Latest Malay Review translations

Ulasan tentang ubat yang dikenali sebagai tacrolimus untuk rawatan kolitis ulseratif yang sukar dirawat

2 years 1 month ago
Ulasan tentang ubat yang dikenali sebagai tacrolimus untuk rawatan kolitis ulseratif yang sukar dirawat Apakah matlamat ulasan ini? Kami berhasrat untuk mengetahui sama ada tacrolimus merupakan rawatan yang berkesan dan selamat untuk penghidap kolitis ulseratif yang sukar dirawat menggunakan cara lain. Latar belakang Kolitis ulseratif adalah penyakit radang usus kronik dengan ciri episod penyakit aktif yang berulang, yang biasanya menjejaskan rektum atau kolon atau kedua-duanya. Orang yang menghidapi penyakit aktif mungkin mengalami kekejangan perut, terdesak untuk membuang najis, dan...

Intervensi perubatan untuk keradangan hidung kronik dan sinus dalam fibrosis sistik

2 years 1 month ago
Intervensi perubatan untuk keradangan hidung kronik dan sinus dalam fibrosis sistik Soalan ulasan Apakah kesan intervensi perubatan untuk rhinosinusitis kronik pada pesakit fibrosis sistik? Latar belakang Rhinosinusitis kronik adalah jangkitan jangka panjang dan keradangan rongga hidung serta ruang udara di sekitar mata dan hidung. Fibrosis sistik adalah keadaan genetik yang membuat rembesan dalam badan menjadi tebal, dan juga stagnan. Apabila ini berlaku di dalam dan sekitar hidung, ia menyebabkan rhinosinusitis kronik. Penjagaan yang lebih baik untuk pesakit fibrosis sistik telah...

Adakah instrumen bantuan video untuk memasukkan tiub pernafasan dalam kalangan dewasa berfungsi lebih baik daripada instrumen pandangan langsung dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini?

2 years 1 month ago
Adakah instrumen bantuan video untuk memasukkan tiub pernafasan dalam kalangan dewasa berfungsi lebih baik daripada instrumen pandangan langsung dan adakah ia menyebabkan kesan yang tidak diingini? Mesej utama Peranti yang dinamakan laringoskop diguna untuk membantu staf perubatan memasukkan tiub pernafasan plastik ke dalam salur udara seseorang kerana mereka memerlukan bantuan dengan pernafasan mereka. Kamera video boleh dipasang pada peranti. Kami mendapati ‘Videolaryngoscopy’ secara amnya memperbaik kejayaan memasukkan tiub pernafasan berbanding laringoskop konvensional. Apakah itu...

Tekanan salur udara positif berterusan (CPAP) untuk bronkiolitis akut dalam kalangan kanak-kanak

2 years 1 month ago
Tekanan salur udara positif berterusan (CPAP) untuk bronkiolitis akut dalam kalangan kanak-kanak Soalan ulasan Adakah tekanan salur udara positif berterusan (CPAP) lebih baik atau lebih teruk berbanding rawatan sokongan untuk kanak-kanak dengan bronkiolitis akut? Latar belakang Bronkiolitis adalah keradangan saluran pernafasan kecil di dalam paru-paru, dan penyebab lazim untuk rawatan di jabatan kecemasan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak sering menerima rawatan sokongan termasuk memastikan penghidratan yang cukup dan menyediakan oksigen tambahan yang diperlukan. Rawatan dengan CPAP...

Ulangan dos kortikosteroid pranatal untuk wanita yang berisiko untuk kelahiran pramatang bagi meningkatkan hasil kesihatan bayi mereka

2 years 1 month ago
Ulangan dos kortikosteroid pranatal untuk wanita yang berisiko untuk kelahiran pramatang bagi meningkatkan hasil kesihatan bayi mereka Apakah isunya? Bayi yang dilahirkan pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan) berisiko mengalami kesukaran bernafas dan penyakit paru-paru kerana paru-paru mereka belum berkembang sepenuhnya. Satu kali pengambilan kortikosteroid pranatal (diberikan semasa mengandung), diberikan kepada wanita yang mungkin bersalin awal, membantu memperkembangkan paru-paru bayi dan meningkatkan kemandirian. Faedah ini tidak bertahan lebih daripada tujuh hari, oleh itu bayi yang...

Adakah hasil pesakit lebih baik selepas pembaikan endovaskular atau pembedahan terbuka aneurisma aorta torakoabdominal?

2 years 1 month ago
Adakah hasil pesakit lebih baik selepas pembaikan endovaskular atau pembedahan terbuka aneurisma aorta torakoabdominal? Latar belakang Aneurisma aorta torakoabdominal (TAAA) ialah pelebaran atau pembengkakan saluran darah 50% lebih besar daripada diameter saluran asal, yang menjejaskan aorta toraks dan perut secara serentak. TAAA yang melebihi 6.0 cm hingga 6.5cm dalam diameter (bergantung pada jantina pesakit, atau kehadiran kelemahan dalam dinding aorta yang diwarisi), atau TAAA yang mengembang lebih cepat daripada 1cm setahun, dianggap sebagai keadaan yang mengancam nyawa jika tidak...

Ubat perencat cyclo-oxygenase profilaksis untuk mencegah morbiditi dan kematian pada bayi pramatang

2 years 1 month ago
Ubat perencat cyclo-oxygenase profilaksis untuk mencegah morbiditi dan kematian pada bayi pramatang Soalan ulasan Antara ubat perencat cyclo-oxygenase (COX-I) yang tersedia (indomethacin, ibuprofen, acetaminophen), yang mana satu adalah paling selamat dan paling berkesan dalam mencegah kematian dan kesan buruk pada bayi pramatang apabila diberikan secara profilaksis tanpa pengetahuan awal tentang kehadiran patent ductus arteriosus (PDA) dalam tempoh 72 jam pertama selepas kelahiran? Latar belakang PDA adalah komplikasi yang biasa berlaku dalam kalangan bayi pramatang atau bayi yang lahir...

Masa rawatan untuk patah tulang di kaki dan lengan yang juga mempunyai luka terbuka

2 years 1 month ago
Masa rawatan untuk patah tulang di kaki dan lengan yang juga mempunyai luka terbuka Mesej utama Kami tidak pasti sama ada masa rawatan yang berbeza (antibiotik, pembersihan luka, dan sama ada untuk melakukan semua pembedahan dalam satu operasi atau lebih) mungkin menjejaskan tahap pemulihan pesakit daripada patah tulang panjang terbuka. Kami menemui sangat sedikit kajian, dan mereka tidak mengemukakan bukti yang boleh dipercayai. Apa itu patah tulang terbuka? Beberapa tulang patah termasuk kawasan kulit dengan luka terbuka di sekitar patah tulang terbuka. Ini dipanggil patah tulang terbuka...

Pengurusan kesakitan langkah demi langkah (berasaskan algoritma) untuk pesakit demensia di pusat jagaan

2 years 1 month ago
Pengurusan kesakitan langkah demi langkah (berasaskan algoritma) untuk pesakit demensia di pusat jagaan Apakah matlamat utama ulasan ini? Kami berminat dengan bagaimanakah cara yang terbaik bagi jururawat dalam menguruskan kesakitan pesakit demensia yang tinggal di pusat jagaan. Pengurusan kesakitan melibatkan mengukur tahap kesakitan dan merawat kesakitan jika perlu. Kami berhasrat untuk mengetahui sama ada panduan langkah demi langkah (algoritma) untuk jururawat tentang cara menguruskan kesakitan boleh mengurangkan kesakitan atau tingkah laku yang mungkin menunjukkan seseorang berada dalam...

Intervensi untuk merawat jangkitan aliran darah berkaitan kateter pada orang yang menerima hemodialisis pengawalan

2 years 1 month ago
Intervensi untuk merawat jangkitan aliran darah berkaitan kateter pada orang yang menerima hemodialisis pengawalan Apakah isunya? Pesakit dengan kegagalan buah pinggang memerlukan terapi penggantian buah pinggang (kidney replacement therapy, KRT) untuk kelangsungan hidup. Antara pilihan KRT, hemodialisis (HD) adalah kaedah utama dialisis. Pesakit yang menerima HD melalui kateter yang di pasang dalam tubuh mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan saluran darah. Terdapat beberapa pilihan untuk merawat jangkitan aliran darah tersebut. Ini termasuk cecair terkunci (infusi...

Ubat antiepileptik monoterapi (rawatan ubat tunggal) untuk epilepsi

2 years 1 month ago
Ubat antiepileptik monoterapi (rawatan ubat tunggal) untuk epilepsi Latar belakang Epilepsi adalah gangguan neurologi yang lazim di mana discaj elektrik abnormal daripada otak menyebabkan sawan berulang. Kami mengkaji dua jenis sawan epilepsi dalam ulasan ini: sawan fokal yang bermula di satu kawasan otak dan sawan tonik-klonik umum yang bermula serentak di kedua-dua hemisfera serebrum. Kira-kira 70% orang dengan epilepsi, sawan boleh dikawal, dan untuk majoriti, sawan dikawal dengan ubat antiepileptik tunggal. Kini di UK, garis panduan Institut Kesihatan dan Penjagaan Cemerlang (NICE) untuk...

Probiotik untuk rawatan sembelit kronik pada kanak-kanak

2 years 1 month ago
Probiotik untuk rawatan sembelit kronik pada kanak-kanak Apakah matlamat utama ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada probiotik boleh digunakan untuk merawat sembelit kronik tanpa penjelasan fizikal pada kanak-kanak (berumur 0 hingga 18 tahun). Kami menganalisa maklumat daripada 14 kajian untuk menjawab soalan ini. Mesej utama Kami tidak dapat membuat kesimpulan apabila membandingkan probiotik dengan plasebo untuk kekerapan membuang air besar pada kanak-kanak yang dirawat untuk sembelit kronik tanpa penjelasan fizikal. Mungkin tiada perbezaan dalam kejayaan...

Terapi cara kerja untuk gangguan kognitif pada orang yang mengalami strok

2 years 1 month ago
Terapi cara kerja untuk gangguan kognitif pada orang yang mengalami strok Apakah matlamat ulasan ini? Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada terapi cara kerja meningkatkan fungsi dalam aktiviti harian dan kognisi selepas strok. Kognisi ialah pemprosesan maklumat yang dijalankan oleh otak seperti berfikir, memberi perhatian kepada perkara yang anda lihat atau dengar, belajar, mengingat, dan menyelesaikan masalah. Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisa semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan menemui 24 kajian. Mesej utama Bagi orang yang mengalami...

Antibiotik untuk mencegah jangkitan selepas pembedahan untuk merawat tekanan inkontinensia air kencing pada wanita

2 years 1 month ago
Antibiotik untuk mencegah jangkitan selepas pembedahan untuk merawat tekanan inkontinensia air kencing pada wanita Soalan ulasan Adakah antibiotik selamat dan berkesan untuk mencegah jangkitan pada wanita yang mengalami tekanan inkontinensia air kencing yang sedang menjalani pembedahan kontinensia? Latar belakang Tekanan inkontinens air kencing (SUI) ditakrifkan sebagai kebocoran air kencing yang tidak terkawal apabila tekanan di dalam perut meningkat secara tiba-tiba, seperti semasa batuk, bersin atau ketawa. Pembedahan kontinensia adalah salah satu rawatan untuk SUI. Terdapat dua jenis...

Ubat untuk mengurangkan keradangan dalam kalangan orang dengan demam Mediterranean familial

2 years 1 month ago
Ubat untuk mengurangkan keradangan dalam kalangan orang dengan demam Mediterranean familial Soalan ulasan Bolehkah rawatan seperti colchicine, anakinra, rilonacept, canakinumab, etanercept, infliximab, adalimumab, thalidomide, tocilizumab, interferon-α dan ImmunoGuard (tambahan herba)) mengurangkan keradangan dalam kalangan orang dengan demam Mediterranean familial (FMF)? Latar belakang FMF adalah penyakit keradangan keturunan, dengan gejala serangan yang kerap termasuk demam melebihi 38 ℃, sakit dan keradangan membran yang mengelilingi kaviti dada, sendi atau paru-paru. Kami ingin tahu sama...

Tambahan pregabalin untuk epilepsi fokal tahan ubat

2 years 1 month ago
Tambahan pregabalin untuk epilepsi fokal tahan ubat Ini adalah kemaskini satu ulasan yang pernah diterbitkan pada tahun 2019. Latar belakang Epilepsi adalah penyakit neurologi kronik yang dihidap sekitar 1% orang di UK. Kira-kira 1 dari 400 orang menghidap epilepsi mengalami sawan yang berterusan walaupun dirawat dengan ubat antiepileptik (epilepsi tahan ubat). Sejumlah ubat antiepileptik baru telah dihasilkan untuk merawat epilepsi, di antaranya adalah pregabalin. Penggunaan pregabalin dalam kombinasi dengan ubat antiepileptik lain dapat mengurangkan kekerapan sawan, walaubagaimanapun ia...

Embolisasi arteri prostat untuk rawatan gejala saluran kencing dalam kalangan lelaki dengan prostatik hiperplasia yang tidak berbahaya

2 years 1 month ago
Embolisasi arteri prostat untuk rawatan gejala saluran kencing dalam kalangan lelaki dengan prostatik hiperplasia yang tidak berbahaya Soalan ulasan Apakah kesan prosedur yang mengurangkan aliran darah ke prostat (disebut embolisasi arteri prostat) pada lelaki dengan gejala yang disebabkan oleh prostat yang membesar? Latar belakang Prostat yang membesar boleh menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil seperti aliran perlahan atau keperluan untuk kerap membuang air kecil pada waktu siang atau malam hari. Ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau dengan pelbagai jenis pembedahan. Satu...

Sejauh manakah ketepatan pertanyaan tentang simptom dan melakukan X-ray dada untuk menyaring tuberkulosis paru-paru di kalangan orang dewasa dengan HIV-negatif atau dengan status HIV yang tidak diketahui?

2 years 1 month ago
Sejauh manakah ketepatan pertanyaan tentang simptom dan melakukan X-ray dada untuk menyaring tuberkulosis paru-paru di kalangan orang dewasa dengan HIV-negatif atau dengan status HIV yang tidak diketahui? Mengapakah penambahbaikan saringan untuk tuberkulosis paru-paru penting? Saringan sistematik dalam tetapan di mana tuberkulosis adalah perkara biasa dan strategi yang disyorkan untuk pengesanan awal tuberkulosis. Saringan membantu mengenal pasti orang yang berkemungkinan menghidap tuberkulosis supaya mereka boleh menjalani ujian pengesahan. Ia adalah ujian tambahan untuk mengesahkan...

Gel dextrose oral untuk rawatan bayi baru lahir dengan paras glukosa darah yang rendah

2 years 2 months ago
Gel dextrose oral untuk rawatan bayi baru lahir dengan paras glukosa darah yang rendah Soalan ulasan Bagi bayi baru lahir yang mengalami tahap glukosa darah rendah (hypoglycaemia), adakah gel gula yang diberikan melalui mulut (gel dekstrosa oral) lebih berkesan daripada tiada rawatan atau rawatan aktif lain dalam membetulkan paras glukosa darah rendah dan mengurangkan gangguan perkembangan saraf jangka panjang? Latar belakang Paras glukosa darah yang rendah (hypoglycaemia) pada bayi yang baru lahir adalah biasa dan kerap berlaku dalam sesetengah kumpulan yang berisiko (bayi yang ibunya...

Suplemen vitamin A untuk mencegah penyakit dan kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun

2 years 2 months ago
Suplemen vitamin A untuk mencegah penyakit dan kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun Latarbelakang Kekurangan Vitamin A (VAD) adalah satu masalah kesihatan awam yang utama di negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan, yang menjejaskan 190 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun. VAD menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada peningkatan risiko terhadap pelbagai masalah, termasuk penyakit respiratori, cirit-birit, campak, dan masalah penglihatan, dan ia boleh membawa kepada kematian. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan pemberian vitamin A...
Checked
2 hours 52 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed