Soalan kajian:Adakah memberi bayi pramatang susu ibu yang diperkaya dengan nutrien tambahan (termasuk protein dan tenaga) berbanding dengan susu ibu tanpa tambahan nutrien meningkatkan kadar pembesaran dan perkembangan?
Latar Belakang:Susu ibu sahaja tidak dapat memberikan bayi pramatang kuantiti nutrien yang mencukupi untuk menyokong pembesaran dan perkembangan yang optimum.Pelbagai nutrien tambahan (serbuk atau cecair daripada protein, tenaga daripada karbohidrat atau lemak dan nutrien lain, biasanya diekstrak dari susu lembu) boleh ditambah kepada susu ibu untuk menambahkan kandungan nutrien sebanyak 10%. Meyusu bayi pramatang, khasnya bayi yang sangat pramatang, dengan susu ibu yang diperkaya dengan pelbagai nutrien mungkin menambahkan pengambilan nutrien dan kadar pembesaran, dan mungkin meningkatkan perkembangan.
Ciri-ciri Kajian: Kami mendapati 14 kajian; kebanyakannya adalah kajian kecil (melibatkan sejumlah 1071 bayi) dengan metodologi yang kurang memuaskan.
Keputusan utama: Pemberian susu ibu yang diperkaya dengan pelbagai nutrien dikaitkan dengan peningkatan kecil dalam kadar berat badan dan panjang serta pembesaran kepala semasa kemasukan ke unit neonatal.Data adalah terhad tentang hasil pembesaran dan perkembangan yang menilai bayi sehingga berumur setahun lebih dan data-data ini tidak menunjukkan seberang kesan fortifikasi. Kajian-kajian melaporkan tiada bukti konsisten potensi faedah atau kemudaratan fortifikasi, termasuk kesan ke atas risiko penyusuan atau masalah usus.
Kesimpulan: Walaupun data kajian percubaan menunjukkan fortifikasi dengan pelbagai nutrien meningkatkan kadar pembesaran bayi pramatang semasa kemasukan hospital awal, data tidak memberikan bukti konsisten mengenai kesan pembesaran dan perkembangan untuk jangkamasa panjang. Kajiantambahan diperlukan untuk menyelesaikan isu ini.
Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my
https://www.cochrane.org/ms/CD000343/susu-ibu-diperkaya-dengan-pelbagai-nutrien-untuk-bayi-pramatang