Realiti maya boleh membantu mangsa strok mendapat semula pergerakan

Cochrane Malaysia Workshop

Satu ulasan Cochrane telah mendapati realiti maya (VR), apabila diguna sebagai tambahan kepada terapi standard, boleh membantu mangsa strok mendapat semula pergerakan tangan. Penemuan tersebut mencadangkan VR boleh menjadi alat yang menjanjikan usaha rehabilitasi, terutama dengan meningkatkan amaun terapi yang pesakit terima.

Diterbitkan hari ini, ini adalah ulasan Cochrane yang pertama kali dikeluarkan pada 2011, dan kini menyertakan data daripada 190 kajian melibatkan 7,188 peserta - dengan - 119 kajian baru yang telah ditambah sejak versi sebelumnya pada 2017. Ulasan ini telah menilai pelbagai teknologi VR, daripada permainan berasaskan skrin mudah kepada peranti imersif, dipasang di kepala yang dibangunkan untuk persekitaran pemulihan.

Satu pasukan pengarang Cochrane yang berpangkalan di Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat telah menemui VR apabila dibanding dengan terapi konvensional, mungkin memperbaik sedikit fungsi dan aktiviti tangan. Kesan yang lebih menjanjikan dilihat apabila VR ditambah kepada penjagaan biasa, yang meningkatkan jumlah masa terapi dan membawa manfaat fungsi tangan yang lebih besar dalam .

“Mengguna lebih banyak masa terapi diketahui dapat meningkatkan hasil selepas strok,” kata Profesor Kate Laver, pengarang utama daripada Universiti Flinders. “Realiti maya menawarkan cara yang tidak mahal dan menarik untuk meningkatkan amaun terapi tanpa pengawasan klinisian.”

Ulasan ini juga mendapati VR mungkin bermanfaat untuk memperbaik keseimbangan dan mengurangkan batasan aktiviti, walaupun kesan terhadap mobiliti, penyertaaan, dan kualiti hidup kekal tidak menentu akibat bukti yang terhad atau kepastian yang rendah.

Walaupun bilangan kajian yang semakin meningkat, banyak kajian adalah kecil dan mengguna teknologi VR yang asas dan berkos rendah, seperti sistem permainan komersial sedia guna. Beberapa kajian telah menilai sistem imersif, dipasang di kepala, dan keberkesanannya masih tidak jelas. Ulasan ini juga menyatakan kebanyakan program VR terkini memfokus kepada latihan pergerakan, daripada membantu orang mendapatkan semula keupayaan fungsi seperti berpakaian atau memasak.

“Teknologi ini berpotensi mensimulasi persekitaran kehidupan sebenar, seperti membeli-belah di dalam pasar raya atau melintas jalan, yang membolehkan klinisian mencuba tugasan yang tidak selamat untuk diamal di dunia nyata,” kata Profesor Laver. “Namun kami masih melihat intervensi VR mudah yang menguasai penyelidikan. Terdapat peluang sebenar untuk penyelidik pergi lebih jauh dan membangunkan terapi yang lebih canggih dan berfokuskan fungsi.”