Latest Malay Review translations

Intervensi untuk mengurangi kesilapan pengubatan dalam kalangan orang dewasa di hospital

2 years 5 months ago
Intervensi untuk mengurangi kesilapan pengubatan dalam kalangan orang dewasa di hospital Latar belakang soalan Kesan sampingan ubat (ADE) ialah keadaan akibat intervensi perubatan yang berkaitan dengan ubat. ADE kadangkala dikaitkan dengan kesilapan pengubatan. ADE dan kesilapan pengubatan boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk, kos dan juga kematian. Intervensi untuk mengurangi kesilapan pengubatan adalah termasuk pelarasan ubat, iaitu proses membandingkan pesanan ubat baru pesakit terhadap ubat-ubatan yang telah diambil oleh pesakit. Pelarasan ubat boleh dilakukan bersama-sama dengan...

Asid lemak omega-3 untuk kemurungan dalam kalangan orang dewasa

2 years 5 months ago
Asid lemak omega-3 untuk kemurungan dalam kalangan orang dewasa Mengapakah ulasan ini penting? Gangguan kemurungan utama (MDD) dicirikan oleh mood tertekan atau keseronokan atau minat yang berkurangan dengan ketara dalam semua aktiviti, atau kedua-duanya. Gangguan ini memberikan impak negatif pada individu dan masyarakat, seringkali dalam jangka masa panjang. Satu rawatan yang mungkin untuk MDD ialah asid lemak tak tepu n-3 (n-3PUFA), juga dikenali sebagai minyak omega-3, secara semula jadi ditemui dalam ikan berlemak, dalam beberapa makanan laut yang lain dan dalam beberapa kacang dan biji....

Topiramate untuk epilepsi myoklonik juvana (JME)

2 years 5 months ago
Topiramate untuk epilepsi myoklonik juvana (JME) Latar belakang Epilepsi myoklonik juvana (JME) dicirikan dengan renggutan (tanpa kawalan) involuntari otot dalam bahu dan tangan selepas bangun tidur, lazimnya bermula ketika kanak-kanak. Ciri-ciri kajian Kami mencari pangkalan data saintifik untuk kajian klinikal yang membandingkan ubat antiepilepsi, topiramate, dengan plasebo (rawatan palsu) atau ubat antiepilepsi lain dalam pesakit dengan JME. Kami ingin menilai berapa baiknya rawatan tersebut berjalan dan juga sekiranya ia mempunyai sebarang kesan sampingan. Keputusan utama Kami memasukkan...

Terapi tambahan bukan kortikosteroid untuk meningitis bakteria

2 years 5 months ago
Terapi tambahan bukan kortikosteroid untuk meningitis bakteria Soalan ulasan Kami ingin mengetahui sama ada terapi tambahan (terapi yang digunakan sebagai tambahan kepada kaedah rawatan standard) selain daripada kortikosteroid (sejenis ubat anti-radang) adalah lebih baik atau lebih teruk daripada rawatan standard (iaitu antibiotik, digunakan dengan atau tanpa kortikosteroid) sahaja atau dengan plasebo (rawatan palsu) dalam merawat orang dengan meningitis bakteria akut (jangkitan bakteria pada selaput yang mengelilingi dan melindungi otak). Untuk menjawab soalan ini, kami mengulas bukti yang...

Rawatan menggunakan pengayaan alam sekitar untuk menyokong pemulihan berikutan strok dan kecederaan otak lain yang tidak menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa (kecederaan otak tidak progresif)

2 years 5 months ago
Rawatan menggunakan pengayaan alam sekitar untuk menyokong pemulihan berikutan strok dan kecederaan otak lain yang tidak menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa (kecederaan otak tidak progresif) Latar belakang Pemulihan membantu pemulihan selepas strok dan kecederaan otak tidak progresif yang lain melalui terapi. Namun, di luar waktu terapi, orang mungkin mempunyai sedikit untuk memastikan mereka dirangsang. Pengayaan alam sekitar adalah konsep yang agak baru dalam pemulihan di mana persekitaran itu sendiri direka bentuk untuk menarik dan merangkumi aktiviti fizikal, pemikiran, dan sosial...

Memberikan maklumat kepada mangsa strok dan penjaga mereka

2 years 5 months ago
Memberikan maklumat kepada mangsa strok dan penjaga mereka Apakah matlamat ulasan ini? Kami mengulas bukti tentang kesan memberikan maklumat kepada orang selepas strok. Mereka adalah orang yang mengalami strok atau strok mini (serangan iskemia sementara (TIA)), atau penjaga mereka, seperti rakan dan keluarga. Kami terutamanya melihat kesan terhadap pengetahuan mereka tentang strok dan penjagaan strok, mood dan kualiti hidup mereka. Latar belakang Strok adalah kehilangan fungsi otak secara tiba-tiba yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah. Strok boleh membawa kepada kematian atau...

Patutkah makrolida digunakan untuk asma kronik?

2 years 5 months ago
Patutkah makrolida digunakan untuk asma kronik? Perkara utama: bukti sedia ada mencadangkan faedah makrolida berbanding plasebo untuk mengurangkan eksaserbasi yang memerlukan kemasukan ke hospital dan eksaserbasi teruk (ditakrif sebagai eksaserbasi yang memerlukan lawatan/rawatan jabatan kecemasan dengan steroid sistemik). Kesan makrolida terhadap hasil klinikal lain yang relevan seperti skala simptom dan fungsi paru-paru masih tidak jelas. Latar belakang Asma adalah penyakit kronik yang mana keradangan laluan udara menyebabkan batuk, berbunyi ketika bernafas dan masalah pernafasan. Mungkin...

Hormon pertumbuhan untuk persenyawaan in vitro (in vitro fertilisation, IVF)

2 years 5 months ago
Hormon pertumbuhan untuk persenyawaan in vitro (in vitro fertilisation, IVF) Soalan ulasan Penyelidik Cochrane mengulas bukti tentang pemberian hormon pertumbuhan sebagai rawatan tambahan kepada wanita yang menjalani IVF berbanding tidak memberikan rawatan ini kepada wanita. Latar belakang Semasa kitaran IVF, wanita perlu diberi terapi gonadotropin untuk merangsang ovari menghasilkan telur. Secara teorinya, penggunaan hormon pertumbuhan sebagai rawatan tambahan boleh meningkatkan tindak balas terapi gonadotropin. Kami menilai faedah dan risiko penggunaan hormon pertumbuhan berbanding tanpa...

Senarai semak dan pasukan pakar untuk mengenali dan menguruskan pesakit di hospital

2 years 5 months ago
Senarai semak dan pasukan pakar untuk mengenali dan menguruskan pesakit di hospital Apakah tujuan ulasan ini? Orang dewasa di hospital yang menjadi tidak sihat perlu dikenalpasti dengan cepat oleh kakitangan klinikal sebagai perlukan bantuan. Salah satu cara untuk melakukan ini ialah dengan cara doktor dan jururawat yang bekerja di wad hospital menggunakan senarai semak tanda-tanda vital (contohnya tekanan darah, nadi) untuk membantu mereka mengenali tanda-tanda bahawa pesakit tersebut semakin teruk. Senarai semak ini kemudiannya digunakan untuk merujuk pesakit kepada pasukan pakar terdiri...

Adakah vaksin campak, beguk, rubela dan varicella (MMRV) melindungi kanak-kanak, dan adakah ia menyebabkan kesan berbahaya?

2 years 5 months ago
Adakah vaksin campak, beguk, rubela dan varicella (MMRV) melindungi kanak-kanak, dan adakah ia menyebabkan kesan berbahaya? Latar belakang Campak, beguk, rubela (campak Jerman) dan varicella (cacar air) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Ia adalah paling lazim dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda. ia tidak selalu serius, tetapi boleh menyebabkan kecacatan (seperti pekak), komplikasi dan kematian. Jika wanita hamil mendapat rubella, ia boleh menyebabkan kehilangan (keguguran) atau bahaya kepada bayi yang belum lahir. Vaksin adalah ubat yang mencegah jangkitan oleh...

Suplemen vitamin C untuk pencegahan dan rawatan radang paru-paru (pneumonia)

2 years 5 months ago
Suplemen vitamin C untuk pencegahan dan rawatan radang paru-paru (pneumonia) Soalan ulasan Apakah peranan suplemen vitamin C dalam pencegahan dan rawatan radang paru-paru dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak berbanding tanpa suplemen? Latar belakang Radang paru-paru adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus, bakteria, dan kulat. Vitamin C berperanan dalam sistem imunisasi, oleh itu suplemen adalah penting dalam mencegah dan merawat radang paru-paru dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Kami telah menilai peranan vitamin C untuk pencegahan dan rawatan radang paru-paru. Tarikh carian Kami...

Penilaian rawatan yang berbeza untuk mengubah tekanan darah pada orang dengan pendarahan subarachnoid akut

2 years 5 months ago
Penilaian rawatan yang berbeza untuk mengubah tekanan darah pada orang dengan pendarahan subarachnoid akut Latar belakang Setiap tahun pendarahan subarachnoid, sejenis strok yang disebabkan oleh pendarahan ke ruang sekeliling otak, menjejaskan sembilan orang bagi setiap 100,000 populasi. Mortaliti (kematian) pendarahan subarachnoid adalah 30% hingga 45%, dan 20% yang terselamat menjadi bergantung dalam aktiviti kehidupan seharian. Pada masa ini, rawatan jangka pendek boleh melibatkan perubahan tekanan darah dan sama ada mendorong hipertensi (iaitu, meningkatkan tekanan darah), atau...

Palivizumab untuk pencegahan jangkitan virus sinsitium pernafasan pada kanak-kanak

2 years 5 months ago
Palivizumab untuk pencegahan jangkitan virus sinsitium pernafasan pada kanak-kanak Soalan ulasan Apakah manfaat dan kesan mudarat palivizumab untuk mencegah jangkitan virus pernafasan sinsitium (RSV) yang teruk pada kanak-kanak? Latar belakang RSV merupakan penyebab utama jangkitan pernafasan akut pada kanak-kanak terutamanya dalam tahun pertama kehidupan dan mengakibatkan sebanyak 33.1 juta jangkitan setahun. Dianggarkan 90.6% daripada episod jangkitan ini berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Jangkitan ini boleh disertai dengan simptom hidung berair, demam, batuk,...

Adakah siponimod merupakan rawatan yang berkesan untuk sclerosis berganda (multiple sclerosis, MS) dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini?

2 years 5 months ago
Adakah siponimod merupakan rawatan yang berkesan untuk sclerosis berganda (multiple sclerosis, MS) dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama - Kami tidak tahu sama ada siponimod adalah rawatan yang berkesan untuk orang dengan sclerosis berganda (MS). Pada dos 2mg sekali sehari, siponimod mungkin mengurangkan simptom berulang (kambuh semula, dikira sebagai kadar tahunan) selepas enam bulan rawatan dan boleh mengurangkan bilangan peserta yang kehilangan upaya bertambah teruk selepas tiga bulan rawatan. - Kami tidak tahu sama ada siponimod mengakibatkan kesan yang tidak...

Gabungan ubat manakah yang terbaik untuk mencegah loya dan muntah yang disebabkan oleh kemoterapi pada orang dewasa yang menghidap kanser?

2 years 5 months ago
Gabungan ubat manakah yang terbaik untuk mencegah loya dan muntah yang disebabkan oleh kemoterapi pada orang dewasa yang menghidap kanser? Beban loya dan muntah yang disebabkan oleh kemoterapi dan apakah yang membantu untuk mencegahnya? Dikalangan 70% hingga 80% orang dewasa yang menghidap kanser, kemoterapi menyebabkan loya dan muntah (CINV). Berdasarkan kepada jenis kemoterapi, rawatan boleh menyebabkan sakit secara kuat atau sederhana (dirujuk sebagai HEC (kemoterapi sangat emetogenik) dan MEC (kemoterapi emetogenik sederhana)). Gabungan pelbagai ubat telah menunjukkan manfaat yang tinggi...

Rawatan imunosupresif untuk orang dewasa dengan nefropati membran idiopatik

2 years 5 months ago
Rawatan imunosupresif untuk orang dewasa dengan nefropati membran idiopatik Apakah isunya? Nefropati membran primer (primary membranous nephropathy, PMN) adalah penyakit autoimun, di mana sistem imun badan menyerang buah pinggang. Istilah “primer” digunakan untuk menggambarkan nefropati membran yang tidak disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. PMN adalah penyebab utama sindrom nefrotik pada orang dewasa. Sindrom nefrotik adalah keadaan di mana membran buah pinggang rosak dan menjadi telap untuk protein. Nefropati membran primer didiagnos melalui penemuan dalam biopsi buah pinggang dan...

Perencat pengambilan semula serotonin terpilih untuk pemulihan strok

2 years 5 months ago
Perencat pengambilan semula serotonin terpilih untuk pemulihan strok Soalan ulasan Apakah kesan ubat perencat pengambilan semula serotonin terpilih (SSRI) terhadap pemulihan daripada strok? Latar belakang Strok adalah punca utama kehilangan upaya. Kehilangan upaya berkaitan dengan strok boleh merangkumi kesukaran dengan tugas harian seperti urusan tandas, mandi, dan berjalan kaki. Kadangkala kehilangan upaya adalah sangat parah sehingga seseorang bergantung kepada orang lain untuk melakukan aktiviti asas (ini dikenali sebagai 'pergantungan'). Kami telah menerbitkan kemas kini Ulasan Cochrane...

Adakah pasukan kepakaran campuran (pelbagai disiplin) cara terbaik untuk membantu orang tua pulih daripada patah tulang pinggul?

2 years 5 months ago
Adakah pasukan kepakaran campuran (pelbagai disiplin) cara terbaik untuk membantu orang tua pulih daripada patah tulang pinggul? Mesej utama - Berbanding dengan penjagaan biasa, penjagaan yang disediakan oleh pasukan profesional penjagaan kesihatan dengan kepakaran berbeza (pasukan pemulihan pelbagai disiplin) yang diketuai oleh pakar geriatrik atau pakar perubatan lain mungkin membantu lebih ramai orang tua di hospital untuk pulih selepas patah pinggul. - Kami tidak tahu sama ada pemulihan pelbagai disiplin adalah lebih baik daripada penjagaan biasa selepas keluar hospital kerana tiada...

Intervensi pembedahan untuk penanggalan rhegmatogenus retina: alternatif kepada vitrektomi

2 years 5 months ago
Intervensi pembedahan untuk penanggalan rhegmatogenus retina: alternatif kepada vitrektomi Soalan ulasan Kami mengemas kini ulasan ini dengan tujuan yang sama untuk memahami yang mana antara dua jenis teknik pembedahan, lengkokan sklera (SB) atau pneumatik retinopeksi (PR), adalah lebih sesuai untuk rawatan jenis penanggalan rhegmatogenus retina (RRD) yang tertentu. Latar belakang Penanggalan retina merupakan pemisahan retina, tisu di bahagian belakang mata yang sensitif terhadap cahaya, daripada lapisan asasnya yang melekat pada permukaan bahagian belakang mata. RRD berlaku apabila...

Kortikosteroid postnatal sistemik lewat (dari umur tujuh hari) untuk mencegah displasia bronkopulmonari dalam kalangan bayi pramasa

2 years 5 months ago
Kortikosteroid postnatal sistemik lewat (dari umur tujuh hari) untuk mencegah displasia bronkopulmonari dalam kalangan bayi pramasa Soalan ulasan: untuk menentukan manfaat dan mudarat berkaitan rawatan ubat-ubatan yang menyekat keradangan, yang disebut kortikosteroid, diberi selepas umur tujuh hari atau kemudian untuk mencegah atau merawat kecederaan paru-paru, yang dikenali sebagai displasia bronkopulmonari (kadangkala juga disebut penyakit paru-paru kronik), dalam kalangan bayi yang dilahirkan terlalu awal (pramasa). Latar belakang: kortikosteroid dapat mengurangkan keradangan paru-paru...
Checked
17 hours 27 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed