Latest Malay Review translations

Adakah pelekatan saluran perkumuhan pankreas ke bahagian kedua usus kecil lebih baik daripada kaedah pembinaan semula yang lain untuk mengurangkan kebocoran jus dari pankreas ke tisu abdomen?

2 years 2 months ago
Adakah pelekatan saluran perkumuhan pankreas ke bahagian kedua usus kecil lebih baik daripada kaedah pembinaan semula yang lain untuk mengurangkan kebocoran jus dari pankreas ke tisu abdomen? Mesej utama - Pengulas tidak tahu sama ada pankreatikojejunostomi duktus-ke-mukosa (pelekatan saluran perkumuhan pankreas ke bahagian kedua usus kecil) mengurangkan fistula pankreas selepas pembedahan (kebocoran jus dari pankreas ke tisu abdomen) berbanding pankreatikojejunostomi invaginasi (pemasukan pankreas ke dalam bahagian kedua usus kecil). - Pengulas tidak tahu sama ada pankreatikojejunostomi...

Gas yang berbeza untuk insuflasi rongga perut semasa pembedahan abdomen lubang kunci

2 years 2 months ago
Gas yang berbeza untuk insuflasi rongga perut semasa pembedahan abdomen lubang kunci Soalan ulasan Apakah faedah dan kemudaratan pelbagai gas untuk insuflasi (inflasi dengan gas) rongga perut untuk membolehkan akses lebih mudah kepada organ semasa pembedahan perut laparoskopi (lubang kunci)? Latar belakang Pembedahan laparoskopi kini dilakukan secara meluas untuk merawat pelbagai penyakit perut. Gas yang ideal untuk insuflasi rongga perut, meningkatkan kerja dan ruang melihat, hendaklah murah, tidak berwarna, tidak mudah terbakar, tidak meletup, mudah dikeluarkan oleh badan, dan tidak toksik...

Program pemulihan perioperatif selepas pembedahan yang dipertingkatkan untuk wanita dengan kanser ginekologi

2 years 2 months ago
Program pemulihan perioperatif selepas pembedahan yang dipertingkatkan untuk wanita dengan kanser ginekologi Latar belakang Kanser ginekologi menyebabkan jumlah morbiditi dan kematian yang besar. Pembedahan, sama ada secara laparoskopi (pembedahan lubang kunci) atau teknik pembedahan terbuka, adalah salah satu kaedah yang penting dalam rawatan kanser ginekologi. Penjagaan perioperatif yang dirancang dengan baik (penjagaan pada atau sekitar masa pembedahan) adalah penting untuk pemulihan selepas pembedahan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penyelidik dan doktor telah mencadangkan bahawa...

Terapi tambahan brivaracetam untuk epilepsi kalis ubat

2 years 2 months ago
Terapi tambahan brivaracetam untuk epilepsi kalis ubat Latar belakang Epilepsi adalah penyakit yang dicirikan sebagai sawan yang pelbagai. Kebanyakan orang dapat mengawal epilepsi dengan satu ubat antiepileptik; namun, sebilangan orang memerlukan beberapa ubat antiepileptik. Orang-orang ini dikatakan mempunyai epilepsi kalis ubat. Brivaracetam adalah ubat antiepileptik yang boleh diambil bersama ubat antiepileptik lain untuk menguruskan epilepsi kalis ubat. Matlamat ulasan Tujuan kami adalah untuk mengenalpasti sama ada brivaracetam berkesan serta boleh diterima apabila digunakan sebagai...

Apakah cara terbaik untuk menggunakan kortikosteroid topikal untuk merawat orang dengan ekzema?

2 years 2 months ago
Apakah cara terbaik untuk menggunakan kortikosteroid topikal untuk merawat orang dengan ekzema? Mesej utama - Secara amnya, kortikosteroid topikal yang lebih kuat (krim steroid yang disapu pada kulit) mungkin lebih berkesan daripada persediaan yang lebih lemah. Krim steroid yang kuat disapu sekali sehari mungkin sama baiknya dengan dua kali sehari, dan menggunakan krim steroid untuk dua hari berturut-turut setiap minggu mungkin menghalang penimbulan ekzema. - Kira-kira satu pertiga kajian melihat kepada penipisan kulit, tetapi kes adalah sangat rendah. Ini menyukarkan penilaian perbezaan...

Rawatan manakah yang melibatkan seluruh badan yang paling berkesan untuk merawat tindak balas kulit yang teruk (sindrom Stevens-Johnson dan nekrolisis epidermis toksik)?

2 years 2 months ago
Rawatan manakah yang melibatkan seluruh badan yang paling berkesan untuk merawat tindak balas kulit yang teruk (sindrom Stevens-Johnson dan nekrolisis epidermis toksik)? Mesej utama Merawat tindak balas kulit yang teruk dengan etanercept (ubat yang bertindak mengurangkan bahagian tertentu pada sistem imun), dan bukannya steroid (yang secara meluas mengurangkan sistem imun), boleh mengakibatkan bilangan kematian yang lebih rendah akibat sindrom Stevens-Johnson dan epidermis toksik nekrolisis. Kami tidak pasti tentang keberkesanan rawatan lain, seperti steroid dan siklosporin (ubat yang...

Ujian di tempat penjagaan untuk mengesan beban virus HIV yang tinggi pada penghidap HIV yang hadir ke fasiliti kesihatan

2 years 2 months ago
Ujian di tempat penjagaan untuk mengesan beban virus HIV yang tinggi pada penghidap HIV yang hadir ke fasiliti kesihatan Mengapakah penambahbaikan diagnosis jangkitan beban virus HIV yang tinggi penting? Ia membantu untuk memantau paras virus HIV pada orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) yang menerima terapi antiretroviral (ART). Paras virus yang tinggi menunjukkan bahawa ubat-ubatan tersebut gagal mengekang virus, iaitu keadaan yang dikenali sebagai kegagalan rawatan ART, membawa kepada risiko penyakit yang teruk dan kematian. Ujian diagnosis pantas yang mengesan tahap virus HIV yang tinggi...

Adakah kortikosteroid yang disedut adalah rawatan yang berkesan untuk penghidap COVID-19 ringan?

2 years 2 months ago
Adakah kortikosteroid yang disedut adalah rawatan yang berkesan untuk penghidap COVID-19 ringan? Mesej utama Kortikosteroid yang disedut (ubat anti-radang) yang diberikan melalui laluan sedutan oral dinilai untuk rawatan penyakit coronavirus 2019 (COVID-19). Kami mengenalpasti tiga kajian yang diterbitkan untuk orang yang mempunyai penyakit ringan. Kortikosteroid yang disedut mungkin mengurangkan risiko orang pergi ke hospital atau kematian (kemasukan ke hospital atau kematian sebelum dimasukkan ke hospital). Kortikosteroid yang disedut boleh mengurangkan bilangan hari orang mengalami gejala...

Reka bentuk persekitaran fizikal dalam penjagaan kediaman untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas

2 years 2 months ago
Reka bentuk persekitaran fizikal dalam penjagaan kediaman untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas Apakah matlamat ulasan? Terdapat peningkatan populasi yang lebih tua di seluruh dunia dan peningkatan dalam bilangan orang yang hidup dengan demensia. Adalah dicadangan bahawa penambahbaikan reka bentuk kawasan kediaman boleh meningkatkan kualiti hidup, mood, dan keupayaan untuk melakukan aktiviti kehidupan harian penduduk warga emas. Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk mengkaji kesan perubahan reka bentuk persekitaran fizikal yang berbeza dalam kediaman penjagaan warga emas untuk...

Bolehkah pencair darah mencegah orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 daripada mengalami pembekuan darah?

2 years 2 months ago
Bolehkah pencair darah mencegah orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 daripada mengalami pembekuan darah? Mesej utama - Pencair darah dos tinggi mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kadar kematian dan meningkatkan pendarahan kecil berbanding pencair darah dos rendah untuk orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19. Memberi pencair darah berbanding dengan tidak memberi pencair darah mungkin mengurangkan kadar kematian. - Besar kemungkinan kajian baru tidak akan mengubah bukti tentang kesan dos berbeza pencair darah terhadap kadar kematian dan pendarahan kecil....

Pembedahan arthroskopik untuk penyakit lutut degeneratif

2 years 2 months ago
Pembedahan arthroskopik untuk penyakit lutut degeneratif Latar belakang Penyakit lutut degeneratif (osteoartritis pada lutut yang menjejaskan lapisan sendi dan meniskus) adalah penyebab paling biasa bagi kesakitan lutut, bengkak dan kekakuan kepada sendi lutut yang membawa kepada kesukaran untuk berjalan. Tulang rawan pada sendi lutut rosak, dan mengakibatkan geseran pada permukaan sendi dan pembentukan tulang baru dalam kes yang teruk. Pembedahan lutut arthroskopik membuang tulang rrawan yang rosak dan tisu longgar serta melicinkan permukaan sendi lutut. Ciri-ciri kajian Kami menyertakan 16...

Apakah faedah dan risiko ubat topikal untuk merawat keratokonjungtivitis wabak?

2 years 2 months ago
Apakah faedah dan risiko ubat topikal untuk merawat keratokonjungtivitis wabak? Apakah keratokonjungtivitis wabak? Keratoconjunctivitis wabak ialah keradangan konjunktiva, membran yang menutupi sklera (salutan luar putih mata) dan bahagian dalam kelopak mata, biasanya disebabkan oleh strain khusus sekumpulan virus biasa yang dikenali sebagai adenovirus. Jangkitan boleh merebak dengan mudah dalam isi rumah, tetapan penjagaan kesihatan, dan komuniti. Dalam sesetengah individu, keradangan membawa kepada parut kornea ('infiltrat') dan konjunktiva, yang menyebabkan ketidakselesaan yang berterusan...

Membandingkan kaedah yang berbeza dalam menentukan sama ada glioma kehilangan lengan 1p dan 19q kromosom

2 years 2 months ago
Membandingkan kaedah yang berbeza dalam menentukan sama ada glioma kehilangan lengan 1p dan 19q kromosom Mengapakah penambahbaikan pengesanan codeletion 1p/19q dalam glioma adalah penting? Glioma adalah sejenis tumor otak (kanser). Terdapat pelbagai jenis glioma, dengan perubahan yang berbeza dalam bahan genetiknya. Salah satu perubahan genetik yang mungkin berlaku adalah kehilangan bahagian dua daripada 23 kromosom kita. Apabila kehilangan kedua-dua bahagian tertentu kromosom 1 dan bahagian tertentu kromosom 19, ia dikenali sebagai '1p/19q codeletion'. 1p/19q codeletion digunakan untuk...

Ubat untuk gangguan tekanan pasca trauma

2 years 2 months ago
Ubat untuk gangguan tekanan pasca trauma Mengapakah ulasan ini penting? Gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) berlaku selepas terdedah kepada trauma yang ketara dan mengakibatkan kos peribadi dan masyarakat yang besar. Walaupun secara tradisionalnya dirawat dengan psikoterapi, rawatan ubat telah terbukti berkesan dalam rawatan PTSD. Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini? - Orang dengan PTSD. - Keluarga dan kawan-kawan orang yang mengalami PSTD. - Pengamal perubatan umum, pakar psikiatri, ahli psikologi, dan ahli farmasi. Apakah soalan yang ingin dijawab oleh ulasan ini? - Adakah...

Perubahan berkala kedudukan badan di bawah fototerapi pada bayi yang cukup bulan dan pramatang dengan hiperbilirubinaemia

2 years 2 months ago
Perubahan berkala kedudukan badan di bawah fototerapi pada bayi yang cukup bulan dan pramatang dengan hiperbilirubinaemia Soalan ulasan Adakah menukar kedudukan bayi meningkatkan hasil terapi cahaya untuk bayi cukup bulan dan pramatang dengan jaundis? Mesej utama Dalam ulasan sistematik ini, kami menilai kajian yang membandingkan kedudukan semula yang berjadual dan kedudukan semula yang tidak berjadual bagi bayi yang cukup bulan dan pramatang yang menjalani terapi cahaya untuk jaundis. Kedua-dua strategi kedudukan ini menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam tempoh masa terapi cahaya...

Adakah sinbiotik dapat mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir?

2 years 2 months ago
Adakah sinbiotik dapat mencegah enterokolitis nekrotik dalam bayi yang sangat pramatang atau dengan berat badan yang sangat rendah ketika lahir? Latar belakang Bayi yang sangat pramatang (lahir lapan minggu lebih awal) dan berat yang sangat rendah semasa lahir (kurang daripada 1.5kg) adalah berisiko mendapat enterokolitis nekrotik, keadaan yang teruk di mana sebahagian lapisan usus bayi menjadi meradang, dan sel-sel tisu mati. Keadaan ini dikaitkan dengan kematian, jangkitan serius, serta kehilangan upaya jangka panjang, dan masalah perkembangan. Apakah yang kami ingin ketahui? Satu cara...

Intervensi untuk pesakit sindrom nefrotik dewasa dengan diagnosis ‘minimal change disease’

2 years 2 months ago
Intervensi untuk pesakit sindrom nefrotik dewasa dengan diagnosis ‘minimal change disease’ Apakah isunya? Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang mengalami kebocoran dan protein dari darah mengalir ke dalam air kencing. ‘Minimal change disease’ (MCD) yang ditakrifkan pada biopsi buah pinggang adalah penyebab primer penyakit buah pinggang yang ketiga paling kerap pada orang dewasa dengan sindrom nefrotik yang tidak dapat dijelaskan (10% hingga 15%). Regimen rawatan yang paling berkesan belum dapat ditentukan lagi. Apakah yang telah kami lakukan? Kami mengenalpasti semua...

Rawatan imunosupresif untuk glomerulosklerosis segmental fokal pada orang dewasa

2 years 2 months ago
Rawatan imunosupresif untuk glomerulosklerosis segmental fokal pada orang dewasa Apakah isunya? Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang membocorkan protein dari darah ke dalam air kencing. Glomerulosclerosis segmental fokal (FSGS) yang ditakrifkan pada biopsi buah pinggang adalah punca yang jaranag untuk penyakit sindrom nefrotik tetapi ia berkembang kepada kegagalan buah pinggang dalam kira-kira separuh daripada semua kes. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan - FSGS primer (dianggap disebabkan oleh faktor yang beredar dalam darah yang merosakkan buah pinggang),...

Methylphenidate pelepasan lanjutan untuk gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) dalam orang dewasa

2 years 2 months ago
Methylphenidate pelepasan lanjutan untuk gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) dalam orang dewasa Soalan ulasan Ulasan ini menyiasat kesan positif dan negatif methylphenidate dan membandingkannya dengan plasebo atau ubat lain dalam orang dewasa yang didiagnosis dengan gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD). Kami memberi tumpuan terutamanya pada kesan terhadap fungsi harian, seperti bilangan hari seseorang tidak hadir bekerja, dan kesan pada simptom ADHD dan kualiti hidup dinilai oleh pesakit sendiri, dan juga oleh doktor atau penyelidik. Latar belakang ADHD ialah diagnosis...

Kesan diet kurang gluten atau bebas gluten untuk pencegahan utama penyakit kardiovaskular

2 years 2 months ago
Kesan diet kurang gluten atau bebas gluten untuk pencegahan utama penyakit kardiovaskular Latar belakang Penyakit kardiovaskular ialah gangguan jantung dan saluran darah, termasuk kejadian koronari dan serebrovaskular akut (seperti infarksi miokardia dan strok). Kira-kira 50% daripada ketidakupayaan akibat penyakit kardiovaskular dikaitkan dengan diet suboptimum. Khususnya, gluten pemakanan (protein yang terdapat dalam bijirin tertentu) telah dikaitkan dengan pelbagai hasil kesihatan yang buruk. Sebagai contoh, gejala gastrousus yang berbeza (seperti malabsorpsi atau cirit-birit) sering...
Checked
1 day ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed