Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperolehi lesen Perpustakaan Cochrane sepenuhnya

Bermula hari ini, semua orang boleh melayari ulasan serta protokol yang terdapat dalam halaman Perpustakaan Cochrane tanpa melanggan apa-apa terlebih dahulu. Dengan kata lain, sesiapa sahaja boleh melayari halaman tersebut diseluruh Malaysia. Hal ini demikian kerana Perpustakaan Cochrane telah menerima lesen sepenuhnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami amat menggalakkan pengikut-pengikut kami untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memperluas pengetahuan dengan melayari ulasan serta kajian yang terdapat di halaman ini. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila lawati laman web https://www.cochrane.org/ms/evidence dan jika anda memerlukan pertolongan untuk mengemudi Perpustakaan Cochrane sila pergi ke https://www.wiley.com/network/cochranelibrarytraining.