Ulasan Rencana: Intervensi psikologi untuk psikosis dalam kalangan remaja

Adakah intervensi psikologi berkesan dan selamat untuk remaja dengan psikosis? Adakah terdapat perbezaan kesan antara intervensi psikologi yang berbeza? Kajian sistematik Cochrane baru melihat bukti sedia ada.  

Kepentingan intervensi psikologi untuk psikosis dalam kalangan remaja

Psikosis adalah penyakit mental yang dicirikan oleh perubahan dalam pemikiran dan persepsi seperti delusi (kepercayaan palsu), halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak dilihat atau didengar oleh orang lain) dan boleh berlaku semasa remaja. Apabila ini berlaku, para remaja perlu berjumpa profesional kesihatan mental yang sering akan mempresrib ubat. Walau bagaimanapun, dengan ubat-ubatan, remaja dengan psikosis cenderung mendapat manfaat rawatan psikologi yang sesuai dengan usia  -(rawatan bercakap) seperti terapi pemulihan kognitif, pendidikan psiko, terapi keluarga dan psikoterapi berkumpulan. Intervensi ini boleh menangani keperluan sosial dan psikologi seperti integrasi dengan rakan sebaya dan menangani stigma dan ekslusi. Kami mengulas kesan intervensi ini untuk golongan muda dengan psikosis menggunakan data dari kajian rawak.terkawal.

Pakar Maklumat
Cochrane Skizofrenia mencari daftar kajian mereka pada Mei 2016 dan Mac 2019 untuk kajian yang merawak remaja dengan psikosis kepada pelbagai kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan boleh merangkumi intervensi psikologi (dengan atau tanpa rawatan biasa), ubat-ubatan sahaja, rawatan-seperti-biasa atau intervensi psikologi lain (dengan atau tanpa rawatan biasa).

Ulasan ini memasukkan hanya tujuh kajian yang dilakukan di pelbagai bahagian dunia. Kajian-kajian membandingkan pelbagai intervensi psikologi yang berbeza dengan rawatan
- seperti-biasa atau dengan jenis intervensi psikologi lain, dan ia melaporkan hasil ukuran berbeza, dan menyukarkan perbandingkan satu kajian dengan yang lain. Kami berminat dengan kesan rawatan terhadap tujuh hasil utama: keadaan global, keadaan mental, kesan buruk, fungsi kognitif, fungsi global, penggunaan perkhidmatan, dan meninggalkan kajian lebih awal. Tiada kajian yang disertakan melaporkan data kesan buruk.

Keputusan

Kesan mutlak intervensi psikologi (PI, membandingkan PI dengan rawatan-seperti-biasa (TAU))

Analisis kami terhadap data yang dilaporkan menunjukkan terapi pemulihan kognitif dapat membantu memperbaiki memori jangka pendek (fungsi kognitif) tetapi rawatan-seperti-biasa mungkin lebih baik daripada CRT untuk memperbaiki keadaan mental. Terapi berkumpulan juga berguna untuk meningkatkan keadaan global. Semua analisis lain untuk hasil utama menunjukkan PI mempunyai sedikit atau tiada kesan berbanding TAU.

Kesan relatif PI (membandingkan satu jenis PI dengan jenis PI lain)

Analisis kami tidak menunjukkan perbezaan sebenar antara pelbagai jenis PI. 04 / 1:06

Adakah intervensi psikologi berkesan untuk psikosis dalam kalangan remaja?

Kesimpulan

Sesetengah intervensi psikologi mungkin ada kesan yang bermanfaat untuk hasil yang terpilih tetapi, secara keseluruhan, kebanyakan keputusan menunjukkan kesan yang sedikit atau tiada kesan. Walau bagaimanapun, semua keputusan kami adalah berdasarkan data dari sebilangan kecil kajian dengan bilangan kecil peserta. Kami juga mempunyai kebimbangan dengan kaedah yang diguna dalam kajian-kajian tersebut. Oleh itu, terdapat banyak ketidakpastian tentang  kebolehpercayaan penemuan-penemuan. Kami tidak dapat membuat kesimpulan kukuh berdasarkan bukti ini. Kajian rawak terkawal yang relevan -yang dijalankan dengan baik diperlukan.

'Intervensi psikologi untuk psikosis dalam kalangan remaja' - Bukti abstrak visual  

Terapi berkumpulan untuk psikosis dalam kalangan remaja - Bukti abstrak visual  

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipala). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.