Anugerah Cochrane Malaysia untuk sumbangan cemerlang penterjemah dan editor sukarelawan kepada projek terjemahan Bahasa Malaysia - 2024

cochrane malaysia

Cochrane Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan penerima sijil pengiktirafan untuk terjemahan Bahasa Malaysia yang disiapkan antara Januari dan Disember 2024.    

Tahun 2024, SEPULUH tahun selepas pelancarannya pada 2015, terus menjadi tahun yang produktif untuk Terjemahan Bahasa Malaysia Cochrane. Pada tahun 2024, kami mencapai satu lagi kejayaan dengan menerbitkan PLS Bahasa Melayu kami yang ke- 4678.

Pencapaian ini adalah mustahil tanpa sumbangan daripada penterjemah dan editor kami yang kesemuanya bekerja secara sukarela. Sukarelawan kami kesemuanya adalah pelajar atau pengamal penjagaan kesihatan dan datang dari lebih 10 institusi di Malaysia dan luar negara.

Ianya hampir mustahil untuk mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan ini atas kerja mereka. Jadi sebagai satu bentuk pengiktirafan kami mengeluarkan Sijil Pengiktirafan kepada penterjemah dan editor kami yang berprestasi tinggi setiap tahun. Tahun ini kami menganugerahkan - 10 editor dan 9 penterjemah untuk kerja cemerlang mereka. Tiga belas daripada penerima anugerah tersebut juga merupakan penerima pada tahun 2023.

Terima kasih khas kepada editor kami yang telah melakukan penyuntingan selama sepuluh tahun!

  .  Professor Dr Noorliza Mastura Ismail
  .  Associate Professor Dr Norhayati Mohd Noor
  .  Professor Dr Lai Nai Ming

Terima kasih khas kepada editor kami yang telah melakukan penyuntingan selama lapan tahun!

  .  Dr Rosnani Zakaria
  .  Dr Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah
  .  Dr Ahmad Filza Ismail

Terima kasih khas kepada editor kami yang telah melakukan penyuntingan selama lima tahun!                          

  .  Associate Professor Dr Shazlin Shaharudin
  .  Dr Shaun Lee Wen Huey

 Terima kasih khas kepada editor kami yang telah melakukan penyuntingan selama tiga tahun!

   Dr Mohamad Masykurin Mafauzy

Terima kasih khas kepada editor baru kami!

  .  Dr Khaw Loke Tim
  .  Dr Aishah Ibrahim
  .  Prof Madya Dr Kamisah Ariffin
 
Apakah kriteria untuk menerima sijil?
Terdapat 3 kategori pengiktirafan pagi editor dan penterjemah yang menerima pengiktirafan berasingan:
    o   Anugerah gangsa untuk melengkapkan atau menyunting lebih daripada 20 terjemahan dalam  setahun
    o   Anugerah perak untuk melengkapkan atau menyunting lebih daripada 35 terjemahan dalam setahun
    o   Anugerah emas untuk melengkapkan atau menyunting lebih daripada 50 terjemahan dalam setahun
 
Siapakah penerima sijil untuk tahun 2024?
Mereka datang dari pelbagai institusi perubatan dan kesihatan di seluruh Malaysia dan luar negara. Untuk tahun 2023 semua penerima anugerah kami adalah Doctor Perubatan dan Pergigian atau Ahli Farmasi. Kami tahu bahawa kerja mereka berbaloi kerana kami sangat gembira apabila mendapati  bahawa terjemahan mereka telah diakses lebih 1 juta kali sepanjang tahun lalu. Penterjemah dan editor berkongsi pendapat mereka tentang penglibatan dengan terjemahan Bahasa Melayu.

“Penterjemah kami mengucapkan terima kasih atas peluang itu tetapi kami benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada penterjemah!”  

PENTERJEMAH EMAS

Dr Kuan Pei Xuan, Digital Health Research & Innovation, Institute for Clinical
Research, National Institutes of Health Malaysia (71 PLS)
“Sebagai seorang yang meminati Bahasa Malaysia sejak zaman persekolahan, saya bersyukur kerana telah menyertai komuniti Terjemahan Sukarelawan Cochrane mulai tahun lepas. Dilatih dalam kajian klinikal dengan latar belakang sebagai doktor perubatan dan berlatih dalam bidang ini untuk dekad yang lalu telah memberi inspirasi kepada saya untuk terus menyumbang kepada bidang R&D. Saya benar-benar menikmati seni penterjemahan dan gembira kerana dapat menyumbang kepada komuniti terjemahan dengan menyebarkan pengetahuan untuk pemahaman yang lebih baik tentang ulasan dalam bahasa kebangsaan kami.Terima kasih atas peluang itu, Cochrane Malaysia!”

