Latest Malay Review translations

Alat untuk memantau secara berterusan kadar gula (glukosa) dalam darah pada bayi baru lahir yang pramatang

2 years 4 months ago
Alat untuk memantau secara berterusan kadar gula (glukosa) dalam darah pada bayi baru lahir yang pramatang Soalan ulasan Apakah faedah dan kemudaratan penggunaan pengesan subkutan (di bawah kulit) untuk pemantauan berterusan glukosa (CGM) dengan atau tanpa algoritma (satu set peraturan matematik) untuk membetulkan terlalu tinggi atau terlalu rendah ​​​​​ ​ tahap glukosa darah berbanding kaedah berkala untuk mengukur glukosa darah dengan atau tanpa algoritma untuk membimbing pembetulan glukosa darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah pada bayi pramatang 1. berisiko terlalu tinggi atau...

Adakah ianya selamat untuk menggunakan kiraan darah yang lebih rendah (paras hemoglobin) sebagai pencetus untuk transfusi darah demi mengurangkan transfusi darah?

2 years 4 months ago
Adakah ianya selamat untuk menggunakan kiraan darah yang lebih rendah (paras hemoglobin) sebagai pencetus untuk transfusi darah demi mengurangkan transfusi darah? Mesej utama • Tiada bukti bahawa pemberian transfusi darah kepada pesakit dengan kiraan darah rendah (paras hemoglobin 7.0 g/dL sehingga 8.0 g/dL) berbanding kiraan darah tinggi (paras hemoglobin 9.0 g/dL sehingga 10.0 g/dL) mempengaruhi risiko kematian, serangan jantung, infarksi miokardium, strok, pneumonia, pembekuan darah atau jangkitan. • Pemindahan darah hanya kepada pesakit dengan kiraan darah rendah (paras hemoglobin 7.0...

Intervensi sokongan rakan sebaya untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dengan keperluan yang kompleks

2 years 4 months ago
Intervensi sokongan rakan sebaya untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dengan keperluan yang kompleks Soalan ulasan Ulasan ini menilai sama ada intervensi sokongan rakan sebaya meningkatkan hasil untuk ibu bapa dan orang lain yang menjaga kanak-kanak dengan pelbagai keperluan yang kompleks (seperti penyakit akut yang kronik atau teruk, hilang upaya, atau perkembangan yang lewat). Latar belakang Ibu bapa dan penjaga keluarga lain yang menjaga kanak-kanak dengan keperluan yang kompleks mungkin mengalami peningkatan kesusahan dan pengurangan kesejahteraan. Intervensi sokongan rakan sebaya...

Pengurusan pembedahan untuk sakit pelvis kronik pada wanita

2 years 4 months ago
Pengurusan pembedahan untuk sakit pelvis kronik pada wanita Mengapa kami lakukan Ulasan Cochrane ini Kami ingin mengetahui sama ada terdapat sebarang rawatan pembedahan yang berkesan dan selamat untuk wanita dengan sakit pelvis kronik Kami ingin memahami sejauh mana keberkesanan rawatan pembedahan membanding dengan rawatan alternatif atau tanpa rawatan langsung. Latar belakang Sakit pelvis kronik pada wanita adalah keadaan biasa dan melemahkan. Takrifan berbeza-beza, tetapi secara umumnya ia ditakrifkan sebagai sakit pelvis untuk tempoh enam bulan atau lebih. Terdapat banyak punca sakit...

Penggunaan peranti intrauterus pelepasan levonorgestrel (LNG-IUD) untuk mengurangkan kesakitan pada wanita yang telah menjalani pembedahan untuk endometriosis

2 years 4 months ago
Penggunaan peranti intrauterus pelepasan levonorgestrel (LNG-IUD) untuk mengurangkan kesakitan pada wanita yang telah menjalani pembedahan untuk endometriosis Apakah endometriosis? Endometriosis ialah sindrom kesakitan kronik yang dikaitkan dengan kehadiran tisu endometrium (seperti rahim) di luar rahim, biasanya di pelvis, yang boleh menyebabkan ketidaksuburan dan sakit pelvis (sakit di bawah pusat). Bagaimana endometriosis dirawat? Endometriosis biasanya dirawat dengan ubat hormon, pembedahan, atau gabungan kedua-duanya. Levonorgestrel progestogen adalah salah satu ubat hormon yang...

