaan

Koleksi Khas ini termasuk Ulasan Cochrane daripada Kumpulan Ulasan Cochrane berikut: Saluran udara Cochrane ; Kanser Payudara Cochrane ; Kolorektal Cochrane ; Mata dan Penglihatan Cochrane ; Muskuloskeletal Cochrane ; Sokongan Penjagaan, Paliatif dan Sakit Cochrane; Kesihatan Awam Cochrane ; Strok Cochrane ; dan Urologi Cochrane. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para penulis dan Kumpulan Ulasan kerana menghasilkan ulasan dalam Koleksi Khas ini.

Monserrat Conde dan Tracey Howe dari Perkongsian Penuaan Global Cochranemenghasilkan teks pengenalan dan menyusun ulasan, dengan sokongan dari Monaz Mehta dari Jabatan Editorial & Kaedah Cochrane.

Koleksi Khas ini telah diterjemah oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail pada 7 April 2021

Kredit imej

adamkaz/GettyImages

Hubungi

Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)