Kemas kini muiltipel jejak pantas Ulasan Cochrane tentang kelengkapan perlindungan diri untuk pekerja penjagaan kesihatan: Kelengkapan perlindungan diri untuk mencegah penyakit mudah berjangkit akibat pendedahan kepada cecair badan tercemar dalam kalangan staf penjagaan kesihatan
Kami tahu penyelidikan dan inovasi sains asas akan menjadi penting dalam membendung dan mengurangkan kesan-kesan pandemik COVID-19 yang berkembang pesat. Cochrane segera merespon kepada krisis kesihatan global yang belum pernah terjadi dengan menjawab keperluan mendesak dalam kalangan pembuat keputusan kesihatan, secepat mungkin di samping memastikan ketegasan methodologi saintifik imperatif dipenuhi. Ini adalah memastikan ulasan sistematik Cochrane yang relevan adalah mutakhir dengan bukti yang baru muncul. Ulasan tentang kelengkapan perlindung diri pertama kali diterbitkan pada 2016, dikemas kini pada 2019, dan kini kemas kini jejak pantas kedua membawa bukti terbaru ke dalam analisis.
Pekerja penjagaan kesihatan berisiko mendapat jangkitan serius seperti koronavirus (COVID-19), sindrom respiratori akut teruk (SARS) dan virus Ebola. Salah satu cara untuk mencegah jangkitan adalah dengan menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE), seperti pakaian perlindungan, sarung tangan, topeng dan kelengkapan pernafasan (respirator) dan, gogel. Ini mencegah pekerja dicemari dengan titisan batuk, bersin, atau cecair tubuh lain dari pesakit yang dijangkiti dan dari permukaan yang tercemar. Adalah tidak jelas jenis kelengkapan terbaik yang melindungi. Pencemaran juga sering berlaku semasa PPE ditanggalkan. Kami tidak tahu cara paling selamat untuk menanggalkan PPE, dan kami tidak tahu cara terbaik untuk melatih pekerja.
PPE for healthcare workers to prevent coronavirus and other highly infectious diseases-Video oleh Beth Adams
Kemas kini jejak pantas dari Cochrane Work menemui 24 kajian dengan 2278 peserta. Kajian-kajian membandingkan jenis pakaian perlindungan, modifikasi reka bentuk pakaian perlindungan, cara memakai dan menanggalkannya, dan pelbagai cara untuk melatih pekerja penjagaan kesihatan dalam penggunaannya. Lapan belas kajian menggunakan penanda pendarfluor atau virus atau bakteria yang tidak memudaratkan untuk mensimulasi apa yang berlaku apabila pekerja kesihatan terdedah di hospital atau persekitaran penjagaan kesihatan lain. Semua kajian berisiko bias tidak jelas atau risiko bias tinggi.
Lihat dan muat turun infografik ini
Perbandingan pelbagai jenis pakaian
Menutup lebih bahagian badan membawa kepada perlindungan lebih baik. Ini sering melibatkan pemakaian dan penanggalan yang lebih sukar dan kurang selesa kepada pengguna. Ia mungkin menyebabkan lebih banyak pencemaran. Penggunaan respirator pembersih udara berkuasa dengan penutup boleh melindungi lebih baik daripada topeng dan gaun N95 tetapi lebih sukar dipakai. Gaun panjang mungkin pilihan perlindungan terbaik dan senang ditanggalkan. Baju senyawa mungkin lebih sukar ditanggalkan. Gaun boleh melindungi dari pencemaran lebih baik dari apron. Pakaian perlindungan yang diperbuat dari kain yang lut udara mungkin tidak menyebabkan lebih banyak pencemaran, tetapi ia lebih mesra pengguna. Pencemaran adalah lazim di dalam separuh kajian-kajian walaupun PPE diperbaiki.
Modifikasi berbanding reka bentuk pakaian perlindungan standard
Modifikasi reka bentuk pakaian perlindungan standard berikut boleh menyebabkan kurang pencemaran: gaun dengan sarung tangan yang terlekat pada kaf yang dikeluarkan bersama, penutupan antara muka lebih baik dan gaun yang muat lebih ketat di leher. Menambah tab ke sarung tangan dan topeng muka untuk cengkaman apabila menanggalkan pakaian perlindungan juga boleh mengurangkan pencemaran. Satu kajian tidak mendapati kurang kesilapan dalam memakai atau menanggalkan gaun modifikasi dengan betul.
Pelbagai kaedah menanggalkan pakaian dibandingkan
Penambahan pakaian perlindungan berikut atau perubahan panduan penggunaannya boleh menyebabkan kurang pencemaran: mengikut panduan CDC untuk menanggalkan apron atau gaun berbanding dengan penanggalan individu, penanggalan gaun dan sarung tangan degan satu langkah, menggunakan dua pasang sarung tangan, arahan untuk menanggalkan pakaian perlindungan yang tercemar, sanitasi aarung tangan dengan peluntur atau amonium kuartener (tetapi bukan alkohol).
Latihan aktif
Latihan bermuka dan simulasi komputer tentang penggunaan pakaian perlindungan membawa kepada kurang kesilapan berbanding bahan pendidikan sahaja. Di dalam satu kajian, peserta yang menonton video, medapat skor lebih baik apabila diuji berbanding kuliah tradisional tentang penggunaan pakaian perlindungan.
Kepastian bukti
Kami menilai kepastian bukti adalah rendah hingga sangat rendah kerana keterbatasan dalam kajian-kajjian, kajian mensimulasi jangkitan sebenar, dan bilangan kecil peserta.
Read the Evidently Cochrane blog post
Apakah yang kami masih perlu tahu?
Tiada kajian tentang kesan gogel atau pelindung muka. Para penyelidik perlu bersetuju dengan cara terbaik untuk simulasi pendedahan. Lebih banyak kajian simulasi diperlukan dengan sekurang-kurangnya 60 peserta, seelok-eloknya menggunakan dedahan virus yang tidak memudaratkan, untuk mengetahui jenis dan kombinasi peralatan perlindungan yang paling melindungi. Cara terbaik untuk menanggalkan pakaian perlindungan selepas diguna juga tidak jelas. Kami juga memerlukan kajian untuk mengetahui latihan yang terbaik dalam jangka masa panjang. Staf penjagaan kesihatan yang terdedah kepada penyakit berjangkit harus mendaftarkan peralatan perlindungan mereka dan disusul untuk risiko jangkitan mereka. Kami menggesa hospital untuk melaksanakan lebih banyak kajian dan mendaftar dan merekodkan jenis PPE yang diguna oleh pekerja mereka untuk memberi lebih maklumat sebenar yang diperlukan dengan segera.
Diterjemah oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).