Latest Malay Review translations

Kemajuan yang lambat dalam suapan susu untuk mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir

2 years 8 months ago
Kemajuan yang lambat dalam suapan susu untuk mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir Soalan ulasan Adakah dengan menghadkan kadar peningkatan dalam suapan susu yang bayi lahir di mana berat badan adalah sangat rendah menerima setiap hari dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran dapat mengurangkan risiko masalah usus yang teruk? Latar belakang Bayi yang sangat pramatang (lahir lapan minggu lebih awal) atau dengan berat badan yang sangat rendah (bayi dengan berat badan <1500 gram semasa kelahiran) adalah berisiko mengalami...

Rituximab untuk membasmi perencat pada orang dengan hemofilia A perolehan

2 years 8 months ago
Rituximab untuk membasmi perencat pada orang dengan hemofilia A perolehan Soalan ulasan Adakah ubat rituximab selamat dan berkesan untuk merawat penderita hemofilia A perolehan? Latar belakang Hemofilia A perolehan adalah penyakit pendarahan yang jarang berlaku tetapi teruk. Ia disebabkan oleh autoantibodi yang menentang faktor VIII (FVIII, sejenis protein pembekuan darah) pada pesakit-pesakit yang tidak mempunyai penyakit gangguan pembekuan darah sebelumnya. Gangguan pembekuan darah ini lebih kerap berlaku dalam kalangan orang tua dan mungkin berkait dengan beberapa keadaan lain (seperti...

Penggunaan hormon pertumbuhan rekombinan untuk membantu peertumbuhan dan kesihatan dalam kanak-kanak dan dewasa muda dengan sistik fibrosis

2 years 8 months ago
Penggunaan hormon pertumbuhan rekombinan untuk membantu peertumbuhan dan kesihatan dalam kanak-kanak dan dewasa muda dengan sistik fibrosis Soalan ulasan Kami mengulas bukti mengenai kesan hormon pertumbuhan rekombinan (rhGH) atas kesihatan pesakit dengan sistik fibrosis (CF). Latar belakang CF merupakan penyakit yang diwarisi yang menyebabkan penyakit di dalam paru-paru, sitem pencernaan dan pankreas. Pesakit dengan CF adalah kerap kurang berat badan dan mengalami pertumbuhan terbantut, yang mungkin menjejaskan fungsi paru-paru. Tambahan pemakanan mungkin tidak mencukupi dan cadangan telah...

Rawatan mana yang terbaik untuk gejala dalam kalangan pesakit COVID-19 di penghujung hayat?

2 years 8 months ago
Rawatan mana yang terbaik untuk gejala dalam kalangan pesakit COVID-19 di penghujung hayat? Beban gejala di penghujung hayat pesakit COVID-19 dan rawatan yang bermanfaat Pesakit COVID-19 mungkin menunjukkan gejala seperti sesak nafas atau kecelaruan di penghujung hayat. Tujuan perubatan paliatif adalah untuk melegakan gejala tersebut dengan rawatan khusus. Rawatan boleh berbentuk ubat-ubatan seperti opiod atau bukan ubat-ubatan seperti teknik pernafasan atau relaksasi. Apakah matlamat ulasan ini? Untuk mengetahui sejauh mana pelbagai intervensi (ubat dan bukan ubat) berkesan untuk rawatan...

Kesan strategi-strategi diagnostik untuk tuberkulosis menggunakan ujian lipoarabinomannan air kencing aliran lateral pada orang yang hidup dengan HIV

2 years 8 months ago
Kesan strategi-strategi diagnostik untuk tuberkulosis menggunakan ujian lipoarabinomannan air kencing aliran lateral pada orang yang hidup dengan HIV Apakah matlamat ulasan ini? Tuberkulosis adalah penyebab utama kematian pada orang yang hidup dengan HIV. Penyakit ini sangat sukar didiagnosis pada orang yang hidup dengan HIV, kerana sering kali mencabar untuk menghasilkan kahak untuk tujuan diagnosis. Ujian lipoarabinomannan air kencing aliran lateral (LF-LAM) adalah ujian pantas yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu dalam pengesanan tuberkulosis aktif pada...

