COVID-19 Ulasan pantas – panggilan video untuk mengurangkan pemencilan sosial dan kesunyian dalam kalangan orang-orang tua

Ulasan Pantas Cochrane –Panggilan video untuk mengurangkan pemencilan sosial dalam kalangan orang-orang tua

Banyak negara telah memperkenalkan halangan pergerakan orang untuk melindungi mereka dari COVID-19. Menziarah kawan lama atau saudara-mara adalah tidak mungkin. Bolehkah memanggil nenek melalui panggilan video membantunya merasa kurang sunyi dan terpencil? Bolehkah panggilan video mempengaruhi simptom kemurungan atau kualiti hidup? Apakah yang dinyatakan oleh bukti-bukti?

COVID-19 sedang luas merebak, oleh itu kami perlu menjawab soalan ini dengan segera. Ulasan Pantas ini dibuat dalam ruang masa yang singkat sebagai usaha organisasi Cochrane untuk memenuhi keperluan ringkasan bukti terkini untuk menyokong pemb uatan keputuan dalam menangani kesan dan impak COVID-19.

Para penulis ulasan mencari kajian-kajian yang merawak orang-orang tua kepada pelbagai kumpulan dan mengguna sama ada panggilan video, satu kaedah untuk berhubung, atau tiada kaedah tertentu (penjagaan biasa), dengan matlamat untuk menilai kesan-kesan kesunyian atau pemencilan social. Bagi ulasan ini, mereka mempertimbangkan orang tua sebagai berumur 65 tahun ke atas dan panggilan video yang dibuat melalui internet, menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar.

Pasukan ini telah menyertakan tiga kajian, dengan 201 peserta, di dalam ulasan ini. Kesemua tiga kajian berlangsung di rumah jagaan di Taiwan di antara 2010 dan 2020 dan membandingkan panggilan video dengan penjagaan biasa.

Bukti dari ketiga-tiga kajian mencadangkan panggilan video memberi sedikit atau tiada kesan terhadap kesunyian selepas tiga, enam atau 12 bulan. Terdapat sedikit atau perbezaan symptom kemurungan selepas tiga atau enam bulan, walaupun selepas setahun, orang tua yang menggunakan panggilan video mungkin menunjukkan sedikit pengurangan kemurungan berbanding mereka yang menerima penjagaan biasa. Sama juga, panggilan video mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada kualiti hidup orang-orang tua.

Kepastian kami (keyakinan) terhadap bukti adalah terhad kerana kami mendapati kurang kajian dengan bilangan kecil peserta, dan kajian-kajian menggunakan kaedah yang tidsk boleh percaya atau tidak menerangkan kaedah sepenuhnya. Lagipun, semua peserta adalah dari rumah jagaan, oleh itu penemuan kami mungkin tidak boleh diaplikasi kepada orang tua yang tinggal di tempat lain misalnya rumah sendiri. Juga, mungkin sesetengah peserta mungkin tidak merasa sunyi atau terpencil secara social.

Berdasarkan bukti semasa, kami tidak dapat menyatakan sama ada panggilan video membantu mengurangkan kesunyian dalam kalangan orang-orang tua. Kami perlukan lebih banyak kajian menggunakan kaedah lebih rapi untuk menyiasat persoalan ini, dan memfokus kepada orang-orang tua yang kesunyian dan terpencil secara sosial.

Diterjemah oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).