Ulasan Sistematik Cochrane Baharu menunjukkan pembedahan penggantian lutut menggunakan tourniquet meningkatkan risiko komplikasi serius, dan menyebabkan pertambahan sakit selepas pembedahan
Apakah manfaat dan risiko menggunakan torniquet dalam pembedahan penggantian lutut?
Pengarang kanan Mr Peter Wall, Pakar Bedah Ortopedik Perunding dari Unit Kajian Klinikal Warwick dan Universiti Hospital Coventry dan Warwickshire NHS Trust, meringkaskan:
Bukti menunjukkan pembedahan penggantian lutut yang dilakukan dengan tourniquet meningkatkan risiko komplikasi serius yang memerlukan penjagaan kesihatan tambahan, yang mana mungkin dielak jika tourniquet tidak digunakan. Kebanyakan orang sembuh dengan baik selepas penggantian lutut, tetapi seperti pembedahan major lain, terdapat risiko dan penggunaan tourniquet membuatnya lebih teruk.
Mengapakah soalan ini penting?
Penggantian lutut adalah pembedahan lazim yang melibatkan penggantian lutut yang rosak, haus, atau berpenyakit dengan sendi buatan logam dan plastik. Kebanyakan pakar bedah gemar melakukan pembedahan penggantian lutut dengan bantuan torniquet ‐tali yang diletak keliling peha yang menyekat aliran darah ke lutut. Potensi manfaat menggunakan torniquet termasuklah mengehadkan kehilangan darah semasa pembedahan dan memudahkan pembedahan. Walau bagaimanapun, torniquet mungkin meningkatkan risiko sakitan dan komplikasi pesakit selepas pembedahan.
Bagaimana enulis mengenal pasti dan menilai bukti?
Pertama, mereka mencari kajian-kajian yang relevan dan mantap dalam literatur perubatan. Mereka kemudian membandingkan keputusan-keputusannya dan meringkaskan bukti dari semua kajian. Akhirnya, mereka menilai kepastian bukti tersebut. Untuk melakukannya, mereka mempertimbang faktor-faktor seperti cara kajian-kajian dijalankan, saiz kajian, dan konsistensi penemuan merentasi semua kajian. Berdasarkan penilaian tersebut, mereka mengkategori bukti sebagai sangat rendah, rendah, sederhana, atau berkemungkinan tinggi.
Apa yang mereka temui?
Mereka menemui 41 kajian melibatkan 2819 orang (944 lelaki dan 1777 wanita) yang dirawak kepada pembedahan dengan torniquet, atau pembedahan tanpa torniquet. Kajian jenis ini, dikenali sebagai kajian rawak terkawal, memberi bukti paling kuat tentang kesan rawatan.
Kajian-kajian dijalankan di hospital-hospital di Australia, Asia, Eropah, dan AS. Setiap kajian melibatkan antara 20 dan 166 orang berumur antara 58 dan 84 tahun. Mereka disusul selama antara satu hari dan dua tahun selepas pembedahan.
Lima kajian mendpata pembiayaan awam, dan satu kajian menerima dana dari syarikat pembuat peralatan perubatan. 35 kajian yang lain tidak menerima pembiayaan khusus atau tidak menyatakan pembiayaan.
Kajian-kajian itu memberi bukti rendah hingga sederhana:
· Sakit pada hari pertama selepas pembedahan mungkin lebih teruk dengan torniquet Secara purata, pada skala 0 hingga 10 (skor lebih tinggi = sakit lebih teruk), orang yang dibedah dengan torniquet menilai sakit mereka sebagai 5.81. Orang yang dibedah tanpa torniquet menilai sakit mereka sebagai 4.56 (purata perbezaan : 1.25 mata);
· Fungsi lutut setahun selepas pembedahan mungkin serupa dengan atau tanpa torniquet. Secara purata, pada skala 0 hingga 100 (skor lebih tinggi = fungsi lebih baik), orang yang dibedah dengan torniquet menilai fungsi lutut mereka sebagai 89.74. Orang yang dibedah tanpa torniquet menilai fungsi lutut mereka sebagai 90.03 (purata perbezaan: 0.29 mata);
· Kepuasan dengan rawatan mungkin serupa dengan atau tanpa torniquet. Enam bulan selepas pembedahan, 94% orang yang dibedah dengan atau tanpa tourniquet adalah ‘amat’ atau ‘sangat’ berpuas hati dengan rawatan mereka;
· Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam kualiti hidup berkaitan‐kesihatan dengan atau tanpa tourniquet. Secara purata, pada skala 0 hingga 100 (skor lebih tinggi = kualiti hidup lebih baik), orang yang dibedah dengan torniquet menilai kualiti hidup mereka sebagai 54.64. Orang yang menjalani pembedahan tanpa torniquet menilai kualiti hidup mereka sebagai 56.17 (purata perbezaan: 1.53 mata); dan
· Peristiwa buruk yang serius seperti klot darah di kaki atau paru-paru, jangkitan, atau pembedahan‐semula selain untuk mengganti sendi buatan mungkin lebih besar dengan tourniquet. Lima peratus orang yang dibedah dengan torniquet melaporkan peristiwa buruk yang serius berbanding 2.9% orang yang dibedah tanpa torniquet.
Kami tidak tahu jika penggunaan tourniquet mempengaruhi peluang memerlukan pembedahan kedua untuk mengganti sendi buatan kerana kepastian bukti sangat rendah.
Tiada kajian yang menyiasat kesan pembedahan dengan tourniquet terhadap kemampuan orang memproses pemikiran (fungsi kognitif).
Apakah maksudnya?
Penggantian lutut dengan tourniquet mungkin kurang bermanfaat, dan dikaitkan dengan risiko lebih besarberbanding pembedahan tanpa tourniquet.
Adakah‐ulasan‐ini mutakhir?
Bukti Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga Mac 2020.
Rabu, 9 Disember 2020
Diterjemah oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).