Sukrosa untuk analgesia (penahan sakit) pada bayi yang baru lahir sedang menjalani prosedur yang menyakitkan

Soalan ulasan

Penyelidik Cochrane menyiasat bagaimana sukrosa (gula meja) berfungsi sebagai pelega kesakitan dalam bayi baru lahir yang mengalami prosedur yang menyakitkan (seperti suntikan, atau cucuk tumit, atau memasukkan jarum untuk mendapatkan sampel darah (venipuncture), atau pemeriksaan mata ). Tindakbalas bayi yang mangalami kesakitan (contohnya menangis, berkerut) telah dinilai oleh sistem skoring kesakitan yang digunakan oleh profesional bidang kesihatan untuk mengukur kesakitan yang dialami oleh bayi. Tambahan lagi, penyelidik mahu menyiasat sama ada tahap melegakan kesakitan berkaitan dengan dos sukrosa, atau kaedah penghantaran (contohnya, seperti campuran yang disembur ke dalam mulut, atau di atas puting penenang (juga dipanggil soother atau dummy), dan sama ada terdapat apa-apa kebimbangan keselamatan mengenai penggunaan sukrosa untuk melegakan kesakitan.

Latarbelakang

Walaupun ada cara untuk menguruskan kesakitan daripada pembedahan, penyakit dan prosedur utama, cara mencegah atau mengurangkan kesakitan daripada prosedur perubatan yang kecil (contohnya cucuk tumit dan venipuncture) sehingga baru-baru ini, telah berkurangan. Sukrosa telah dinilai untuk kesan menenangkan tangisan bayi baru lahir dan melegakan kesakitan daripada prosedur invasif pada bayi yang baru lahir cukup tempuh matang dan pra-matang .

Ciri-ciri kajian

Kami telah mencari kesusasteraan perubatan secara meluas sehingga Februari 2016 mengenai kajian yang menyiasat kesan sukrosa untuk melegakan kesakitan daripada prosedur perubatan kecil dikalangan bayi bagi jangka penuh dan bayi pra-matang. Kami memasukkan kajian rawak terkawal sahaja, kerana ini memberikan bukti perubatan yang paling boleh dipercayai. Kami mengenal pasti 74 kajian yang melaporkan sejumlah lebih dari 7000 bayi dalam Ulasan Cochrane ini.

Tiga puluh lapan kajian melibatkan bayi yang cukup bulan sahaja, 31 melibatkan bayi pra-matang sahaja, dan lima melibatkan kedua-dua bayi jangka penuh dan pra-matang. Cucuk tumit adalah prosedur yang menyakitkan dalam 38 kajian, dan venipuncture dalam sembilan kajiankajian baki menyiasat pelbagai lain prosedur kecil yang menyakitkan.

Kajian menggunakan pelbagai kaedah penghantaran untuk rumusan sukrosa (picagari, penitis atau puting sukrosa), serta pelbagai kepekatan dan jumlah dos. Rawatan sukrosa telah dibandingkan dengan memberi bayi isipadu air yang sama, puting penenang, penjagaan rutin, penyusuan susu ibu, 'pemudahan tucking' (memegang bayi dalam kedudukan lentur dengan tangan mendekati badan dan tangan diletakkan untuk menggalakkan penghisapan), akupunktur laser , lampin, kehangatan, krim anestetik untuk kulit (EMLA), atau gabungan ini.Kajian menggunakan lingkungan skala penilaian sakit untuk mengukur keputusan mereka.

Sumber pembiayaan kajian

Kami tidak mengenal pasti sebarang kajian-kajian yang menerima pembiayaan daripada industri.

Keputusan utama

Terdapat bukti yang berkualiti tinggi bahawa sukrosa mengurangkan pelbagai cara kesakitan pada bayi yang baru lahir semasa cucuk tumit, venipuncture dan suntikan intramuskular. Walau bagaimanapun, sukrosa tidak melegakan kesakitan semasa berkhatan. Terdapat bukti yang bercanggah bagi sukrosa sama ada mengurangkan kesakitan untuk lain prosedur kecil yang menyakitkan dan penyelidikan lanjut diperlukan untuk menyiasat ini dengan lebih teliti.

Dua puluh sembilan kajian melaporkan kesan buruk (kemudaratan daripada sukrosa dan rawatan lain) dan mendapati bahawa bilangan kejadian buruk yang kecil (contohnya tercekik atau tersumbat) adalah sangat rendah, dan adalah sama dalam kumpulan yang berbeza (yang tidak boleh dikaitkan dengan rawatan sukrosa). Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan.

Kualiti bukti

Walaupun sukrosa telah dikaji secara meluas sebagai pelega kesakitan untuk bayi yang baru lahir, kebanyakan kajian telah melibatkan beberapa bayi dan telah menggunakan pelbagai langkah mengukur kesakitan untuk menilai keberkesanannya. Terdapat bukti yang berkualiti tinggi bahawa sukrosa mengurangkan kesakitan semasa cucukan tumit, venipuncture dan suntikan intramuskular. Kualiti bukti adalah rendah atau sederhana yang memihak bagi penggunaan sukrosa untuk prosedur lain yang menyakitkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai.(Penang Medical College).Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd,JB) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.