Ulasan Cochrane yang terbaharu diterbitkan ini meneroka persoalan ini, dan kami bincangkan penemuan-penemuan ulasan bersama pengarang utama.
Beritahu kami tentang ulasan Cochrane ini ... Apa yang anda temui?
Perkara utama yang kami temui dari ulasan ini adalah kami sangat kekurangan bukti kepentingan pelbagai intervensi untuk mengurangkan impak pencemaran udara terhadap kesihatan individu dengan masalah paru-paru. Selain menemui sedikit kajian-kajian yang meliputi topik untuk disertakan dalam ulasan ini, semua kajian yang ditemui menggunakan kaedah yang berbeza, yang menyukarkan gabungan dan membuat kesimpulan daripada kajian-kajian tersebut. Ini mengecewakan, tetapi pastinya bukan tidak dijangka.
Bolehkah individu yang ingin melindungi diri dari pencemaran udara mengambil apa-apa dari ulasan ini?
Orang dengan keadaan kronik (seperti asma dan COPD) sebenarnya bimbang terdedah kepada pencemaran udara dan sering bertanya apa yang boleh mereka lakukan untuk pastikan mereka dapat melindungi diri dengan cara yang paling berkesan. Soalan yang sering kami terima di Yayasan Paru-paru Eropah adalah bagaimana berulang-alik ke tempat kerja sambil mengelakkan pendedahan dan waktu terbaik untuk bersenam atau keluar berjalan. Terdapat banyak cadangan dan nasihat yang dapat kami berikan, tetapi adalah lebih bermanfaat jika saranan-saranan adalah berdasarkan bukti. Saranan berdasarkan bukti juga perlu untuk profesional penjagaan kesihatan memastikan mereka dapat memberi nasihat terbaik kepada pesakit apabila bertemu secara regular di klinik.
Hanya sedikit daripada ulasan ini yang sebenarnya boleh ditambah kepada nasihat sedia ada, tetapi beberapa kajian mengukuhkan petua semasa yang kami beri: contohnya mengguna topeng atau menurunkan laluan kitaran pencemaran yang mengurangkan beberapa impak fisiologi pencemaran udara .
Dengan kajian-kajian yang anda temui dan cabaran yang timbul dalam membuat sebarang kesimpulan, apakah yang boleh membantu seterusnya?
Ulasan ini harus menjadi langkah tindakan bagi individu di lapangan ini untuk melaksanakan lebih banyak kajian yang melihat hasil kesihatan orang dengan keadaan kronik ketika mengguna intervensi khusus bagi mengurangkan pendedahan pencemaran udara - seperti mengubah laluan, mengguna indeks kualiti udara, topeng dll. Kajian yang lebih besar dan jangka masa lebih panjang, yang merekrut peserta dengan keadaan kronik sedia ada termasuk hasil penting kepada pesakit (seperti eksaserbasi, kemasukan ke hospital, kualiti hidup dan kejadian buruk) sangat diperlukan.
Isnin, 9 Ogos, 2021
Diterjemah oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my