Mengapa ulasan ini penting?
Gangguan tekanan pasca trauma, atau PTSD ialah penyakit mental yang lazim berlaku selepas sesuatu peristiwa trauma yang serius. Ciri-cirinya termasuklah mengalami semula trauma seperti mimpi buruk, imbasan kembali dan gangguan perasaan yang menyedihkan; mengelak ingatan kejadian traumatik; mengalami perubahan negatif kepada fikiran dan mood; ‘hyperarousal’ termasuk rasa gelisah, mudah terkejut, rasa marah, sukar tidur dan masalah menumpukan perhatian. PSTD boleh dirawat dengan berkesan melalui terapi bercakap yang memfokuskan trauma. Di antara terapi yang paling berkesan ialah terapi yang berasaskan kognitif dan tingkah laku (CBT). Malangnya, terdapat sebilangan kecil ahli terapi berkelayakan yang dapat memberikan terapi ini. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menghadkan akses kepada rawatan, seperti keperluan mengambil cuti dari bekerja untuk menghadiri temujanji dan isu pengangkutan.
Satu cara alternatif adalah terapi melalui internet dengan bimbingan atau tanpa bimbingan ahli terapi. Terapi kognitif dan tingkah laku berasaskan internet (I-C/BT) telah mendapat perhatian yang meluas dan kini diguna secara rutin untuk merawat kemurungan dan keresahan. Terdapat sedikit kajian I-C /BT untuk PTSD, namun penyelidikan semakin berkembang dan terdapat bukti yang semakin meningkat untuk keberkesanannya.
Kami bercakap dengan pengarang utama; Natalie Simon yang mengatakan " Kita sedang melalui masa yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan sementara kita belum dapat memastikan kesan penuh dari pandemik COVID-19, peningkatan pengalaman hidup PTSD adalah dijangkakan. Literatur menyerlahkan pandemik COVID-19 sebagai detik perubahan untuk peningkatan e-Kesihatan, walaupun dorongan untuk meningkatkan akses terhadap terapi psikologi sudah tentu jelas pra-pandemik, dengan peningkatan jumlah intervensi berasaskan internet yang digunakan untuk merawat keadaan kesihatan mental , termasuk PTSD.
Oleh itu, penemuan ulasan ini penting untuk memahami bukti yang semakin berkembang bagi terapi berasaskan internet untuk PTSD, dan tepat pada masanya memandangkan keperluan untuk menyediakan pilihan rawatan 'kalis COVID', dan alternatif untuk terapi secara bersemuka. Keberkesanan terapi kognitif dan tingkah laku berasaskan internet untuk PTSD adalah terbukti, dengan intervensi berpandu, bukan tanpa panduan, dan intervensi yang berfokus pada trauma, dan bukannya intervensi yang tidak berfokus pada trauma, didapati lebih berkesan dalam mengurangkan gejala PTSD.
Walau bagaimanapun, kajian lebih lanjut diperlukan dan adalah sangat menggalakkan untuk menemukan banyak kajian yang dirancang dan sedang dijalankan. "
Siapakah yang akan berminat dalam ulasan ini?
- Orang yang mempunyai PTSD serta keluarga dan rakan mereka.
- Profesional yang bekerja dalam perkhidmatan kesihatan mental.
- Pengamal perubatan umum.
- Pesuruhajaya.
Apakah soalan yang cuba dijawab oleh ulasan ini?
Dalam kalangan dewasa yang mempunyai PTSD, kami cuba menyelidik sama ada I-C/BT:
- lebih berkesan berbanding tiada terapi (senarai menunggu);
- Sama berkesan seperti terapi psikologi yang diberi oleh ahli terapi;
- Lebih berkesan daripada terapi psikologi lain yang diberi secara atas talian internet; atau
- lebih berkesan daripada pendidikan tentang keadaan yang disampaikan secara atas talian untuk mengurangkan gejala gejala PTSD dan memperbaiki kualiti hidup; atau
- kos efektif berbanding terapi bersemuka?
Kajian manakah yang dimasukkan dalam ulasan?
Kami mencari kajian-kajian rawak terkawal (kajian-kajian klinikal yang mana peserta dibahagikan secara rawak ke dalam satu daripada dua ataupun lebih kumpulan rawatan) yang menilai I-C/BT dalam kalangan PSTD dewasa, yang diterbitkan di antara 1970 dan 5 Jun 2020.
Kami memasukkan 13 kajian dengan 808 peserta.
Apakah soalan yang cuba dijawab oleh ulasan ini?
- Analisis melibatkan 10 kajian mendapati I-C/BT lebih berkesan daripada tiada terapi (senarai menunggu) dalam mengurangkan PTSD. Walau bagaimanapun, kepastian bukti sangat rendah, yang bermaksud kami mempunyai keyakinan yang sangat sedikit dengan penemuan ini.
- Analisis melibatkan dua kajian mendapati tiada perbezaan di antara I-C/BT dan terapi psikologi lain yang disampaikan atas talian. Walau bagaimanapun, kepastian bukti sangat rendah, yang bermaksud kami mempunyai keyakinan yang sangat sedikit dengan penemuan ini.
- Satu kajian mendapati bahawa bukan CBT secara bersemuka lebih berkesan daripada IC / BT. Walau bagaimanapun, garis dasar gejala PTSD adalah tidak dikawal dan kualiti bukti ini sangat rendah, yang membatasi keyakinan kami terhadap penemuan ini.
- Kami mendapati tidak ada kajian yang menggunakan ukuran penerimaan yang standard atau disahkan untuk memberitahu kami sama ada orang yang menerima IC / BT merasakan itu adalah rawatan yang boleh diterima.
- Kami tidak menemui kajian yang melaporkan keberkesanan kos I-C/BT.
Apa yang sepatutnya berlaku selepas ini?
Pangkalan bukti semasa sedang berkembang tetapi masih kecil. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sama ada I-C/BT patut digunakan sebagai rawatan rutin PTSD.
Khamis, 20 Mei 2021
Diterjemahkan oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh . Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.