Meraikan Akses Nasional Satu Tahun ke Perpustakaan Cochrane

Minggu ini Cochrane Malaysia meraikan Hari EBHC Sedunia (World Evidence-based healthcare Day). Baru setahun yang lalu akses teks penuh ke perpustakaan Cochrane tersedia untuk semua orang di Malaysia. Kami amat bersukacita mengumumkan bahawa rakyat Malaysia telah memanfaatkan akses ini. Dalam tahun 2021, penduduk Malaysia telah mengakses Perpustakaan Cochrane hampir 150,000 kali. Apa yang lebih menakjubkan ialah, jumlah akses ini telah meletakkan Malaysia di tangga ke-empat di dunia untuk jumlah akses ulasan Cochrane yang tertinggi, selepas US, UK dan Australia. Tahniah Malaysia dan terima kasih kerana membantu kami mencapainya!

Satu lagi pencapaian penting bagi Malaysia ialah sekarang kita mempunyai lebih 3500 ringkasan ulasan dalam Bahasa Malaysia, semuanya diterbitkan di Perpustakaan Cochrane. Kami mengucapkan terima kasih kepada penterjemah sukarela untuk kesemua kerja mereka dalam pencapaian ini. 

Pandemik ini telah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya akses kepada maklumat yang dipercayai dan berkualiti tinggi.

Semua ini tidak mungkin tanpa sokongan dan sumbangan Kementerian Kesihatan dalam menjadikan Perpustakaan Cochrane tersedia ada kepada semua orang di Malaysia.
Sila layari www.cochranelibrary.com untuk membaca ulasan terkini.