Bolehkah ubat kumur mulut atau semburan hidung melindungi pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit daripada jangkitan COVID-19?

Tiga ulasan baru tentang ubat kumur/semburan hidung untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit daripada jangkitan COVID-19 telah diterbitkan.  Pekerja penjagaan kesihatan berada di barisan depan krisis COVID-19, dengan pendedahan berulang kepada individu yang, atau mungkin, dijangkiti, oleh itu mereka berisiko.

Mereka mungkin berisiko terutama ketika melakukan 'prosedur yang menghasilkan aerosol' (AGP). Ini adalah sebarang prosedur perubatan, pergigian atau penjagaan pesakit yang menghasilkan partikel bawaan udara (aerosol) dari saluran ‘aerodigestive’ atas (mulut, hidung, tekak, esofagus) dan saluran respiratori bawah di mana virus itu meluruh. Virus boleh kekal di udara dan bergerak jauh. Virus ini boleh menyebabkan jangkitan sekiranya disedut. Oleh itu, prosedur sedemikian menimbulkan potensi penularan jangkitan melalui udara.

Set tiga ulasan ini melihat penggunaan ubat kumur antimikrob dan semburan hidung

a.    oleh pekerja penjagaan kesihatan yang merawat pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID-19;
b.    oleh pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID-19 dan

c.     oleh pesakit yang tidak disyaki atau tidak sah dijangkiti COVID-19, yang menjalani prosedur yang menhasilkan aerosol (AGP), dan pekerja penjagaan kesihatan (HCW) yang merawat mereka.

Pasukan pengarang, pasukan kolaboratif dari kumpulan Kesihatan Oral dan Telinga, Hidung dan Tekak Cochrane mengenal pasti tiada kajian yang lengkap untuk dimasukkan dalam sebarang ulasan sistematik ini, yang mana tidak menghairankan memandangkan kemunculan jangkitan COVID-19 baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, penulis mengenal pasti sebilangan kajian yang sedang berlangsung, yang telah direkod dan akan dipantau untuk selesai dengan tujuan mengemas kini ulasan setelah keputusannya tersedia.

Baca ulasan:

Penggunaan ubat kumur antimikrob (berkumur) dan semburan hidung oleh pekerja penjagaan kesihatan untuk melindungi mereka ketika  merawat pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID-19.

Ubat kumur mulut antimikrob (berkumur) dan semburan hidung diberi kepada pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID-19 untuk memperbaiki hasil pesakit dan melindungi pekerja penjagaan kesihatan yang merawat mereka.

Penggunaan ubat kumur antimikrob (berkumur) dan semburan hidung untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika merawat pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID-19.

Khamis, September 17, 2020     

Diterjemah oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu