Ulasan Cochrane yang dikemas kini mendapati penambahan kalsium tiada kesan ke atas pra-eklampsia, mencabar andaian lama tentang peranan kalsium dalam mencegah gangguan hipertensi semasa hamil.
Para penyelidik dari Universiti Stellenbosch menemui bukti kukuh daripada kajian-kajian besar penambahan kalsium semasa hamil tidak mengurangkan risiko pra-eklampsia.
Pra-eklampsia adalah keadaan yang mengancam nyawa yang boleh mempengaruhi wanita pada separuh masa kedua kehamilan. Ia boleh membawa maut atau menyebabkan komplikasi seumur hidup untuk ibu dan bayi. Pra-eklampsia dicirikan oleh permulaan baru tekanan darah tinggi dengan kerosakan organ sasaran. Satu-satunya cara mengatasinya adalah dengan melahirkan bayi. Jika ibu mendapat pra-eklampsia dengan komplikasi yang mengancam nyawa, maka kelahiran pra-masa adalah satu-satunya pilihan.
Penambahan kalsium telah lama dianggap sebagai langkah pencegahan yang berpotensi, terutamanya dalam persekitaran pengambilan kalsium yang rendah. Garis panduan semasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penambahan kalsium harian dalam populasi tersebut. Walau bagaimanapun, bukti yang menyokong pendekatan ini sentiasa bercampur-campur, dan ulasan ini menimbulkan keraguan lanjutan.
Penemuan menimbulkan keraguan terhadap manfaat kalsium semasa hamil
Kajian kemas kini menyertakan 10 kajian rawak terkawal dengan 37,504 peserta,melihat kesan penambahan kalsium berbanding plasebo serta membandingkan dos penambahan yang tinggi dengan rendah.
Keputusan menunjukkan terdapat bukti kepastian tinggi daripada kajian-kajian besar di mana penambahan kalsium semasa hamil tiada kesan dalam mencegah pra-eklampsia.
Walaupun membandingkan dos rendah dengan dos tinggi kalsium, hasil sebahagian besarnya kekal tidak berubah. Kematian ibu jarang berlaku dalam kajian-kajian, dan bukti tentang hasil kritikal lain seperti kematian neonatal dan komplikasi teruk adalah sangat tidak pasti.
"Dengan mengapliksi kaedah ulasan yang ketat dan telus, kami dapati tiada perbezaan bermakna dalam hasil utama seperti pra-eklampsia, kematian ibu, kelahiran pramasa atau mortaliti neonatal," kata Anke Rohwer, pengarang ulasan. "Kebanyakan kajian-kajian lama adalh berkualiti sangat rendah, dan penilaian semula mereka perlu untuk memastikan panduan semasa adalah berasaskan bukti boleh percaya dan terkini."
Kajian yang tidak boleh percaya dan kecil mencemarkan bukti terdahulu
Satu kemas kini ulasan terdahulu telah menyertakan jauh lebih banyak kajian, yang mana sesetengah daripadanya kini dikecualikan kerana perubahan dalam kriteria kelayakan, kurang kebolehpercayaan atau kelemahan metodologi. Analisis terdahulu yang merangkumi kajian-kajian kecil atau tidak boleh percaya mencadangkan kesan perlindungan lebih utuh penambahan kalsium.
Para-pengarang menekankan kesan-kesan kajian kecil dan penerbitan bias sangat mempengaruhi kesimpulan-kesimpulan terdahulu. Penanganan bias-bias ini menghilangkan manfaat penambahan kalsium.
"Analisis kemas kini kami menunjukkan sejurus selepas mengambil kira isu-isu seperti kesan kajian kecil dan bias penerbitan, bukti yang menyokong penambahan kalsium untuk mencegah pra-eklampsia tidak dapat bertahan," kata Profesor Catherine Cluver, pengarang bersama ulasan itu. "Ini menandakan satu perubahan besar daripada ulasan-ulasan terdahulu, dan ia amat penting untuk klinisian dan penggubal dasar memahami berapa banyak asas bukti telah berubah."
Selama bertahun-tahun, penambahan kalsium telah disyorkan sebagai langkah pencegahan, terutamanya dalam populasi dengan pengambilan kalsium diet rendah. Walau bagaimanapun, ulasan kemas kini ini menunjukkan manfaat sedemikian mungkin jauh kurang signifikan — dan mungkin tiada — sejurus selepas bukti tidak boleh percaya dikeluarkan.
“Ulasan ini menyerlahkan kepentingan mengaplikasi semakan yang bolehpercaya kepada penyelidikan utama. Kajian-kajian yang tidak boleh percaya memesongkan keputusan ulasan sistematik dan merosakkan konsensus saintifik," tambah Profesor Cluver. "Selepas mengecualikan kajian-kajian yang tidak boleh percaya, kami mendapati manfaat penambahan kalsium yang terhadap pra-eklampsia hilang. Kini kami menunjukkan penambahan kalsium tidak mencegah pra-eklampsia, berdasarkan kajian-kajian yang besar dan boleh percaya."
Para pengarang menilai kebolehpercayaan kajian-kajian yang disertakan menggunakan senarai semak TRACT. Alat-alat serupa telah dibangunkan, seperti INSPECT-SR, yang direka untuk mengenal pasti kajian-kajian bermasalah. Kajian-kajian bermasalah termasuklah yang dipengaruhi oleh kesilapan manusia atau salah laku penyelidikan, di mana para pengulas tidak yakin keputusan-keputusan adalah boleh percaya.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan ulasan ini. Diterjemah oleh Leong Wai Sum (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).