Para penulis ingin menentukan sama ada pengapitan tali pusat lewat atau memerah tali pusat memperbaiki tahap kesihatan bayi yang lahir sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kaedah-kaedah ini dibandingkan dengan pengapitan tali pusat awal.
Bayi-bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37, atau bayi pramatang, mempunyai tahap kesihatan yang lebih teruk berbanding bayi-bayi yang lahir cukup bulan, terutamanya jika mereka dilahirkan sebelum 32 minggu. Mereka boleh mengalami masalah dengan fungsi organ-organ penting termasuk paru-paru, usus dan jantung, dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mati atau mempunyai masalah jangka masa panjang seperti cerebral palsy. Selepas kelahiran, bayi-bayi tersebut mungkin memerlukan transfusi darah dan ubat-ubatan untuk menguatkan kontraksi jantung (inotropes) dan untuk meningkatkan tekanan darah mereka. Ia adalah penting untuk mencari cara-ara untuk memperbaiki tahap kesihatan bayi-bayi ini.
Ketua pengarang Heike Rabe, Professor Perinatal Medicine dan Honorary Consultant Neonatologist di Brighton and Sussex Medical School berkata: “Pengapitan awal tali pusat telah menjadi amalan standard untuk bertahun-tahun lamanya. Ia membolehkan bayi untuk dibawa dengan cepat kepada penjagaan kumpulan doktor-doktor pakar sama ada di bahagian tepi bilik atau di bilik yang bersebelahan. Tetapi, pengapitan tali pusat yang dilewatkan untuk tiga puluh saat hingga tiga minit atau lebih membolehkan darah untuk mengalir secara berterusan di antara ibu dan bayi, dan perkara ini dapat membantu bayi untuk menyesuaikan diri untuk bernafas. Pememerahan darah tali pusat ke arah bayi (memerah tali pusat) boleh meningkatkan kandungan darah bayi tersebut, dan hal ini dapat membaiki tahap kesihatan bayi.”
“Kajian kami mendapati bahawa pengapitan tali pusat lewat, berbanding awal, dapat mengurangkan risiko kematian sebelum discaj untuk bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab hanya beberapa buah kajian hingga kini yang mengikuti perkembangan dan kesihatan bayi sehingga tempoh awal kanak-kanak dan terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang boleh dipercayai untuk menyediakan penjagaan masa terdekat bayi baru lahir di samping ibunya dengan tali pusat masih tercantum, maka penjagaan neonatal masa terdekat dengan tali pusat masih tercantum memerlukan kajian yang lebih lanjut.
Diterjemahkan oleh Nor Faezah Zainudin (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Dr Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus).