Latest Malay Review translations

Rawatan untuk air liur meleleh yang tidak disengajakan dalam penyakit neuron motor

1 year 11 months ago
Rawatan untuk air liur meleleh yang tidak disengajakan dalam penyakit neuron motor Soalan ulasan Untuk menilai kesan rawatan untuk air liur meleleh dalam penyakit neuron motor (motor neuron diseasem, MND), yang juga dikenali sebagai sklerosis lateral amiotrofik (amyotrophic lateral sclerosis, ALS). Latar belakang Air liur meleleh yang tidak disengajakan (sialorrhea) adalah simptom menyusahkan yang dialami oleh ramai penghidap MND disebabkan oleh kesukaran menelan. Rawatan air liun meleleh kini melibatkan sedutan, rawatan ubat dan pendekatan yang lebih invasif, termasuk suntikan toksin...

Berapa tepatkah simptom dan pemeriksaan perubatan untuk mendiagnos COVID-19?

1 year 11 months ago
Berapa tepatkah simptom dan pemeriksaan perubatan untuk mendiagnos COVID-19? Mesej utama - Keputusan-keputusan mencadangkan satu gejala yang disertakan dalam ulasan ini tidak boleh mendiagnos COVID-19 dengan tepat. - Kehilangan deria rasa atau bau boleh menjadi 'bendera merah' untuk kehadiran COVID-19. Batuk atau demam mungkin berguna untuk mengenal pasti orang yang mungkin mempunyai COVID-19. Simptom-simptom ini mungkin berguna untuk menggesa ujian lanjut apabila ia hadir. - Kami perlukan lebih banyak penyelidikan untuk menyiasat gabungan simptom dan tanda-tanda dengan maklumat lain seperti...

Apabila mencuba untuk mendapatkan bayi melalui konsepsi terbantu, adakah lebih baik untuk memindahkan embrio ke rahim pada hari ke-3 atau hari ke-5?

2 years ago
Apabila mencuba untuk mendapatkan bayi melalui konsepsi terbantu, adakah lebih baik untuk memindahkan embrio ke rahim pada hari ke-3 atau hari ke-5? Latar belakang Ramai wanita dan pasangan tidak mungkin hamil dan mempunyai bayi tanpa rawatan perubatan akibat ketidaksuburan. Doktor telah membangunkan pelbagai teknologi reproduktif terbantu (ART), seperti persenyawaan in vitro (IVF) yang melibatkan manipulasi telur dan sperma di luar badan wanita, bagi cubaan meningkatkan peluang untuk hamil. Biasanya, dalam konsepsi terbantu, doktor mengumpulkan telur daripada seorang wanita dan...

Clonidine digunakan pada kulit untuk orang dewasa dengan sakit neuropatik kronik

2 years ago
Clonidine digunakan pada kulit untuk orang dewasa dengan sakit neuropatik kronik Mesej utama Kami tidak menemui bukti berkepastian tinggi untuk menyokong penggunaan clonidine yang digunakan pada kulit untuk neuropati diabetik yang menyakitkan. Kami tidak menemui bukti untuk keadaan sakit kronik yang lain. Apa yang kami buat? Untuk mengetahui cara clonidine digunakan pada kulit (clonidine topikal) berfungsi pada orang yang mengalami sakit neuropatik, kami mencari pangkalan data perubatan dan rujukan penerbitan dan pendaftaran atau kajian klinikal. Kami juga menghubungi pakar-pakar dalam...

Antiemetik profilaksis untuk orang dewasa yang menerima opioid intravena dalam tetapan penjagaan akut

2 years ago
Antiemetik profilaksis untuk orang dewasa yang menerima opioid intravena dalam tetapan penjagaan akut Mesej utama Metoclopramide tidak mengurangkan risiko muntah, loya, atau keperluan untuk ubat penyelamat apabila diberikan sebelum opioid intravena di jabatan kecemasan. Dari segi keterukan loya, metoclopramide tidak membantu pesakit lebih daripada plasebo (rawatan palsu). Apakah emesis yang disebabkan oleh opioid? Pakar perubatan sering memberi pesakit opioid untuk kesakitan di jabatan kecemasan, tetapi lebih satu pertiga mengalami kesan-kesan sampingan loya dan muntah (emesis). Sesetengah...

Persediaan untuk pesakit kanser usus untuk pembedahan dengan pelbagai intervensi

2 years ago
Persediaan untuk pesakit kanser usus untuk pembedahan dengan pelbagai intervensi Tujuan ulasan ini Matlamat ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada pelbagai intervensi yang diperkenalkan dalam tempoh sebelum pembedahan untuk kanser usus boleh menyediakan pesakit dengan meningkatkan kecergasan keseluruhan pesakit, dan justeru itu meningkatkan hasil selepas pembedahan. Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian terkawal rawak yang tersedia mengenai topik ini. Mesej utama Hanya tiga kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk semakan ini, maklumat tidak tersedia untuk...

Xpert MTB/XDR, ujian pantas untuk rintangan terhadap ubat tuberkulosis

2 years ago
Xpert MTB/XDR, ujian pantas untuk rintangan terhadap ubat tuberkulosis Mengapakah penambahbaikan diagnosis rintangan ubat tuberkulosis penting? Ujian tuberkulosis, seperti Xpert MTB/RIF, Xpert MTB/RIF Ultra, dan Truenat, hanya mendiagnosis rintangan rifampicin, tetapi tidak memberikan maklumat tentang rintangan terhadap ubat lain yang digunakan untuk merawat tuberkulosis. Maklumat ini diperlukan untuk membolehkan rawatan yang berkesan dimulakan dengan cepat. Tidak mengenali rintangan ubat tuberkulosis apabila ada (negatif palsu, FN) boleh mengakibatkan penyakit yang teruk dan kematian....

Apakah manfaat dan risiko ocrelizumab untuk sklerosis berganda?

2 years ago
Apakah manfaat dan risiko ocrelizumab untuk sklerosis berganda? Mesej utama – Ocrelizumab ialah ubat yang diluluskan baru-baru ini untuk merawat pesakit sklerosis berganda (MS). Dalam MS relapsing-remitting (di mana pesakit mengalami gejala yang bertambah teruk), ocrelizumab mungkin mengurangkan ‘flare-up’ secara ketara, mengurangkan kemerosotan gejala dengan ketara, dan mungkin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan kepada kesan yang tidak diingini berbanding dengan interferon beta-1a (rawatan standard untuk MS), 96 minggu selepas rawatan bermula. – Berbanding dengan plasebo (ubat palsu)...

Penggunaan antibiotik dalam rawatan kolitis ulseratif

2 years ago
Penggunaan antibiotik dalam rawatan kolitis ulseratif Apakah matlamat ulasan ini? Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan antibiotik, berguna dan selamat bagi penghidap penyakit kolitis ulseratif (“ulcerative colitis” UC) untuk mencapai atau mengekalkan remisi/keredaan penyakit. Mesej utama Kami mendapati bahawa antibiotik, apabila ditambah kepada terapi standard, kesannya sama sahaja seperti plasebo kerana ianya kerap kali gagal mencapai remisi/keredaan ataupun meningkatkan pemulihan bagi penghidap UC, perkara ini dinilai sehingga tiga bulan selepas pengambilan...

Memasukkan implan kontraseptif semasa sesi rawatan pengguguran kandungan atau semasa rawatan susulan

2 years ago
Memasukkan implan kontraseptif semasa sesi rawatan pengguguran kandungan atau semasa rawatan susulan Soalan ulasan Kami membandingkan kadar pengambilan, keberkesanan dan kesan sampingan pemasukan implan kontraseptif (implan perancang keluarga) semasa sesi rawatan pengguguran kandungan dengan penangguhan pemasukan implan semasa rawatan susulan. Latar belakang Implan kontraseptif adalah suatu kaedah yang sangat berkesan untuk merancang keluarga dan ianya adalah kaedah boleh dikawal dan dapat mencegah kehamilan dalam jangka masa yang panjang. Kaedah ini sesuai untuk hampir semua wanita,...

Rawatan endovaskular untuk stenosis arteri vertebra

2 years ago
Rawatan endovaskular untuk stenosis arteri vertebra Soalan Adakah rawatan endovaskular ditambah rawatan perubatan bermanfaat untuk mereka yang mengalami stenosis arteri vertebra bergejala berbanding rawatan perubatan sahaja? Latar belakang Arteri vertebra adalah saluran darah yang membekalkan bahagian belakang otak. Penyempitan saluran ini (stenosis arteri vertebra) adalah punca utama strok, tetapi tidak semua orang yang mempunyai stenosis arteri vertebra akan mengalami gejala. Rawatan perubatan (terutamanya termasuklah mengawal faktor risiko dan rawatan ubat), pembedahan, dan rawatan...

Adakah fisioterapi menambahbaikkan kesakitan dan ketidakupayaan pada orang dewasa dengan sindrom kesakitan serantau yang kompleks?

2 years ago
Adakah fisioterapi menambahbaikkan kesakitan dan ketidakupayaan pada orang dewasa dengan sindrom kesakitan serantau yang kompleks? Mesej utama Kami sangat tidak pasti jika rawatan fisioterapi akan menambah baik kesakitan dan ketidakupayaan yang berkaitan dengan sindrom kesakitan serantau kompleks (complex regional pain syndrome, CRPS). Kami sangat tidak pasti kerana percubaan klinikal yang kami menjumpai: - tidak dijalankan atau dilaporkan sebaik mungkin (atau kedua-duanya); - menyertakan sejumlah kecil pesakit dengan CRPS; - menguji pelbagai jenis rawatan fisioterapi yang berbeza; dan -...

Berapa tepatkah pengimejan dada untuk mendiagnos COVID-19?

2 years ago
Berapa tepatkah pengimejan dada untuk mendiagnos COVID-19? Mengapa soalan ini penting? Orang yang disyaki COVID-19 perlu tahu dengan segera sama ada mereka dijangkiti supaya mereka dapat menerima rawatan yang sesuai, mengasingkan diri, dan memaklum kontak rapat. Pada masa ini, diagnosis formal jangkitan COVID-19 memerlukan ujian makmal (RT-PCR) sampel hidung dan tekak. RT-PCR memerlukan peralatan khusus dan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menghasilkan keputusan. Ia bukan benar-benar tepat dan RT-PCR yang kedua atau ujian lain mungkin perlu untuk mengesahkan diagnosis....

Pengurusan kesakitan untuk pengguguran perubatan sebelum 14 minggu kehamilan

2 years ago
Pengurusan kesakitan untuk pengguguran perubatan sebelum 14 minggu kehamilan Mesej utama • Ibuprofen mempunyai bukti terbaik untuk menguruskan kesakitan semasa pengguguran perubatan dalam 14 minggu pertama kehamilan, tetapi dos terbaik tidak jelas. • Kajian lanjut diperlukan bersama-sama dengan cara merekod kesakitan yang teguh dan konsisten. Apakah pengguguran perubatan? Terdapat dua jenis pengguguran utama - pembedahan atau perubatan. Pengguguran pembedahan dilakukan oleh doktor pakar di klinik. Dalam pengguguran perubatan, wanita mengambil ubat ('pil pengguguran' yang terdiri daripada...

Sel stem untuk merawat pesakit yang tidak menunjukkan tindak balas terhadap rawatan penyakit Crohn

2 years ago
Sel stem untuk merawat pesakit yang tidak menunjukkan tindak balas terhadap rawatan penyakit Crohn Persoalan Adakah sel stem (SC) merupakan pilihan yang berkesan dan selamat untuk pesakit dengan penyakit Crohn (CD) apabila mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap rawatan perubatan standard mereka? Mesej utama Sel stem apabila digabungkan dengan rawatan perubatan standard boleh menjadi lebih baik daripada rawatan perubatan sahaja atau dengan plasebo (rawatan dummy) dalam penyembuhan pembukaan di kawasan perianal sambung ke usus yang disebabkan oleh CD (perianal fistula). Sel stem...

Ubat yang diberikan kepada wanita hamil dan bayi mereka untuk memastikan mereka tidak bergerak semasa pembedahan janin dan prosedur invasif lain pada bayi

2 years ago
Ubat yang diberikan kepada wanita hamil dan bayi mereka untuk memastikan mereka tidak bergerak semasa pembedahan janin dan prosedur invasif lain pada bayi Kami mencari bukti daripada kajian rawak terkawal tentang keberkesanan ubat bius dan ubat tahan sakit untuk mencegah pergerakan janin (imobilisasi janin) untuk membolehkan pembedahan dan prosedur invasif lain dilakukan dengan selamat pada janin yang belum lahir semasa masih dalam rahim ibu. Apakah isunya? Penggunaan ultrasound semasa kehamilan telah membawa kepada kemajuan besar iaitu peningkatan diagnosis masalah dengan perkembangan pada...

Apakah faedah dan risiko tocilizumab (ubat yang mengurangkan keradangan) untuk merawat arteritis sel raksasa (penyakit saluran darah)?

2 years ago
Apakah faedah dan risiko tocilizumab (ubat yang mengurangkan keradangan) untuk merawat arteritis sel raksasa (penyakit saluran darah)? Mesej utama Orang dengan arteritis sel raksasa yang menerima suntikan tocilizumab setiap minggu atau setiap dua minggu mempunyai peluang yang lebih baik untuk bebas dari gejala selepas setahun. Orang yang dirawat dengan tocilizumab setiap empat minggu mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk bebas dari gejala selepas setahun. · Tocilizumab mungkin menyebabkan jumlah kesan buruk (tidak diingini) yang hampir sama dengan plasebo (rawatan dummy). · Lebih...

Antibiotik untuk mencegah endokarditis bakteria (jangkitan teruk atau keradangan lapisan ruang-ruang jantung) dalam bidang pergigian

2 years ago
Antibiotik untuk mencegah endokarditis bakteria (jangkitan teruk atau keradangan lapisan ruang-ruang jantung) dalam bidang pergigian Soalan ulasan Ulasan Cochrane ingin tahu sama ada orang yang lebih berisiko untuk endokarditis bakteria (suatu jangkitan atau keradangan lapisan ruang jantung teruk yang boleh menjadi fatal) patut diberi antibiotik secara rutin sebelum sebarang prosedur pergigian invasif untuk mengurangkan insidens endokarditis, bilangan kematian, dan jumlah penyakit serius yang dialami oleh pesakit dalam kumpulan ini. Latar belakang Endokarditis bakteria adalah jangkitan yang...

Terapi muzik untuk pesakit gangguan penggunaan bahan terlarang

2 years ago
Terapi muzik untuk pesakit gangguan penggunaan bahan terlarang Apakah matlamat ulasan ini? Kami menyasarkan untuk menilai sama ada terapi muzik yang diberikan sebagai tambahan kepada penjagaan standard efektif untuk pesakit penggunaan bahan terlarang, dari segi memberi kesan kepada keinginan bahan terlarang, motivasi untuk rawatan dan motivasi untuk kekal sedar/bersih. Kami juga berminat dengan bukti tentang kesan ke atas depresi dan keresahan, kerana ini adalah faktor risiko untuk kambuh. Mesej utama Terapi muzik sebagai rawatan 'tambahan' kepada penjagaan standard mungkin mengurangkan...

Sokongan kesihatan mental dalam komuniti untuk kanak-kanak pelarian dan remaja di negara berpendapatan tinggi

2 years ago
Sokongan kesihatan mental dalam komuniti untuk kanak-kanak pelarian dan remaja di negara berpendapatan tinggi Kanak-kanak pelarian dan remaja yang telah menetap di negara berpendapatan tinggi berisiko mengalami masalah kesihatan mental disebabkan oleh cabaran-cabaran yang mereka hadapi sebelum, semasa, dan selepas penghijrahan. Mesej utama Bukti setakat ini tidak mempunyai kuantiti atau kualiti yang mencukupi untuk mengesyorkan intervensi yang perlu dilaksanakan dalam amalan. Program sokongan kesihatan mental dan intervensi sedia ada untuk kanak-kanak pelarian dan pencari suaka perlu...
Checked
14 hours 27 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed