Mieloma berbilang adalah sejenis kanser darah. Ia mewakili kira-kira 2% semua jenis kanser dan dianggap masih belum dapat diubati. Bagi orang yang baharu didiagnos dengan mieloma berbilang (NDMM), yang tidak sesuai untuk menjalani prosedur penggantian sel darah yang rosak dengan sel darah yang sihat (trasplan sel stem), rawatan yang sering diguna adalah kombinasi beberapa ubat iaitu bortezomib, lenalidomide atau thalidomide, ditambah dengan meplhalan dan prednisolone (MP) atau dexamethasone (D). Kombinasi pelbagai ubat telah diluluskan untuk diguna sebagai terapi rawatan awal untuk anti-myelima, walau bagaimanapun, akses kepada ubat-ubatan ini adalah terhad di kebanyakan negara di seluruh dunia.
Ulasan Cochrane menggunakan rangkaian meta-analisis (NMA) untuk membandingkan manfaat dan mudarat ubat-ubatan anti-mieloma yang terpilih (bortezomib (V), lenalidomide (R), thalidomide (T)) bagi mereka yang tidak sesuai untuk transplan NDMM.
Ulasan ini mengenal pasti 25 kajian melibatkan 11,403 dewasa dengan NDMM yang tidak sesuai untuk transplan, dan membandingkan 21 rejim rawatan yang berlainan. Ia melihat kepada survival, bahaya dan kualiti hidup.
Ulasan ini menyimpulkan VRDc menunjukkan manfaat survival keseluruhan paling tinggi, berbanding MP. RD dan TMP juga memperbaiki OS berbanding MP. Walau bagaimanapun, kombinasi ubat-ubatan ini juga telah membawa kepada lebih banyak peristiwa buruk berbanding MP, dan membuat lebih ramai orang menghentikan rawatan. Lebih banyak kajian-kajian diperlukan yang melihat dengan lebih teliti tentang kedua-dua bahay dan kualiti hidup.
Keputusan ulasan ini memaklumkan kejayaan permohonan kepada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) Senarai ubat penting (EML), yang sebelum ini tidak memasukkan ubat-ubatan anti-mieloma.
Proses editorial untuk ulasan ini dikendalikan oleh Perkhidmatan trek pantas Cochrane
Diterjemah oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia) Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).