Ulasan Rencana

Dekongestan hidung dalam monoterapi untuk selesema biasa

                                                         Dapatkah penggunaan dekongestan hidung sahaja melegakan gejala-gejala selsema?

Selsema, walaupun tidak serius, adalah penyakit biasa yang bertanggungjawab keatas kebanyakkan lawatan ke doktor keluarga dan kehilangan hari dari masa kerja dan sekolah. Gejala-gejala selsema boleh bertahan sehingga dua minggu dan meliputi hidung berair, sakit tekak, dan bersin. Tiada penawar untuk selsema; rawatan hanya dapat melegakan gejala-gejala sahaja. Ramai orang menggunakan ubat-ubatan tiruan seperti dekongestan hidung untuk merawat gejala-gejala selsema.

Sekumpulan pengarang Cochrane berpangkalan di Australia dan Belgium bekerjasama dengan Kumpulan Jangkitan Pernafasan akut Cochrane(Cochrane Acute Respiratory Infection) untuk menyiasat jika dekongestan hidung dapat membantu mengurangkan kesesakan hidung akibat selesema. 15 kajian dengan 1,838 peserta telah dilibatkan; 14 melibatkan hanya orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Enam kajian menggunakan satu dos dekongestan hidung dan diukur kesan pada hari ia digunakan. Sembilan kajian menggunakan beberapa dos dan kesan diukur diantara satu hingga 10 hari selepas pengunaan pertama. Sebelas kajian menggunakan tablet atau sirap dan empat kajian menggunakan semburan hidung. Sembilan kajian dibiayai oleh pengeluar ubat atau agensi-agensi dengan kepentingan komersial dalam hasil kajian. Sumber dana  adalah tidak jelas dalam enam kajian. Kualiti bukti telah dinilai sebagai rendah.

Ulasan Cochrane tidak dapat membuat kesimpulan tentang  dos-tunggal dekongestan hidung. Terdapat sedikit manfaat dalam kelegaan hidung tersumbat dari pelbagai dos, tetapi ia tidak jelas jika ini bermanfaat untuk pesakit. Tiada kajian yang melaporkan keseluruhan kesejahteraan pesakit. Tiada perbezaan dalam bilangan kejadian buruk di antara orang-orang yang menggunakan decongestant hidung dan orang-orang yang tidak. Ia tidak mungkin untuk menentukan sama ada terdapat kesan perbezaan antara tablet decongestant dan semburan hidung. Keputusan berkaitan dengan orang dewasa; tidak ada bukti mengenai keberkesanan atau keselamatan dekongestan hidung untuk kanak-kanak.

"Dekongestan hidung, yang boleh didapati sebagai tablet, semburan hidung, atau titik, boleh didapati di kaunter tanpa sekatan. Memandangkan betapa tidak selesanya gejala selsema, kebanyakkan orang mengunakan dekongestan hidung tetapi keberkesanan dan keselamatannya tidak jelas "kata Dr. Laura Deckx dari Universiti Queensland dan pengarang utama Ulasan Cochrane . "Memandangkan penggunaan dekongestan hidung yang tinggi adalah menghairankan bahawa begitu sedikit bukti boleh didapati. Berdasarkan bukti semasa terhad, kami tidak dapat membuat kesimpulan jika dengan hanya menggunakan dekongestan hidung adalah berkesan dan selamat untuk orang dewasa -  pengguna perlu mempertimbangkan apabila mencari di kedai ubat untuk melegakan gejala-gejala biasa selesema mereka ".

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Read the full Cochrane Review
Visit the Cochrane Acute Respiratory Infections website