BPO terdapat dalam bentuk gel atau pencuci muka, sebagai ubat preskripsi atau dijual di kaunter dengan kekuatan yang lebih rendah, dengan jenama terkenal seperti Clean and Clear, Neutrogena dan Clearasil.
Pengarang mengulas bukti yang menunjukkan kesan dan keselamatan BPO topikal, digunakan bersendirian atau dengan rawatan lain.
Perbandingan termasuk rawatan yang sama tetapi tidak aktif, tiada rawatan, atau ubat aktif lain untuk merawat jerawat.
Hasil utama yang penting dalam ulasan ini adalah laporan dari peserta tentang pembaikan jerawat dan penarikan diri daripada kajian kerana kesan sampingan. Secara umumnya, pengarang juga mempertimbangkan peratusan peserta yang mengalami sebarang kesan sampingan sepanjang keseluruhan kajian.
Pengarang ulasan mendapati kepastian bukti yang rendah untuk menunjukkan bahawa jangka panjang (iaitu diberikan untuk lapan minggu) rawatan BPO boleh meningkatkan kejayaan rawatan yang dilaporkan sendiri berbanding plasebo atau tiada rawatan BPO (tiga kajian), tetapi mungkin sedikit atau tiada perbezaan apabila rawatan BPO dibandingkan dengan adapalene (lima kajian) atau clindamycin (satu kajian).
Kepastian bukti yang sangat rendah bermakna kita tidak pasti jika BPO membawa kepada lebih banyak kesan sampingan dalam kalangan peserta yang menerima BPO jangka sederhana hingga panjang berbanding dengan mereka yang tidak diberi rawatan / plasebo (21 kajian), adapalene (tujuh kajian), eritromisin (satu kajian ), atau asid salisilik (satu kajian).
Rawatan jangka sederhana dengan BPO boleh membawa kepada peningkatan risiko kesan sampingan jika dibandingkan dengan clindamycin, tetapi kesan rawatan ini berbeza, jadi rawatan yang dipilih mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan (enam kajian; kepastian bukti yang sederhana). Kesan sampingan yang dilaporkan dalam ulasan ini biasanya ringan hingga sederhana, dan yang paling biasa adalah kekeringan setempat, kerengsaan, ekzema, kemerahan, sakit di tapak sapuan, dan pruritus.
Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).