PENTERJEMAH PERAK 

 

     

 

Dr Nathanael Lee Yong Sheng, Department of Internal Medicine and Infection Control Unit, Hospital Seberang Jaya (38 PLS)

"Apa yang mendorong saya sebagai Penterjemah ialah peluang untuk menjadikan perubatan berasaskan bukti lebih mudah diakses oleh orang awam, dalam bahasa yang mereka fahami dan dalam gaya nuansa dan prosa yang mereka kenali, sementara pada masa yang sama menyumbang secara tidak langsung kepada evolusi berterusan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya sebagai pegawai perubatan kerana saya percaya bahawa perubatan berasaskan bukti adalah jalan ke hadapan, dan salah satu cara yang paling berkesan untuk mempromosikan konsep ini bukan sahaja dengan mendidik pakar perubatan, tetapi juga dengan memperkenalkan orang awam kepada prinsip EBM. Perkhidmatan saya sebagai penterjemah telah memberi saya peluang yang jarang berlaku untuk memainkan peranan yang lebih holistik dalam pendidikan pesakit - di sisi katil dan melalui Cochrane Malaysia."

 

 

Wong Chun Wong. Pharmacist, Hospital Kuala Lumpur (35 PLS)
"Saya berharap terjemahan tersebut dapat membantu lebih ramai orang untuk memahami dan menghargai asas sains perubatan supaya membolehkan diri mereka membuat keputusan termaklum yang berkesan. Saya telah membantu Cochrane First Aid dan Cochrane Multiple Sclerosis dan Rare Disease of the CNS."

PENTERJEMAH GANGSA

 

Amirfaiz Syed, Bachelor of Science (Biomedical Science) and Master of Science (Clinical Nutrition), Postgraduate Student Kuliyyah of Allied Health Sciences, International Islamic University Malaysia (25 PLS)

"Terima kasih atas pengakuan itu. Saya terjumpa Cochrane Malaysia semasa pengajian sarjana muda di IMU beberapa tahun lalu dan telah mengambil bahagian secara aktif dalam projek terjemahan Bahasa Melayu sejak 2020. Sebagai pelajar pascasiswazah, menterjemah Cochrane Review PLS secara tidak langsung telah mengajar saya tentang pelbagai topik kesihatan sambil menyumbang kepada masyarakat Malaysia Terima kasih kepada seluruh ahli pasukan Cochrane Malaysia kerana memberi saya peluang ini, dan yang terakhir, tahniah kepada Cochrane Malaysia untuk sambutan Ulang Tahunnya yang ke-10 tahun ini."

Dr Nadiatul Azra Ahmad Mazlan, Senior Lecturer, Academic, School of Pharmacy (23 PLS) 
“Ini adalah tahun pertama saya dalam inisiatif ini. Penterjemahan boleh menakutkan dan membuat saya tertanya-tanya tentang frasa baru. Namun akhirnya, saya berharap sumbangan it boleh membantu sesetengah orang. Tugas penterjemahan adalah seperti cabaran menanti tetapi saya bersedia menhadapi carbaran ini secara langsung!"
Amirul Iman Ahmad Rizal, Persatuan Penterjemah Malaysia (20 PLS)
“Terima kasih kerana memberi saya peluang sekali lagi untuk menyumbang kemahiran terjemahan saya dengan Cochrane.”

 

Sumbangan cemerlang sebagai penterjemah dan editor

Dr. Khaw Loke Tim (Immunologist) Department of Pathology and
Pharmacology, School of Medicine, (IMU University) (24 PLS) 
"Saya kini merupakan pensyarah kanan Universiti IMU di bawah Jabatan Patologi dan Farmakologi. Walaupun fokus utama saya ialah pendidikan dan penyelidikan, penterjemahan serta penyuntingan untuk Cochrane (fokus semasa) telah memberi saya peluang untuk berkembang dalam banyak cara yang positif. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Teguh, Cik Nila dan Cochrane Malaysia kerana memberi saya peluang untuk menyumbang ke arah usaha ini kerana sekali lagi, saya percaya bahawa ilmu harus boleh diakses dan tersedia kepada mereka yang ingin mendapat manfaat daripadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan dan Sekolah saya kerana memahami dan menyokong usaha saya dalam penterjemahan dan menyunting. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana memberi motivasi kepada saya untuk berusaha sebaik mungkin ke arah masa depan yang lebih baik.”

EDITOR EMAS

Dr Shazlin Shaharudin, Lecturer in Exercise & Sports Science, Biomechanics & Movement Science. Universiti Sains Malaysia (85 PLS) 

“Thank you to Cochrane Malaysia for the opportunity to be involved in this translation initiative. With this effort, I hope Malaysians will have better access to accurate and updated information regarding medical practices.”
Professor Shaun Lee, Pharmacist, Monash University Malaysia (50 PLS)
"Saya benar-benar percaya bahawa Cochrane adalah sebuah organisasi global, dan melalui usaha ini, saya berharap saya dapat berkongsi sains dengan masyarakat dan membuat perubahan."