Selang penyusuan pendek berbanding panjang untuk penyusuan bolus pada bayi yang sangat pramatang

2 years 8 months ago
Selang penyusuan pendek berbanding panjang untuk penyusuan bolus pada bayi yang sangat pramatang Soalan ulasan Adakah selang penyusuan yang pendek (contohnya, dua jam atau kurang) lebih baik penerimaannya berbanding selang penyusuan yang lebih panjang (tiga jam atau lebih) bagi aturan penyusuan pada bayi yang sangat pramatang? Latar belakang Penyusuan bayi yang sangat pramatang, dilahirkan kurang daripada 32 minggu tempoh kehamilan, adalah satu cabaran yang besar. Mereka mempunyai usus belum matang yang boleh membawa masalah yang pelbagai, daripada ringan (tidak menerima pemakanan) kepada...

Terapi penggantian faktor pembekuan berkala untuk mencegah kerosakan sendi pada orang yang hidup dengan hemofilia A atau B yang teruk

2 years 8 months ago
Terapi penggantian faktor pembekuan berkala untuk mencegah kerosakan sendi pada orang yang hidup dengan hemofilia A atau B yang teruk Soalan Ulasan Patutkah mereka yang sebelumnya telah dirawat untuk pendarahan sendi, diberikan rawatan pencegahan secara berkala dengan pekatan faktor pembekuan untuk menguruskan keadaan mereka? Latar belakang Hemofilia A dan B adalah gangguan pendarahan yang diwarisi berkaitan X yang mana pendarahan ke dalam sendi adalah masalah utama. Pendarahan sendi yang berulang boleh menyebabkan sendi yang terjejas (biasanya disebut sebagai 'sendi sasaran') menjadi rosak...

Adakah pengawalan yang diselia selepas pemulihan pulmonari berkesan berbanding dengan penjagaan biasa pada orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik?

2 years 8 months ago
Adakah pengawalan yang diselia selepas pemulihan pulmonari berkesan berbanding dengan penjagaan biasa pada orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik? Latar belakang Pemulihan pulmonari sangat berguna bagi orang yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Pemulihan pulmonari dapat memberikan peningkatan yang ketara dalam pemulihan gejala, kualiti hidup, toleransi bersenam, dan mengurangkan kemasukan ke hospital. Ulasan ini mempertimbangkan sama ada program pengawalan pemulihan adalah bermanfaat. Pengawalan pemulihan adalah latihan senaman yang diselia yang ditawarkan...

Penggunaan saliran selepas pembedahan apendik untuk keradangan apendik yang rumit

2 years 8 months ago
Penggunaan saliran selepas pembedahan apendik untuk keradangan apendik yang rumit Soalan ulasan Adakah pengaliran mengurangkan abses intra-peritoneal (suatu koleksi nanah dalam perut dan pelvis) akan berlaku selepas appendektomi (penghapusan apendiks oleh laparotomi (luka kecil melalui dinding perut) atau apendektomi terbuka (penghapusan apendiks melalui sayatan besar di bahagian bawah perut)) untuk radang pendik? Mengapakah hal ini penting? 'Apendisitis' merujuk pada keradangan (reaksi bahagian tubuh terhadap kecederaan atau jangkitan, yang ditandai dengan pembengkakan, panas, dan sakit)...

Adakah reka bentuk kanta pengganti yang digunakan dalam pembedahan katarak membantu menghentikan pengaburan kanta baru bila berada di dalam mata?

2 years 8 months ago
Adakah reka bentuk kanta pengganti yang digunakan dalam pembedahan katarak membantu menghentikan pengaburan kanta baru bila berada di dalam mata? Mesej utama Dalam pembedahan katarak, kanta pengganti yang mempunyai reka bentuk pinggir yang tajam kurang cenderung untuk kabur di permukaannya daripada kanta dengan pinggir yang bulat. Orang yang diberikan kanta baru dengan pinggir tajam mungkin mempunyai penglihatan yang lebih jelas, dan mungkin kurang memerlukan pembedahan laser, daripada orang yang diberikan kanta dengan pinggir bulat. Bagaimanakah katarak dirawat? Kanta ialah cakera kecil,...

Rawatan helium-oksigen (heliox) untuk kanak-kanak dengan krup

2 years 8 months ago
Rawatan helium-oksigen (heliox) untuk kanak-kanak dengan krup Soalan ulasan Kami ingin tahu sama ada menyedut heliox adalah selamat dan bermanfaat dalam merawat kanak-kanak dengan krup berbanding rawatan palsu (plasebo) atau terapi lain seperti 30% oksigen lembap, atau 100% oksigen dengan epinefrin (adrenalin, sejenis ubat yang membantu membuka saluran pernafasan). Latar belakang Krup adalah penyakit jangka pendek yang mengakibatkan saluran pernafasan atas tersumbat. Krup adalah lazim dalam kalangan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga tiga tahun, dan disebabkan oleh jangkitan virus;...

Adakah kortikosteroid (ubat anti-radang) yang diberikan secara oral atau melalui suntikan merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19?

2 years 8 months ago
Adakah kortikosteroid (ubat anti-radang) yang diberikan secara oral atau melalui suntikan merupakan rawatan yang berkesan untuk pesakit COVID-19? Mesej utama • Kortikosteroid (ubat anti-radang) yang diberikan secara oral atau melalui suntikan (sistemik) mungkin merupakan rawatan yang berkesan bagi orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19. Kami tidak tahu sama ada kortikosteroid menyebabkan kesan yang tidak diingini. • Kami tidak tahu kortikosteroid sistemik yang mana paling berkesan. Kami tidak menemui bukti mengenai pesakit tanpa gejala atau dengan penyakit COVID-19 yang ringan...

Apakah faedah dan risiko katil, tilam dan pelapik untuk mencegah dan merawat ulser tekanan?

2 years 8 months ago
Apakah faedah dan risiko katil, tilam dan pelapik untuk mencegah dan merawat ulser tekanan? Gambaran keseluruhan menunjukkan banyak data dari kajian rawak terkawal dan mengandungi analisis lanjutan yang dikenali sebagai 'meta-analisis rangkaian'. Analisis ini memungkinkan perbandingan semua jenis permukaan sokongan untuk mencegah atau merawat ulser tekanan. Alat interaktif ini dapat membantu dalam pemanduan data https://stopthepressure.shinyapps.io/Cochrane_support_surface_reviews/. Mesej utama Tilam udara statik atau pelapik, tilam atau pelapik udara bertekanan bergantian, dan pelapik gel...

Tiub pemakanan enteral untuk orang yang mengalami demensia yang teruk

2 years 8 months ago
Tiub pemakanan enteral untuk orang yang mengalami demensia yang teruk Apa kelebihan dan masalah tiub pemakanan kepada orang yang mengalami demensia yang teruk? Mesej utama Tiub pemakanan mungkin tidak meningkatkan jangka hayat orang yang mengalami demensia yang teruk berbanding tanpa tiub pemakanan. Risiko mengalami kudis tekanan mungkin lebih tinggi dengan tiub pemakanan berbanding tanpa tiub. Tiada kajian yang melihat kualiti hidup. Kami memerlukan lebih banyak kajian yang lebih baik untuk mengkaji tiub pemakanan dalam orang yang mengalami demensia yang teruk. Kajian masa depan harus...

