Latest Malay Review translations

Intervensi bukan farmakologi untuk mencegah pembekuan litar ekstrakorporeum semasa terapi penggantian buah pinggang berterusan

2 years 7 months ago
Intervensi bukan farmakologi untuk mencegah pembekuan litar ekstrakorporeum semasa terapi penggantian buah pinggang berterusan Apakah isunya? Kecederaan buah pinggang akut (AKI) adalah masalah utama pada orang yang mempunyai penyakit yang teruk. Dalam kes AKI yang teruk, terapi penggantian buah pinggang/dialisis (KRT) menggunakan litar adalah perlu. Terapi penggantian buah pinggang berterusan dilakukan secara berterusan selama 24 jam. Pembekuan litar CKRT boleh mengganggu rawatan ini. Untuk mengelakkan ini, pelbagai intervensi bukan farmakologikal (tidak menggunakan ubat) telah dikaji. Kami...

Apakah faedah dan risiko rawatan yang berbeza untuk exotropia berjeda (masalah koordinasi mata yang bermula daripada kanak-kanak)?

2 years 7 months ago
Apakah faedah dan risiko rawatan yang berbeza untuk exotropia berjeda (masalah koordinasi mata yang bermula daripada kanak-kanak)? Mesej utama · Menutup satu mata dengan tampalan meningkatkan koordinasi mata kanak-kanak dengan eksotropia berjeda lebih berkesan daripada pemantauan berkala oleh pakar mata. · Beberapa kajian membandingkan rawatan lain untuk eksotropia berjeda, dan rawatan yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai faedah dan risikonya. · Kajian yang dijalankan dengan baik diperlukan dalam bidang ini untuk meningkatkan pengurusan eksotropia berjeda. Apakah itu ekstropia...

Kemoterapi pasca pembedahan untuk kolangiokarsinoma yang sesuai dibuang melalui pembedahan

2 years 7 months ago
Kemoterapi pasca pembedahan untuk kolangiokarsinoma yang sesuai dibuang melalui pembedahan Soalan Ulasan Apakah faedah dan kemudaratan kemoterapi adjuvan pasca pembedahan (ubat yang diberikan selepas pembedahan, bertujuan untuk membunuh barah yang tersisa selepas pembedahan tersebut) berbanding dengan kemoterapi adjuvan bukan pasca pembedahan ataupun jenis atau bentuk kemoterapi lain pada individu yang menjalani pembedahan menyingkir kolangiokarsinoma (barah pada saluran hempedu) dengan niat untuk menyembuhkan. Latar belakang Kolangiokarsinoma adalah tumor agresif yang memerlukan pembedahan...

Ketamine dan lain-lain modulator reseptor glutamat untuk kemurungan dalam kalangan orang dewasa

2 years 7 months ago
Ketamine dan lain-lain modulator reseptor glutamat untuk kemurungan dalam kalangan orang dewasa Mengapakah ulasan ini penting? Kemurungan adalah salah satu gangguan mental yang paling kerap dialami, dianggarkan dialami oleh 350 juta orang di seluruh dunia. Ubat antikemurungan cenderung diberikan sebagai rawatan pertama bagi orang yang mengalami kemurungan major. Walau bagaimanapun, ubat ini hanya berkesan pada sekitar satu daripada empat orang dalam setahun. Ubat-ubatan alternatif yang berkesan untuk mengatasi kemurungan sangat diperlukan, terutamanya untuk rawatan yang cepat. Satu kumpulan...

Rawatan tanpa ubat untuk gagap pada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah

2 years 7 months ago
Rawatan tanpa ubat untuk gagap pada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sekiranya rawatan tanpa ubat untuk gagap dapat meningkatkan kefasihan pertuturan, sikap komunikasi kanak-kanak dan kesannya terhadap kualiti hidup mereka, dan kemungkinan berlakunya kesan berbahaya pada anak berusia enam tahun ke bawah, dalam jangka masa pendek dan panjang. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan menjumpai empat kajian. Mesej utama Program Lidcombe mungkin mengakibatkan frekuensi...

Apakah faedah dan risiko suntikan tunggal ibuprofen (ubat anti-radang) untuk melegakan kesakitan jangka masa pendek selepas pembedahan pada orang dewasa?

2 years 7 months ago
Apakah faedah dan risiko suntikan tunggal ibuprofen (ubat anti-radang) untuk melegakan kesakitan jangka masa pendek selepas pembedahan pada orang dewasa? Mesej utama - Tidak ada bukti yang mencukupi untuk menentukan sama ada ibuprofen intravena (suntikan ke dalam vena) adalah rawatan yang berkesan untuk orang dewasa yang mengalami kesakitan selepas pembedahan atau jika ia boleh membahayakan mereka. - Ia akan bermanfaat sekiranya kajian masa depan mengenai topik ini dirancang dengan baik dengan bilangan pesakit yang ramai untuk menentukan sama ada ibuprofen adalah rawatan yang berkesan untuk...

Pendekatan mana yang membantu penghidap COPD untuk terus mengambil ubat seperti yang ditetapkan?

2 years 7 months ago
Pendekatan mana yang membantu penghidap COPD untuk terus mengambil ubat seperti yang ditetapkan? Soalan ulasan Pendekatan manakah yang membantu orang untuk terus mengambil ubat yang ditetapkan, memperbaiki kualiti hidup dan mengurangkan kemasukan ke hospital bagi orang dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)? Latar belakang COPD adalah keadaan paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan jangka panjang dan merangkumi gejala seperti sesak nafas. Ubat-ubatan memang wujud bagi membantu tetapi kadang-kadang orang tidak mengambilnya seperti yang ditetapkan. Pendekatan yang...

Pengurusan penyakit bersepadu untuk pesakit dengan penyakit pulmonari obstruktif kronik

2 years 7 months ago
Pengurusan penyakit bersepadu untuk pesakit dengan penyakit pulmonari obstruktif kronik Apakah kesan program pengurusan penyakit bersepadu (IDM) terhadap kualiti hidup, kemampuan untuk bersenam, dan jumlah serangan paru-paru dibandingkan dengan perawatan biasa pada orang dengan penyakit paru obstruktif kronik (COPD)? Latar belakang Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit paru-paru kronik dan punca utama kesihatan terjejas di seluruh dunia. Orang dengan COPD merasakan kesan penyakit dalam kehidupan seharian mereka melalui gejala seperti sesak nafas dan batuk dan gejala...

Kemoterapi dos tinggi (HDC) dan pemindahan sel hematopoietik autologous (AHCT) untuk kanak-kanak, remaja, dan belia dengan pengulangan pertama sarkoma Ewing

2 years 7 months ago
Kemoterapi dos tinggi (HDC) dan pemindahan sel hematopoietik autologous (AHCT) untuk kanak-kanak, remaja, dan belia dengan pengulangan pertama sarkoma Ewing Soalan ulasan Kami mencari bukti mengenai sama ada HDC bersama AHCT memperbaiki kelangsungan hidup tanpa peristiwa, kelangsungan hidup keseluruhan, kelangsungan hidup yang disesuaikan dengan kualiti, dan kelangsungan hidup bebas perkembangan adalah lebih baik daripada kemoterapi konvensional dalam kanak-kanak, remaja, dan belia dengan pengulangan pertama sarkoma Ewing. Kami juga mencari kesan sampingan yang berlaku akibat rawatan ini....

Kemoterapi dos tinggi dan transplantasi sel hematopoiesis untuk kanak-kanak, remaja dan orang muda yang di diagnos dengan sarkoma Ewing metastatik primer

2 years 7 months ago
Kemoterapi dos tinggi dan transplantasi sel hematopoiesis untuk kanak-kanak, remaja dan orang muda yang di diagnos dengan sarkoma Ewing metastatik primer Soalan Ulasan Kami mencari bukti sama ada kemoterapi dos tinggi serta transplantasi sel haematopoiesis autologus (infusi intravena sel stem yang dikumpul terlebih dahulu dari pesakit untuk memulakan semula sumsum tulang) memperbaik survival tanpa peristiwa, survival keseluruhan, survival pelarasan kualiti dan survival bebas progresi lebih baik berbanding kemoterapi konvensional dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dan orang muda dengan...

Adakah antibodi monoklonal khusus COVID-19 buatan makmal berkesan untuk rawatan COVID-19?

2 years 7 months ago
Adakah antibodi monoklonal khusus COVID-19 buatan makmal berkesan untuk rawatan COVID-19? Mesej utama - Kami tidak tahu sama ada antibodi (pertahanan semulajadi tubuh terhadap penyakit) yang dibuat di makmal yang sama antara satu sama lain (monoklonal) dan direka bentuk untuk mensasarkan COVID-19, adalah rawatan yang berkesan untuk COVID-19 kerana kami hanya menilai enam kajian yang meneroka rawatan yang berbeza dalam kalangan jenis pesakit yang berlainan. - Kami mengenal pasti 36 kajian yang sedang berlangsung yang akan memberi lebih banyak bukti apabila lengkap. - Kami akan mengemas kini...

Adakah penggunaan ubat untuk menyekat hormon oxytocin dapat membantu wanita yang menjalani pemindahan embrio sebagai rawatan kesuburan meningkatkan peluang untuk mengandung?

2 years 7 months ago
Adakah penggunaan ubat untuk menyekat hormon oxytocin dapat membantu wanita yang menjalani pemindahan embrio sebagai rawatan kesuburan meningkatkan peluang untuk mengandung? Soalan Ulasan Apakah faedah dan risiko menggunakan ubat untuk menyekat hormon oxytocin bagi wanita yang menjalani pemindahan embrio? Latar belakang Pemindahan embrio (embryo transfer, ET) adalah langkah penting teknologi pembiakan dibantu (assisted reproductive technology, ART), dan melibatkan meletakkan satu atau lebih embrio (telur yang disenyawakan) ke dalam rahim. Pengecutan pada lapisan rahim adalah gerakan pada...

Penyinaran separa payudara untuk kanser payudara awal

2 years 7 months ago
Penyinaran separa payudara untuk kanser payudara awal Apakah isunya? Kanser payudara adalah kanser paling lazim dalam kalangan wanita. Wanita dengan kanser payudara awal yang memilih untuk mengekalkan payudara perlu radioterapi (RT) dan juga pembedahan untuk membuang kanser tersebut bagi memastikan ia tidak tumbuh semula di payudara. RT adalah rawatan x-ray beradiasi tinggi. Mengguna RT untuk kanser payudara sering melibatkan 15 hingga 30 lawatan ke jabatan RT, lima kali seminggu. Jika kanser payudara tumbuh kembali pada payudara yang sama (dipanggil berulang tempatan), ia cenderung untuk...

Flap trabekulektomi konjunktiva berdasarkan fornix berbanding berdasarkan limbal untuk glaukoma

2 years 8 months ago
Flap trabekulektomi konjunktiva berdasarkan fornix berbanding berdasarkan limbal untuk glaukoma Yang manakah berfungsi lebih baik pada orang dewasa dengan glaukoma: sayatan pembedahan berdasarkan fornix atau limbal untuk pembedahan saliran? Kami mengulas bukti untuk faedah dan risiko dua pendekatan utama (sayatan berdasarkan fornix berbanding berdasarkan limbal) untuk pembedahan saliran (trabekulektomi) pada orang dewasa dengan glaukoma. Mengapa soalan ini penting? Glaukoma merupakan salah satu penyebab utama buta yang boleh dicegah di dunia. Apabila rawatan perubatan dengan ubat titisan...

Adakah pembuangan bulu sebelum pembedahan dapat mencegah jangkitan setelah pembedahan?

2 years 8 months ago
Adakah pembuangan bulu sebelum pembedahan dapat mencegah jangkitan setelah pembedahan? Mesej-mesej Utama? Dibandingkan dengan tanpa pembuangan bulu: · kemungkinan terdapat lebih banyak jangkitan kawasan pembedahan apabila bulu dibuang melalui kaedah mencukur dengan pisau cukur; · pembuangan bulu dengan mesin gunting rambut dan krim mungkin hanya membawa sedikit perbezaan pada jumlah jangkitan; Mesin gunting rambut dan krim pembuangan bulu mungkin menyebabkan pengurangan jangkitan berbanding bercukur menggunakan pisau cukur. Pembuangan bulu pada hari pembedahan dan bukannya sehari sebelum...

Suntikan glukokortikoid berpandukan imej berbanding suntikan glukokortikoid secara buta untuk sakit bahu

2 years 8 months ago
Suntikan glukokortikoid berpandukan imej berbanding suntikan glukokortikoid secara buta untuk sakit bahu Latar belakang Kesakitan bahu sering kali disebabkan oleh penyakit rotator cuff, atau capsulitis melekat ('bahu beku'). Rotator cuff adalah sekumpulan tendon yang memegang sendi bahu pada setempat yang membolehkan orang mengangkat lengan. Kesakitan bahu boleh dikaitkan dengan kehausan atau keradangan pada tendon bahu, dan tekanan tulang yang terlaluu banyak pada tendon ketika mengangkat lengan (penyekatan). Kedua-dua keadaan menyebabkan kesakitan dengan pergerakan dan sering kali...

Imbasan ultrasound rutin untuk bayi sebelum 24 minggu kehamilan.

2 years 8 months ago
Imbasan ultrasound rutin untuk bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Kami berusaha untuk menentukan kesan imbasan ultrasound rutin pada awal kehamilan (sebelum 24 minggu). Ini dibandingkan dengan tidak ada imbasan sama sekali, atau imbasan hanya ketika ada masalah klinikal yang disyaki, seperti jika wanita itu mengalami pendarahan vagina, atau bayi berisiko tinggi mengalami kelainan. Apakah isunya? Imbasan ultrasound menghantar gelombang bunyi frekuensi tinggi yang diarahkan ke kawasan yang sedang diperiksa, dan menggunakan bunyi yang dipantulkan untuk membuat imej. Ulasan ini mempertimbangkan...

Colchicine untuk merawat serangan gout akut

2 years 8 months ago
Colchicine untuk merawat serangan gout akut Latar belakang Gout adalah penyebab yang lazim bagi artritis keradangan (sakit, kemerahan, kepansan dan bengkak pada sendi yang terlibat) dan disebabkan pembentukan kristal-kristal urate sama ada di dalam ataupun di sekeliling sendi-sendi. Asid urik adalah bahan kumuhan yang biasanya dibuang bersama air kencing. Walaubagaimanapun, dalam kes gout, terdapat sama ada penghasilan asid urik yang berlebihan ataupun badan tidak mampu membuangnya dengan cukup pantas, atau kedua-duanya sekali. Serangan gout biasanya berlaku dengan cepat dan biasanya reda...

Suplemen vitamin D untuk penyakit hati kronik

2 years 8 months ago
Suplemen vitamin D untuk penyakit hati kronik Soalan ulasan Adakah suplemen vitamin D bermanfaat atau membahayakan orang dewasa yang mempunyai penyakit hati kronik? Latar belakang Bukti yang sedia ada pada vitamin D dan penyakit hati kronik pada orang dewasa tidak dapat dibuat kesimpulan. Tujuan ulasan sistematik ini (ringkasan keputusan kajian penjagaan kesihatan yang ada) adalah untuk menganalisis manfaat dan bahaya dari pelbagai bentuk vitamin D pada orang yang mempunyai penyakit hati kronik. Ciri-ciri kajian Dua puluh tujuh kajian dengan 1979 orang dewasa yang memberikan data untuk...

Pentoxifylline untuk wanita dengan endometriosis

2 years 8 months ago
Pentoxifylline untuk wanita dengan endometriosis Soalan ulasan Kami mengkaji keberkesanan dan keselamatan merawat wanita dengan endometriosis yang diketahui dengan pentoxifylline untuk mengetahui sama ada ianya dapat membaikpulih gejala kesakitan dan hasil kesuburan. Pentoxifylline adalah imunomodulator (bahan yang mempunyai kesan pada sistem imun) yang mungkin menawarkan pendekatan alternatif untuk merawat keadaan ini. Kami bertujuan untuk membandingkan pentoxifylline dengan tiada rawatan atau plasebo (rawatan palsu), rawatan perubatan lain, atau rawatan pembedahan. Latar belakang...
Checked
23 hours 5 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed