Ulasan Rencana: Menggunakan teknologi mudah alih untuk mempromosi komunikasi dan pengurusan penjagaan di antara profesional penjagaan kesihatan

Ramai pekerja penjagaan kesihatan bekerja bersendirian atau mempunyai sedikit akses kepada rakan sekerja dan pakar. Ini adalah masalah lazim untuk pekerja penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar atau negara berpendapatan rendah. Satu kemungkinan penyelesaian untuk masalah ini adalah menawarkan pekerja penjagaan kesihatan nasihat dan sokongan melalui teknologi mudah alih yang membolehkan pekerja penjagaan kesihatan mendapatkan bantuan dari rakan sekerja yang tidak berada di tempat yang sama. Contohnya, pekerja penjagaan kesihatan boleh menghubungi pakar atau rakan sekerja yang lebih berpengalaman melalui telefon atau Internet. Pekerja penjagaan kesihatan juga boleh menggunakan telefon bimbit mereka atau peranti mudah alih lain seperti tablet.

Ulasan sistematik dari
Amalan Berkesan Cochrane dan Organisasi Penjagaan ini melihat jika pekerja penjagaan kesihatan yang menggunakan perkhidmatan melalui telefon bimbit mereka atau peranti mudah alih lain untuk berkomunikasi dengan pekerja penjagaan kesihatan lain memberi akses lebih cepat kepada penjagaan kesihatan, dan memperbaik hasil kesihatan pesakit. Disertakan dalam ulasan sistematik ini adalah 19 kajian yang relevan, dengan lebih 5766 orang yang memerlukan penjagaan kesihatan. Enam belas kajian adalah dari negara berpendapatan tinggi.

Teknologi mudah alih mungkin sedikit mengurangkan tempoh penyampaian penjagaan kesihatan, serta bilangan temu janji
untuk  - bersemuka, berbanding penjagaan biasa, dan mungkin meningkatkan bilanagan orang yang menerima pemeriksaan klinikal untuk sesetengah keadaan, termasuk pemeriksaan mata untuk orang dengan diabetes. Teknologi mudah alih mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kepuasan, status kesihatan atau kesejahteraanpekerja penjagaan kesihatan dan peserta.



Daniela Gonçalves-Bradley, ketua penulis ulasan berkata, “Ulasan ini melihat kepada bukti untuk tiga senario penjagaan kesihatan yang berbeza; pekerja penjagaan kesihatan primer yang berunding dengan pakar hospital, doktor kecemasan yang berunding dengan pakar hospital, dan pekerja kesihatan komuniti atau pekerja penjagaan di rumah
yang berunding dengan kakitangan klinik. Bukti menunjukkan menggunakan telefon dan peranti mudah alih untuk komunikasi di antara profesional kesihatan mungkin memperbaik beberapa hasil; namun keyakinan kami dalam anggaran kesan dibatasi oleh kepastian bukti. Oleh kerana ini adalah bidang yang sedang berkembang, kami mengharap kajian-kajian yang lebih mantap dalam kemas kini masa depan yang akan menangani kebimbangan perkongsian data dan privasi dan mengenal pasti hasil teras yang lazim.”

Jumaat, 18 September, 2020

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.