Kemoterapi untuk kanser mulut dan tekak

2 years 4 months ago
Kemoterapi untuk kanser mulut dan tekak Apakah masalahnya? Kanser kaviti oral (mulut) dan oropharynx (tekak) yang dikesan awal dirawat terutamanya dengan pembedahan atau radioterapi. Rawatan ini berkesan menyembuhkan kanser dan memperbaik survival. Walau bagaimanapun, dengan pembedahan dan radioterapi sahaja, masih ada peluang kanser akan berulang, yang boleh memendekkan survival pesakit. Penambahan kemoterapi kepada pembedahan atau radioterapi boleh membantu memperbaik survival. Mengapa topik ini penting? Rawatan kemoterapi adalah ubat-ubatan yang berfungsi membunuh sel-sel yang membahagi...

Nifedipine untuk dismenorea primer (sakit haid)

2 years 4 months ago
Nifedipine untuk dismenorea primer (sakit haid) Soalan ulasan Adakah nifedipine selamat dan berkesan untuk melegakan kesakitan yang berkaitan dengan dismenorea primer (juga dikenali sebagai sakit haid atau senggugut)? Latar belakang Dismenorea primer ialah sakit yang berkaitan dengan menstruasi (haid) akibat kekejangan rahim. Ia adalah keadaan biasa pada wanita dalam usia reproduktif, dan boleh memberi kesan yang ketara kepada aktiviti biasa. Nifedipine adalah ubat yang berkesan untuk memperlahankan pengecutan rahim pada wanita hamil dengan kelahiran pramatang. Ulasan ini membincangkan sama...

Penggunaan saliran selepas pembedahan pankreas

2 years 4 months ago
Penggunaan saliran selepas pembedahan pankreas Soalan ulasan Bolehkah penggunaan saliran mengurangkan komplikasi pasca pembedahan selepas pembedahan pankreas? Latar belakang Penggunaan saliran pembedahan adalah amalan yang sangat biasa selepas pembedahan pankreas. Walau bagaimanapun, peranan saliran dalam mengurangkan komplikasi selepas pembedahan pankreas (disebut komplikasi pasca pembedahan) adalah kontroversi. Tarikh carian Bukti adalah terkini sehingga Februari 2021. Ciri-ciri kajian Kami telah mencari semua kajian yang relevan, kajian-kajian yang dijalankan dengan baik, sehingga...

Rawatan kemurungan dalam kalangan individu dengan penyakit arteri koronari

2 years 4 months ago
Rawatan kemurungan dalam kalangan individu dengan penyakit arteri koronari Ulasan ini mengkaji kajian klinikal rawatan psikologi dan ubat antidepresan dalam kalangan pesakit jantung koronari yang mengalami kemurungan. Objektif adalah untuk menentukan kesan rawatan-rawatan ini terhadap kemurungan, kematian, kejadian jantung seperti serangan jantung yang lain, atau pembedahan jantung. Kami mengenal pasti 37 kajian yang berkaitan untuk semakan. Lima belas kajian menyiasat rawatan psikologi, dan 21 kajian menyiasat intervensi farmakologi termasuk ubat antidepresan. Secara amnya, rawatan...

Teknik pernafasan saliran autogenik untuk membantu orang dengan fibrosis sista membersihkan lendir dari saluran udara mereka

2 years 4 months ago
Teknik pernafasan saliran autogenik untuk membantu orang dengan fibrosis sista membersihkan lendir dari saluran udara mereka Latar belakang Fibrosis sista mempengaruhi paru-paru dengan menghasilkan lendir tebal pada lapisan saluran udara. Ini boleh mengakibatkn jangkitan dan keradangan yang menyebabkan kerosakan paru-paru. Fisioterapi boleh membantu menjaga kebersihan saluran pernafasan daripada lendir dan terdapat banyak kaedah yang diguna untuk tujuan ini, termasuk teknik pernafasan, teknik manual dan peranti mekanikal. Saliran autogenik adalah teknik pernafasan yang sangat terkawal yang...

Adakah pembedahan membuang bahagian bawah kaki (amputasi) pada lutut menawarkan pemulihan pembedahan yang lebih baik dan rehabilisasi yang lebih baik daripada amputasi di atas lutut?

2 years 4 months ago
Adakah pembedahan membuang bahagian bawah kaki (amputasi) pada lutut menawarkan pemulihan pembedahan yang lebih baik dan rehabilisasi yang lebih baik daripada amputasi di atas lutut? Latar belakang Setiap tahun, beribu-ribu orang di seluruh dunia perlu membuang kaki bawah mereka melalui pembedahan (amputasi anggota bawah) kerana masalah seperti penyumbatan dalam saluran darah (penyakit vaskular), diabetes dan kecederaan. Apabila amputasi dirancang, pakar bedah perlu memutuskan berapa tinggi kaki yang perlu diamputasi, dan oleh itu berapa banyak kaki yang perlu ditinggalkan. Keputusan ini...

Pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk diagnosis apendisitis akut

2 years 4 months ago
Pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk diagnosis apendisitis akut Soalan ulasan Untuk memeriksa ketepatan pengimejan resonans magnetik (MRI), alat pengimejan perubatan yang digunakan untuk mengambil gambar terperinci bahagian dalam badan, untuk menguji apendisitis. Mengapakah mendiagnosis apendisitis penting? Apendisitis adalah keadaan yang sangat biasa dirawat dengan pembedahan kecemasan, tetapi sukar untuk didiagnosis. Sehingga satu daripada empat pesakit mungkin salah didiagnosis dengan apendisitis. Alatan seperti MRI boleh membantu mendiagnosis apendisitis dengan cepat dan awal. Apakah...

Rawatan periodontal untuk kawalan tekanan darah

2 years 4 months ago
Rawatan periodontal untuk kawalan tekanan darah Soalan ulasan Bolehkah rawatan periodontal mencegah hipertensi atau menurunkan tekanan darah orang dengan hipertensi? Latar belakang Periodontitis ialah sejenis gingivitis (penyakit gusi) teruk yang disebabkan oleh beberapa bakteria spesifik yang juga didapati dalam plak aterosklerotik (pengumpulan lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan lain dalam saluran darah), di mana kolesterol memberikan kesan signifikan terhadap hipertensi (tekanan darah tinggi). Banyak kajian telah menunjukkan hubungan antara periodontitis dan hipertensi. Adalah penting...

Keprihatinan untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar perubatan dan doktor muda

2 years 4 months ago
Keprihatinan untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar perubatan dan doktor muda Mengapakah ulasan ini penting? Profesion perubatan diiktiraf kerana sifatnya yang mencabar dan mendesak. Pelajar perubatan dan doktor muda telah dikenal pasti mengalami tekanan peribadi dan profesional yang meningkat sepanjang tahun latihan mereka. Akibatnya, mereka menghadapi peningkatan tekanan pada kesejahteraan mental mereka. Adalah penting bahawa kumpulan ini disokong dalam kesejahteraan mental mereka untuk memastikan keseimbangan keseluruhan dalam kesihatan, serta bagi membantu...

Skleroterapi suntikan untuk vena varikos

2 years 4 months ago
Skleroterapi suntikan untuk vena varikos Latar belakang Vena varikos adalah vena bersimpul yang membesar, kelihatan berketul-ketul, biasanya terdapat di bahagian kaki. Ia boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan seperti terbakar, sakit, dan gatal-gatal serta kesakitan, berat atau bengkak secara menyeluruh di kaki. Walau bagaimanapun, sesetengah orang tidak mengaitkan semua gejala dengan vena varikos, kerana terdapat sedikit korelasi antara gejala ini dan tahap atau saiz vena varikos. Penyakit vena varikos boleh menjejaskan kualiti hidup kerana ianya secara kosmetik tidak menarik, boleh...

Intervensi untuk mencegah atau mengurangkan gejala kekeringan atau jangkitan pernafasan dalam persekitaran pendidikan dan di tempat kerja

2 years 4 months ago
Intervensi untuk mencegah atau mengurangkan gejala kekeringan atau jangkitan pernafasan dalam persekitaran pendidikan dan di tempat kerja Matlamat kami adalah untuk mengetahui sama ada pelembapan udara dalaman boleh mencegah atau mengurangkan gejala kekeringan atau jangkitan pernafasan dalam persekitaran pendidikan dan di tempat kerja. Dalam tempoh pemanasan, kelembapan udara dalaman adalah rendah, di mana ia boleh menyebabkan aduan seperti kekeringan mata, hidung, tekak dan kulit. Tambahan pula, mukosa yang kering dan teriritasi seterusnya boleh menyebabkan mudah terdedah pada jangkitan...

Apakah ujian paling tepat untuk mengesan kanser mulut atau bibir (kanser oral) dan keadaan yang menjurus kepada kanser oral?

2 years 4 months ago
Apakah ujian paling tepat untuk mengesan kanser mulut atau bibir (kanser oral) dan keadaan yang menjurus kepada kanser oral? Mesej utama - Masih kurang bukti kepastian tinggi untuk menyokong penggunaan ujian saringan kanser mulut dan keadaan yang menyebabkan kanser mulut dalam populasi umum. - Pengamal pergigian am dan profesional penjagaan kesihatan harus berwaspada tanda-tanda gangguan mulut yang berpotensi malignan (OPMD) dan malignansi semasa membuat pemeriksaan oral rutin dalam amalan untuk lesi/keadaan oral lain. Pengesanan kanser oral Kanser mulut (kanser oral) adalah satu keadaan...

Rawatan antibiotik bagi jangkitan jangkamasa panjang Burkholderia cepacia di kalangan pesakit sistik fibrosis

2 years 4 months ago
Rawatan antibiotik bagi jangkitan jangkamasa panjang Burkholderia cepacia di kalangan pesakit sistik fibrosis Soalan ulasan Kami mengkaji semula bukti bagi rawatan antibiotik jangka panjang untuk mereka yang mempunyai sistik fibrosis dengan jangkitan Burkholderia cepacia komplex (kumpulan bakteria yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 spesies yang berbeza). Latar belakang Pengidap sistik fibrosis sering mengalami jangkitan paru-paru yang berulang dan akhirnya paru-paru mereka boleh dijangkiti dengan jangkitan bakteria yang kekal, seperti keluarga bakteria yang dipanggil Burkholderia...

Ubat untuk trypanosomiasis Afrika manusia peringkat kedua

2 years 4 months ago
Ubat untuk trypanosomiasis Afrika manusia peringkat kedua Apakah matlamat utama ulasan ini? 'Gambiense human African trypanosomiasis (g-HAT)', atau 'penyakit tidur', ialah penyakit teruk yang disebarkan melalui gigitan lalat tsetse yang dijangkiti yang ditemui di kawasan luar bandar di sub-Sahara Afrika. Penyakit tidur mempunyai dua peringkat klinikal. Ulasan ini hanya mengkaji rawatan peringkat kedua, yang mana orang mengalami gejala yang disebabkan oleh penembusan ke sistem saraf pusat (CNS), yang mengakibatkan perubahan dalam sistem saraf. Kematian tidak dapat dielakkan tanpa rawatan....

Antibiotik untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan sakit tekak

2 years 4 months ago
Antibiotik untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan sakit tekak Soalan ulasan Adakah antibiotik berkesan untuk merawat gejala dan mengurangkan komplikasi yang mungkin berlaku berkaitan dengan sakit tekak? Latar belakang Sakit tekak ialah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Sakit atau ketidakselesaan adalah ciri yang paling ketara. Walau bagaimanapun, demam dan sakit kepala juga merupakan gejala sampingan yang biasa. Orang biasanya pulih dengan cepat (selepas tiga atau empat hari), walaupun sebahagiannya berlaku komplikasi. Satu komplikasi yang serius tetapi jarang berlaku...
Checked
2 hours 52 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed