Latest Malay Review translations

Topeng hidung berbanding wayar kanula hidung untuk tekanan saluran udara positif secara berterusan pada bayi pramatang

1 year 5 months ago
Topeng hidung berbanding wayar kanula hidung untuk tekanan saluran udara positif secara berterusan pada bayi pramatang Mesej utama Topeng berbanding wayar kanula boleh mengurangkan risiko kegagalan rawatan tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) dan kecederaan hidung tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas risiko kematian atau komplikasi lain yang berkaitan dengan kelahiran pramatang. Apakah rawatan tekanan saluran udara positif berterusan? CPAP hidung ialah satu cara sokongan pernafasan yang kurang invasif jika dibandingkan dengan pengudaraan mekanikal (di mana...

Adakah pengambilan imunostimulan sebagai penambahan kepada ubat standard bermanfaat untuk orang yang mempunyai penyakit pulmonari obstruktif kronik, bronkitis kronik, atau kedua-duanya?

1 year 5 months ago
Adakah pengambilan imunostimulan sebagai penambahan kepada ubat standard bermanfaat untuk orang yang mempunyai penyakit pulmonari obstruktif kronik, bronkitis kronik, atau kedua-duanya? Mesej utama 1. Di kalangan orang dengan bronkitis kronik atau COPD, imunostimulan mungkin akan mengurangkan kemungkinan seseorang mengalami eksaserbasi dan memerlukan antibiotik untuk eksaserbasi. 2. Kami tidak pasti tentang kesan imunostimulan dalam mengurangkan risiko kematian, meningkatkan kualiti hidup, atau mengurangkan tempoh serangan atau tinggal di hospital. 3. Imunostimulan tidak dikaitkan dengan...

Intervensi penjagaan kulit untuk mencegah ekzema dan alahan makanan

1 year 5 months ago
Intervensi penjagaan kulit untuk mencegah ekzema dan alahan makanan Adakah melembabkan kulit bayi dapat mencegah ekzema atau alahan makanan? Mesej utama Rawatan penjagaan kulit pada bayi, seperti menggunakan pelembap pada kulit semasa tahun pertama kehidupan, mungkin tidak menghalang bayi daripada mengalami ekzema; boleh meningkatkan peluang alahan makanan; dan mungkin meningkatkan peluang jangkitan kulit. Ulasan ini melihat pencegahan ekzema dan alahan makanan sahaja. Rawatan penjagaan kulit masih penting untuk merawat ekzema. Apa itu alahan? Tindak balas imun adalah bagaimana tubuh...

Menyedut antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru dalam orang yang mengidapi fibrosis sistik

1 year 5 months ago
Menyedut antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru dalam orang yang mengidapi fibrosis sistik Soalan ulasan Adakah antibiotik yang disedut membantu melawan jangkitan berterusan dengan Pseudomonas aeruginosa pada penghidap cystic fibrosis (CF)? Mesej utama Ketika orang dengan CF semakin tua, mereka lebih cenderung untuk dijangkiti dengan Pseudomonas aeruginosa dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah punca utama jangkitan paru-paru kronik pada orang dengan CF. Kami ingin mengetahui sama ada antibiotik yang mensasarkan Pseudomonas aeruginosa akan mengurangkan kesan jangkitan apabila ia...

Perubahan persekitaran air yang kekal dan sementara yang manakah berfungsi lebih baik untuk mengurangkan malaria pada manusia pada nyamuk yang belum matang?

1 year 5 months ago
Perubahan persekitaran air yang kekal dan sementara yang manakah berfungsi lebih baik untuk mengurangkan malaria pada manusia pada nyamuk yang belum matang? Mengapa penting untuk mengurangkan malaria pada orang? Malaria mempunyai kesan yang sangat tinggi terhadap kesihatan orang ramai, kebanyakannya di Afrika dan Asia. Strategi untuk mengurangkan malaria telah dikaji selama bertahun-tahun. Kebanyakan strategi tertumpu kepada mengurangkan bilangan nyamuk tidak matang (larva dan pupa) untuk mengelakkannya daripada menjadi nyamuk dewasa, kerana nyamuk betina dewasa yang boleh menyebarkan...

Ubat untuk merawat sakit dan bius ketika penyejukan bayi baru lahir berikutan otak yang lemah semasa kelahiran (ensefalopati hipoksia-iskemia)

1 year 5 months ago
Ubat untuk merawat sakit dan bius ketika penyejukan bayi baru lahir berikutan otak yang lemah semasa kelahiran (ensefalopati hipoksia-iskemia) Soalan ulasan Adakah ubat-ubatan menyelamatkan nyawa, atau mengurangkan kesakitan dan bius, terhadap bayi baru lahir yang mempunyai pengoksigenan otak yang lemah semasa lahir ('hypoxic-ischaemic encephalopathy') dan yang sedang menjalani proses penyejukan? Latar belakang Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh merosakkan otak bayi yang baru lahir. Bayi dengan kerosakan otak yang kurang teruk mungkin pulih sepenuhnya atau hanya mengalami masalah yang...

Senaman untuk pesakit yang lebih tua semasa penginapan hospital yang tidak dirancang

1 year 5 months ago
Senaman untuk pesakit yang lebih tua semasa penginapan hospital yang tidak dirancang Mesej utama Mungkin terdapat faedah dalam beberapa rawatan senaman untuk orang dewasa yang lebih tua semasa penginapan hospital yang tidak dirancang, tetapi kami tidak dapat memastikannya. Intervensi senaman mungkin tidak menyebabkan bahaya; kami mendapati tiada peningkatan dalam risiko jatuh pada orang dewasa yang lebih tua apabila mereka berada di hospital. Apakah masalahnya? Orang dewasa yang lebih tua kebanyakan kehilangan keupayaan untuk menjalankan aktiviti harian mereka yang biasa selepas kemasukan ke...

Rawatan ubat untuk pencegahan serangan angioedema keturunan

1 year 5 months ago
Rawatan ubat untuk pencegahan serangan angioedema keturunan Apakah angioedema keturunan dan bagaimana ia ini dirawat? Angioedema keturunan (HAE) adalah keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa yang menyebabkan serangan akut (serangan mendadak) bengkak, sakit dan kualiti hidup yang berkurangan. Beberapa ubat baharu telah dihasilkan untuk merawat serangan akut dan mencegah serangan daripada berlaku. Sesetengah ubat diambil melalui mulut, manakala yang lain disuntik di bawah kulit, atau diberikan melalui vena terus ke dalam darah. Ubat yang diberikan pada masa ini untuk mencegah...

Rawatan keadaan keradangan mata dengan ubat-ubatan

1 year 5 months ago
Rawatan keadaan keradangan mata dengan ubat-ubatan Apakah matlamat ulasan ini? Dalam ulasan sistematik ini, kami mengkaji bukti yang ada tentang keberkesanan dan keselamatan beberapa ubat yang digunakan untuk merawat subset tertentu keadaan keradangan bahagian belakang mata. Mesej utama Kami mendapati bahawa ubat methotrexate mungkin lebih berkesan sedikit daripada mycophenolate. Selain itu, tiada bukti kukuh untuk mencadangkan satu ubat lebih berkesan atau selamat daripada yang lain. Apakah yang kami kaji dalam ulasan ini? Perantaraan, posterior, dan panuveitis tidak berjangkit (NIIPPU)...

Adakah lebih baik untuk memasukkan implan atau alat dalam rahim (gegelung) untuk perancangan keluarga dalam beberapa hari selepas bersalin atau tunggu 4 hingga 6 minggu?

1 year 5 months ago
Adakah lebih baik untuk memasukkan implan atau alat dalam rahim (gegelung) untuk perancangan keluarga dalam beberapa hari selepas bersalin atau tunggu 4 hingga 6 minggu? Apabila kami menggunakan istilah 'orang' dalam ringkasan ini, kami memaksudkan individu yang mempunyai keupayaan semasa untuk hamil. Mesej utama - Pemasukan implan perancang atau alat dalam rahim (IUD) dalam beberapa hari selepas bersalin (sisipan segera, semasa berada di hospital), dan bukannya menunggu 4 hingga 6 minggu untuk pemasukan (penyisipan tertunda), meningkatkan jumlah orang yang disisip. - Masa pemasukan membuat...

Sokongan untuk ibu-ibu yang memberi susu ibu

1 year 6 months ago
Sokongan untuk ibu-ibu yang memberi susu ibu Apakah isunya? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan bayi harus diberi susu ibu secara eksklusif sehingga usia enam bulan dengan meneruskannya sebagai satu komponen penting diet bayi sehingga sekurang-kurangnya usia dua tahun. Kita tahu bahawa penyusuan susu ibu adalah baik untuk kesihatan wanita dan bayi mahupun jangka masa pendek atau panjang. Bayi kurang cenderung mendapat jangkitan paru-paru atau usus. Mereka juga kurang cenderung untuk berat badan berlebihan dan mendapat diabetes pada masa hadapan. Ibu-ibu juga kurang cenderung...

Pengudaraan bukan invasif untuk orang yang mengalami apnea tidur pusat

1 year 6 months ago
Pengudaraan bukan invasif untuk orang yang mengalami apnea tidur pusat Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini? Ulasan ini melihat kesan pengudaraan bukan invasif (NIV) berbanding rawatan lain atau jenis NIV yang berbeza pada orang yang mengalami apnea tidur pusat (CSA), sejenis masalah di mana orang tersebut kerap berhenti bernafas semasa tidur kerana otak mereka gagal memberitahu otot mereka untuk mengambil masuk udara. CSA lebih kerap memberi kesan kepada lelaki dan orang yang mempunyai penyakit jantung kronik. Orang dengan CSA mungkin sering terjaga pada waktu malam, berasa sangat...

Kecederaan pada lapisan rahim untuk meningkatkan kadar kehamilan pada pasangan yang melakukan hubungan seksual atau sperma dimasukkan ke dalam rahim

1 year 6 months ago
Kecederaan pada lapisan rahim untuk meningkatkan kadar kehamilan pada pasangan yang melakukan hubungan seksual atau sperma dimasukkan ke dalam rahim Soalan ulasan Untuk menilai kesan dan tahap kesakitan ketika kecederaan ringan disengajakan pada lapisan rahim (endometrium) dalam melihat kemungkinan mempunyai bayi bagi wanita yang ingin hamil melalui hubungan seksual atau dengan memasukkan sperma ke dalam rahim ( inseminasi intrauterin (IUI)). Latar belakang Bagi wanita yang menjalani persenyawaan in vitro (IVF), ada kemungkinan kehamilan akan meningkat bila dengan sengaja mencederakan...

Antidepresan untuk osteoarthritis

1 year 6 months ago
Antidepresan untuk osteoarthritis Latar belakang Osteoartritis adalah penyakit sendi yang dicirikan oleh pengurangan rawan dan penyempitan ruangan antara sendi. Ia boleh mengakibatkan kesakitan, kecacatan dan ketidakupayaan. Ubat antidepresan dianggap mempengaruhi kesakitan dengan memodulasi laluan saraf dalam sistem saraf pusat. Kami berhasrat untuk menilai faedah klinikal dan kemudaratan antidepresan untuk kesakitan osteoarthritis lutut dan pinggul. Ciri-ciri kajian Ulasan ini adalah terkini hingga Januari 2021. Kami menyertakan sembilan ujian klinikal dengan 2122 peserta membandingkan...

Apakah faedah dan kemudaratan kortikosteroid topikal untuk merawat mata kering?

1 year 6 months ago
Apakah faedah dan kemudaratan kortikosteroid topikal untuk merawat mata kering? Apakah mata kering? Mata kering adalah keadaan biasa yang berlaku apabila air mata seseorang tidak dapat melincirkan mata mereka dengan secukupnya. Air mata boleh menjadi tidak cukup dan tidak stabil kerana banyak sebab. Sebagai contoh, mata kering mungkin berlaku apabila pengeluaran air mata berkurangan atau apabila kualiti air mata tidak baik. Ketidakstabilan air mata ini membawa kepada keradangan dan kerosakan pada permukaan mata. Mata kering adalah tidak selesa. Orang yang mempunyai mata kering sering berasa...

Kortikosteroid sistemik untuk sakit pinggang radikular dan bukan radikular

1 year 6 months ago
Kortikosteroid sistemik untuk sakit pinggang radikular dan bukan radikular Mesej utama Untuk sakit pinggang radikular: – kortikosteroid sistemik mungkin mempunyai faedah kecil pada kesakitan dan berfungsi tidak lama selepas rawatan (susulan jangka pendek), dan mungkin meningkatkan fungsi untuk seketika selepas rawatan (susulan jangka panjang); – faedah kelihatan kecil, tetapi kortikosteroid sistemik mungkin berguna kerana ia mempunyai sedikit kesan sampingan apabila digunakan untuk jangka masa yang singkat, tersedia secara meluas, dan mempunyai kos yang rendah; kortikosteroid sistemik...

Antihistamin untuk mencegah dan merawat mabuk perjalanan

1 year 6 months ago
Antihistamin untuk mencegah dan merawat mabuk perjalanan Apakah matlamat ulasan ini? Mabuk perjalanan, juga dikenali sebagai mabuk laut atau mabuk kereta, adalah satu set simptom - biasanya loya dan muntah. Gejala-gejala ini disebabkan oleh pergerakan pasif badan - di mana badan anda bergerak tanpa sedar anda membuatnya bergerak - sebagai tindak balas kepada gerakan sebenar (contohnya, memandu di dalam kereta atau berada di dalam bot), atau ilusi pergerakan apabila terdedah kepada maya pergerakan (contohnya, simulasi realiti maya) dan persekitaran visual bergerak (seperti melihat ke luar...

Terapi tambahan yang digunakan dengan terapi senaman untuk osteoarthritis pinggul atau lutut

1 year 6 months ago
Terapi tambahan yang digunakan dengan terapi senaman untuk osteoarthritis pinggul atau lutut Apakah matlamat ulasan ini? Osteoartritis, keadaan degeneratif kronik yang biasanya menjejaskan sendi pinggul dan lutut, menyebabkan kesakitan dan kesukaran aktiviti harian seperti berjalan. Terapi senaman berasaskan darat merujuk kepada senaman yang dijalankan di darat (berbanding dengan senaman di dalam air) dan merupakan rawatan lini pertama. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada penambahan terapi tambahan kepada terapi senaman berasaskan darat meningkatkan kesakitan, fungsi, kualiti...

Bolehkah ujian untuk menguji keradangan membantu doktor memutuskan sama ada untuk menggunakan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan?

1 year 6 months ago
Bolehkah ujian untuk menguji keradangan membantu doktor memutuskan sama ada untuk menggunakan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan? Mesej utama 1. Apabila pesakit mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan di pejabat doktor, penggunaan ujian titik penjagaan protein C-reaktif oleh doktor semasa lawatan mungkin mengurangkan bilangan pesakit yang diberi preskripsi antibiotik, tanpa menjejaskan proses pemulihan pesakit. 2. Kami tidak tahu sama ada ujian penanda aras procalcitonin mempunyai kesan ke atas penggunaan antibiotik atau pemulihan pesakit. 3. Kajian masa depan harus memberi...

Apakah manfaat dan risiko pembedahan rekonstruktif untuk merawat ulser tekanan?

1 year 6 months ago
Apakah manfaat dan risiko pembedahan rekonstruktif untuk merawat ulser tekanan? Mesej utama - Kami tidak pasti akan manfaat dan risiko pembedahan rekonstruktif (juga dikenali sebagai pembedahan plastik) untuk merawat ulser tekanan (juga dikenali sebagai luka katil, luka tekanan atau kecederaan tekanan). - Kami mendapati satu kajian kecil (20 peserta) yang menyelidik pembedahan rekonstruktif untuk ulser tekanan yang dalam dan sukar sembuh, namun kami tidak dapat mencapai sebarang kesimpulan daripada keputusan yang dilaporkan. - Kajian lebih besar yang direka dengan baik diperlukan untuk...
Checked
5 hours 3 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed