Ulasan baharu daripada Kumpulan Tembakau dan Ketagihan Cochrane
Mesej utama
Tembakau yang dipanaskan mungkin mendedahkan orang kepada kurang toksin berbanding rokok, tetapi mungkin lebih kepada tidak menggunakan sebarang tembakau. Kejatuhan dalam jualan rokok dilihat semakin pantas berikutan pelancaran tembakau yang dipanaskan di Jepun, tetapi kami tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh orang beralih daripada rokok kepada tembakau yang dipanaskan.
Para pengarang memerlukan lebih banyak penyelidikan yang dibiayai secara bebas sama ada tembakau yang dipanaskan membantu orang ramai berhenti merokok, sama ada ia mengakibatkan kesan yang tidak diingini, dan kesan peningkatan penggunaan tembakau yang dipanaskan terhadap kadar merokok.
Apakah produk tembakau yang dipanaskan?
Produk tembakau yang dipanaskan direka bentuk untuk memanaskan tembakau pada suhu yang cukup tinggi bagi membebaskan wap tanpa membakarnya ataupun menghasilkan asap. Ia berbeza daripada e - rokok kerana daun/helaian tembakau dipanaskan dan bukannya cecair. Kebanyakan bahan kimia berbahaya dalam asap rokok dihasilkan dengan membakar tembakau. Oleh itu, memanaskan dan tidak membakar tembakau boleh mengurangkan amaun bahan kimia yang diambil oleh pengguna. SSesetengah orang melaporkan mereka berhenti merokok sepenuhnya dengan beralih kepada tembakau yang dipanaskan.
Mengapa pasukan buat Ulasan Cochrane ini?
Oleh kerana rokok menyebabkan ketagihan, ramai orang mendapati sukar untuk berhenti walaupun ia memudaratkan. Pasukan pengarang ingin tahu sama ada cubaan untuk menukar kepada tembakau yang dipanaskan membantu orang berhenti merokok dan sama ada ia mengakibatkan kesan yang tidak diingini. Mereka juga ingin tahu sama ada peningkatan penggunaan tembakau yang dipanaskan mempengaruhi kadar merokok atau jualan rokok.
Apakah yang kami dibuat oleh pengarang?
Mereka mencari kajian-kajian yang melaporkan penggunaan tembakau yang dipanaskan untuk berhenti merokok, dan kesan yang tidak diingini dan pendedahan toksin dalam kalangan orang yang diminta untuk mengguna tembakau yang dipanaskan. Di sini mereka hanya sertakan kajian rawak terkawal di mana rawatan diberi kepada orang secara rawak. Kajian jenis ini dianggap cara yang paling bolehpercaya untuk menentukan sama ada sesuatu rawatan berkesan. Akhir sekali, kami mencari kajian yang melihat perubahan kadar merokok dan jualan rokok berikutan pelancaran tembakau yang dipanaskan ke pasaran. Mereka sertakan kajian yang diterbitkan sehingga Januari 2021..
Apa yang mereka temui
Carian meeka menemui 13 kajian yang relevan Tiada kajian yang melaporkan tembakau yang dipanaskan membantu orang berhenti merokok.. Sebelas kajian yang semuanya dibiaya oleh syarikat tembakau dengan 2666 perokok dewasa membandingkan kesan yang tidak diingini dan paras toksin dalam kalangan orang yang dirawak untuk menggunakan tembakau yang dipanaskan atau untuk terus merokok atau untuk menahan diri daripada menggunakan tembakau.
Dua kajian melihat bagaimana tren jualan rokok berubah berikutan pelancaran tembakau yang dipanaskan di Jepun.
Apakah keputusan ulasan kami?
Pengarang tidak tahu sama ada mengguna tembakau yang dipanaskan membantu orang untuk berhenti merokok (tiada kajian yang mengukur ini).
Mereka tidak pasti sama ada peluang untuk mendapat gejala yang tidak diingini daripada permintaan mengguna tembakau yang dipanaskan adalah berbeza berbanding rokok (6 kajian, 1713 peserta) atau tiada tembakau (2 kajian, 237 peserta). Gejala tidak diingini yang serius dalam tempoh masa singkat yang dikaji (purata 13 minggu) jarang berlaku dalam semua kumpulan, yang bermaksud kami tidak pasti tentang sebarang perbezaan. Paras toksin mungkin lebih rendah dalam kalangan orang yang mengguna tembakau yang dipanaskan berbanding mereka yang merokok (10 kajian, 1959 peserta), tetapi mungkin lebih tinggi daripada orang yang tidak mengguna sebarang produk tembakau (5 kajian, 382 peserta).
Pelancaran produk tembakau yang dipanaskan di Jepun mungkin menyebabkan kemerosotan pantas dalam jualan rokok dari masa ke semasa (dua kajian), tetapi tidak jelas sama ada kejatuhan dalam peratusan orang yang merokok juga pantas kerana tiada kajian yang melihat perkara ini.
Sejauh mana keputusan ini boleh dipercayai?
Keputusan tentang kesan yang tidak diingini cenderung berubah apabila lebih banyak bukti tersedia.
Keputusan tentang kesan yang tidak diingini cenderung berubah apabila lebih banyak bukti tersedia. Walau bagaimanapun, kami sederhana yakin paras toksin yang diukur adalah lebih rendah dalam kalangan orang yang mengguna tembakau yang dipanaskan berbanding merokok, tetapi kurang yakin paras toksin adalah lebih tinggi dalam kalangan orang yang tidak mengguna sebarang tembakau. Kami juga kurang yakin pelancaran tembakau yang dipanaskan menyebabkan kejatuhan jualan rokok lebih pantas kerana keputusan ini datang dari hanya satu negara.
Khamis, 6 Januari 2022
Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my