EDITOR PERAK

Professor Dr Noorliza Mastura Ismail, HOD Community Dentistry, Faculty of Dentistry, 
Manipal University College Malaysia (42 PLS)
“Saya telah terlibat dalam Terjemahan dan Penyuntingan Cochrane sejak 2016. Saya amat gembira melakukannya dan saya tahu ia mempunyai tujuan yang jelas iaitu berkongsi sains dengan semua peringkat masyarakat. Saya sangat percaya dengan pendirian Cochrane dan saya dapat membuat perubahan.””
Dr Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah, Department of Emergency Medicine, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia (39 PLS) 
“Saya adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dan telah menamatkan PhD dalam pengurusan bencana dengan pengkhususan dalam keganasan. Saya terlibat secara aktif dalam penyelidikan sebagai penyiasat utama dan berjaya memperoleh sejumlah geran dan menerbitkan banyak artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Saya juga terlibat secara aktif dalam projek terjemahan Bahasa Malaysia selama beberapa tahun. Saya mula menyukai tugas ini apabila saya mendapat e-mel ucapan terima kasih daripada seorang yang sangat aktif menggunakan artikel Cochrane dalam kerja hariannya.”
Dr Lai Nai Ming, Professor of Paediatrics and Director of Clinical Campus, School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University Malaysia (35 PLS)
“Kesedaran rakyat yang semakin meningkat tentang kesihatan sendiri dan orang lain pada masa ini menjadikannya lebih penting untuk menyediakan bukti berkualiti tinggi yang boleh diakses secara tempatan.”

EDITOR GANGSA

Associate Professor Datin Dr Norhayati Mohd Noor,   Public Health Physician (Family Health), School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Site Coordinate for USM: an affiliate of Cochrane Malaysia (30 PLS)
“Terjemahan Bahasa Malaysia Cochrane akan memberi manfaat yang besar, meluaskan jangkauannya kepada komuniti bukan berbahasa Inggeris. Inisiatif ini mungkin mengatasi halangan bahasa, menjadikan maklumat penting dapat diakses oleh khalayak yang lebih luas."

Dr Rosnani Zakaria, Family Medicine Specialist/Medical Lecturer, Department of Family Medicine, Universiti Sains Malaysia (30 PLS)   
Community education is our family medicine niche area. Started as editor since 2016 for Plain Language Summary.”
Dr Mohamad Masykurin Mafauzy, Emergency Physician and a Lecturer at the School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia (27PLS)
“Sebagai seorang pendidik, saya percaya masyarakat harus mempunyai akses kepada maklumat tentang penyakit dan rawatan yang terkini. Projek terjemahan Bahasa Malaysia Cochrane memberi peluang yang luas kepada masyarakat untuk mengemas kini diri mereka dengan maklumat perubatan terkini. Saya sangat seronok dalam menterjemah artikel dengan harapan ia memberi manfaat kepada masyarakat yang akhirnya meningkatkan kesihatan masyarakat kita”.
Dr Siti Aishah Ibrahim,University of Manchester (23 PLS)
"Saya amat bersyukur kerana berpeluang menyunting ulasan terjemahan tahun ini. Ia bukan sahaja membuka mata saya kepada gaya penulisan yang berbeza, tetapi ia juga memperdalamkan pemahaman saya tentang bidang subjek tertentu. Ia telah menjadi perjalanan pertumbuhan peribadi bersama Cochrane Malaysia. Saya nantikan satu lagi tahun yang bermanfaat!"
Dr Ahmad Filza Ismail, Medical Lecturer, Department of Community Medicine, Manager, Strategic Business Unit, Universiti Sains Malaysia (21 PLS) 
“Saya telah terlibat dalam Projek Terjemahan Cochrane (Bahasa Malaysia) selama beberapa tahun, namun saya telah melakukannya dengan gembira. Bagai sambil menyelam minum air, semasa menterjemah, saya juga mempelajari istilah-istilah baru terutamanya istilah perubatan dalam Bahasa Malaysia. Saya amat menghargai peluang yang diberikan oleh Cochrane Malaysia kerana membolehkan saya menyumbang sambil belajar. Semoga projek ini akan diteruskan.”
Prof Madya Dr Kamisah Ariffin,  Universiti Teknologi MARA Pahang (20 PLS) 
"Saya menyertai Inisiatif Terjemahan Cochrane Malaysia untuk membantu menyebarkan
maklumat perubatan dan kesihatan kepada khalayak dalam bahasa yang mudah. Ketersediaan
maklumat di platform ini dapat membantu individu memahami peluang rawatan yang ada demi
kesejahteraan hidup mereka."