Tampalan sewarna berbanding tampalan amalgam untuk gigi kekal di bahagian belakang mulut

2 years 8 months ago
Tampalan sewarna berbanding tampalan amalgam untuk gigi kekal di bahagian belakang mulut Soalan ulasan Ulasan yang dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane menjelaskan kesan tampalan sewarna gigi (resin komposit) berbanding tampalan amalgam apabila diletak terus ke dalam kaviti gigi kekal di bahagian belakang mulut. Latar belakang Secara tradisional, tampalan logam yang dibuat daripada bahan berwarna perak yang dikenali sebagai amalgam telah diguna untuk merawat kerosakan gigi dengan berkesan dan murah; walau bagaimanapun, akibat rasa tidak senang dengan penampilan logam dan kebimbangan...

Ujian tempat rawatan untuk mengesan molekul virus HIV pada bayi dan kanak-kanak berumur 18 bulan atau kurang

2 years 8 months ago
Ujian tempat rawatan untuk mengesan molekul virus HIV pada bayi dan kanak-kanak berumur 18 bulan atau kurang Mengapakah penambahbaikan diagnosis jangkitan HIV adalah penting? Dianggarkan 1.5 juta bayi masih terdedah kepada HIV setiap tahun. Sekiranya tidak dirawat, kira-kira 50% hingga 60% bayi yang dijangkiti HIV akan mati pada usia dua tahun. Kanak-kanak yang dijangkiti sebelum kelahiran sangat berisiko tinggi untuk mati. HIV tidak boleh disembuhkan; namun, ada ubat yang menahan HIV, yang dikenali sebagai ubat antiretroviral (ART). Apabila HIV dikesan lebih awal, penyakit yang teruk dan...

Intervensi untuk tofus dalam penyakit gout

2 years 8 months ago
Intervensi untuk tofus dalam penyakit gout Latar belakang Gout adalah disebabkan oleh kristal urat yang terbentuk dalam atau di sekitar sendi. Keradangan boleh menyebabkan sendi terlibat menjadi sakit, merah, bengkak dan sukar disentuh atau digerakkan. Beberapa sebab orang mendapat gout termasuk faktor genetik, berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu (contohnya siklosporin), fungsi buah pinggang yang terjejas dan gaya hidup seperti minum alkohol dan minuman manis berlebihan. Tofus ialah nodul yang terbentuk dalam kalangan orang dengan gout kronik yang tidak terkawal. Tofus...

Prosedur manakah yang terbaik untuk merawat vena varikos di kaki?

2 years 8 months ago
Prosedur manakah yang terbaik untuk merawat vena varikos di kaki? Mesej utama Kami tidak pasti rawatan mana yang terbaik untuk vena varikos kerana kami hanya menemui sebilangan kecil kajian yang membandingkan pelbagai jenis rawatan, dan kerana kajian-kajian berbeza-beza dalam pengukuran keputusan. - Semua rawatan vena varikos sedia ada adalah serupa, sama ada rawatan tersebut merosakkan vena sepenuhnya, atau menghentikan darah daripada terkumpul di kaki, atau kedua-duanya (kejayaan teknikal). - Kami memerlukan kajian yang memberi lebih bukti tentang semua rawatan sedia ada. Apakah vena...

Ventilasi tidak invasif (ventilator) digunakan pada waktu malam oleh orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)

2 years 8 months ago
Ventilasi tidak invasif (ventilator) digunakan pada waktu malam oleh orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) Latar belakang: Ventilasi tidak invasif (NIV) adalah kaedah untuk membantu atau mengganti pernafasan spontan (atau pernafasan normal) dengan bantuan mesin yang disebut ventilator, menggunakan topeng yang dipasang di atas hidung atau kedua-dua hidung dan mulut. NIV boleh digunakan secara kronik (jangka panjang) di rumah orang tersebut sekiranya mereka mempunyai tahap karbon dioksida dalam darah mereka yang sentiasa terlalu tinggi. Kami ingin mengetahui sama ada...
Checked
8 hours 43 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed